Waktu solat malam: Di antara pertengahan malam hingga subuh, dan lebih utama dikerjakan ketika hampir subuh, iaitu satu pertiga malam.
Solat malam ada 11 rakaat: Empat solat (dua rakaat setiap satu solat) diniatkan solat malam, satu solat (dua rakaat) diniatkan solat shaf' (شَفْعْ), dan satu solat (satu rakaat) diniatkan solat watr (وَتْر).
Niat: dua rakaat solat malam qurbatan ilallah (قُربة اِلي الله
)
Dalam rakaat pertama: Satu kali surah al-Fatihah + satu kali surah al-Ikhlas (قل هو الله احد) + rukuk + sujud.
Dalam rakaat kedua: Satu kali surah al-Fatihah + satu kali surah al-Ikhlas (قل هو الله احد) + Qunut + Rukuk + Sujud + Tashahhud + Salam
(Solat tersebut didirikan sebanyak empat kali dan semuanya berjumlah 8 rakaat).
Solat Shaf'
Niat: Dua rakaat solat Shaf' (شَفْعْ) Qurbatan ilallah (قُربة اِلي الله).
Dalam rakaat pertama: Satu kali surah al-Fatihah + Surah al-Ikhlas (قل هو الله احد) + satu surah al-Nas (قل اعوذ برب الناس) + Rukuk + Sujud.
Rakaat kedua: Satu kali surah al-Fatihah + satu kali surah al-Ikhlas (قل هو الله) + satu kali surah al-Falaq (قل اعوذ برب الفلق) + Tashahhud + Salam.
Solat watr (وَتْر)
Niat: Satu rakaat watr (وَتْر) Qurbatan ilallah (قُربة اِلي الله)
Rakaat pertama: Satu kali surah al-Fatihah + tiga kali surah al-Ikhlas (قل هو الله) + surah al-Falaq (قل اعوذ برب الفلق) +Surah al-Nas (قل اعوذ برب الناس).
Dalam Qunut: Membaca Qunut hingga selesai + tangan ditadah + membaca sambil menghitung dengan jari kanan atau tasbih doa : (اَللّهُمَّ اِغْفِر لِلْمومِنينَ وَ اَلْمومِناتْ وَ اَلْمُسلِمينَ وَ اَلْمُسلِماتْ ) iaitu terjemahannya: Ya Allah, ampunilah orang mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Kemudian 70 kali istighfar ( اَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبي وَ اَتُوبُ اِلَيه) iaitu terjemahannya: Aku pohon keampunan Allah Tuhanku dan aku bertaubat kepadanya.
Kemudian 7 kali membaca: (هذا مَقامُ الْعائِذِ بِكَ مِنَ اَلْنار) iaitu terjemahannya: Inilah kedudukan orang berlindung denganMu dari api nuraka.
Kemudian berkata sebanyak 300 kali: al-'afw (اَلْعَفو) iaitu terjemahannya: Keampunan!
Kemudian satu kali membaca doa: (رَبّ اغْفِرْلى وَ ارْحَمْنى وَ تُبْ عَلىََّ اِنَّكَ اَنْتَ التّوابُ اَلْغَفُورُ الرّحيم ) iaitu terjemahannya: Ya Tuhan, ampunilah aku dan rahmatilah aku, dan ampunilah aku sesungguhnya engkau maha memberi taubat, penerima taubat lagi maha penyayang
+ rukuk + sujud + tashahhud + salam.
Di penghujung solat bacalah tasbihat Fatimah Az-Zahra (a.s) yang lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat di sisi Allah.

No comments:
Post a Comment