Pertamanya, adalah lebih baik kita jelaskan secara ringkas mengenai salam di akhir solat, kemudian kita meninjau tafsir salam di akhir solat itu.
Di akhir solat, terdapat tiga salam yang diberikan. Salam pertama jelas dituju kepada Rasulullah (s.a.w) walaupun terdapat beberapa riwayat yang menyatakan salam itu juga hendaklah termasuk Ahlul Bait (a.s).
Imam al-Baqir (a.s) menjelaskan perkara ini:
«السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَ رَحْمَةُ اللَّهِ وَ بَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَى مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ خَاتَمِ النَّبِيِّينَ السَّلَامُ عَلَى الْأَئِمَّةِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ.».
(1)
Salam ke atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah, dan keberkatanNya: Salam ke atas ke atas Muhammad bin Abdullah penutup para nabi, salam ke atas para imam petunjuk dan pembimbing.
Namun ungkapan salam kedua iaitu:
السلام علینا و علی عباد الله الصالحین
Penunai solat memberikan salam kepada para penunai solat yang lain dengan menggunakan kalimah (علینا) memperkenalkan golongan ini sebagai hamba-hamba yang soleh. Tetapi siapakah gerangan orang soleh itu? Al-Qur'an telah menjelaskan berbagai golongan yang termasuk sebagai orang soleh iaitu para nabi dan orang beriman.
Selain itu, hamba-hamba yang soleh (الصالحین) meliputi seluruh hamba-hamba Allah yang baik kerana kalimah ini bermula dengan huruf alif dan lam serta jamak. Iaitu sesiapapun yang soleh samada para nabi, orang beriman atau jin beriman mendapat salam daripada penunai solat.
Salam terakhir pula mempunyai beberapa tafsiran:
Secara zahirnya rangkaikata "Salam ke atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatanNya adalah kabur". Namun beberapa riwayat menjelaskan salam ini dituju kepada para malaikat yang menjadi wakil kepada manusia.
Diriwayatkan daripada Imam Ja'far al-Sadiq (a.s), beliau berkata tentang salam terakhir sebagai berikut:
«وَ تَكُونُ الثَّالِثَةُ عَلَى مَنْ عَلَى يَسَارِهِ وَ مَلَكَيْهِ الْمُوَكَّلَيْنِ؛
(2)
Salam ketiga dalam solat ialah untuk mereka yang berada di sebelah kiri dan dua malaikat yang menjadi wakil.
Namun terdapat riwayat yang menyatakan salam ini dituju kepada seluruh malaikat. Ada juga riwayat bahawa salam itu kepada para nabi. Boleh dikatakan salam pertama adalah khusus kepada Rasulullah (termasuk Ahlul Bait), salam kedua untuk seluruh penunai solat dan hamba-hamba soleh umumnya para nabi, mukmin manusia, jin dan malaikat, sementara salam ketiga merangkumi semua orang.
Pensyariatan salam dalam peristiwa Isra Mi'raj
Nabi (s.a.w) bersabda tentang solatnya di Mi'raj:
Oleh kerana aku menyampaikan selawat kepadaku dan Ahlul Baitku secara konsisten. Aku lihat para malaikat, nabi dan rasul berbaris di belakangku. Berkatalah suara kepadaku: Wahai Muhammad! Berilah salam kepada mereka. Aku pun berkata "السلام علیکم و رحمة الله و برکاته" Kemudian turunlah wahyu: Salam dan alu-aluan aku, kamu dan zuriatmu, beserta keberkatan. (3)
Diriwayatkan daripada Imam Ja'far ak-Sadiq (a.s) mengenai makna salam di akhir solat:
«معنى السّلام في دبر كلّ صلاة، معنى الامان، اى من ادّى امر اللَّه و سنّة نبيّه صلّى اللَّه عليه و آله خاضعا له خاشعا منه، فله الامان من بلاء الدّنيا و براءة من عذاب الآخرة؛
(4)
Makna salam di akhir solat ialah keamanan. Iaitu barangsiapa mengerjakan perintah Allah dan beramal dengan sunnah Nabi dalam keadaan rendah hati dan khusuk, nescaya amanlah ia dari azab dunia dan akhirat.
Boleh juga dijelaskan sebagai berikut:
Peringkat akhir solat dan penyampaian salam ke atas junjungan Nabi (s.a.w), hamba-hamba yang soleh dan seluruh penunai solat. Demikian juga ucapan takbir al-ihram (تکبیرة الاحرام) yang membuatkan kita seolah-olah menjulang tinggi ke langit malakut. Kemudian dengan ungkapan salam pula kita turun serta memberikan salam kepada orang soleh sebagai tanda keluar dari solat.
Sebagai kesimpulan, dapatlah dijelaskan di sini bahawa salam adalah salah satu Asma' Al-husna yang tidak mungkin kami jelaskan perinciannya di sini. Antara yang dapat diamati dari "salam" ialah kehendak kepatuhan makhluk yang berakal dan berperasaan terhadap kewujudan yang maha tinggi.
Adapun salam akhir di setiap solat dapat dijelas bahawa insan menyatakan penyerahan jiwa dan raganya kepada Rasulullah (s.a.w), hamba-hamba Allah yang soleh dan salam terakhir sebagai penghormatan yang terhujung.
Bibliografi:
(1) Sheikh Saduq, Man La Yahdurul Faqih, Qom, Intisharat Jami'a Mudarrisin, cetakan kedua, jilid 1, muka surat 320
(2) Majlisi, Muhammad Baqir, Bihar al-Anwar, Beirut, Dar al-Ihya al-Turath al-'Arabi, cetakan ketiga, 1403, jilid 82 muka surat 305.
(3) Musawi al-Khomeini, Ruhullah, Sirr al-Salah, Tehran, Muasasah Nashr wa Tandzim Atsar Imam Khomeini, cetakan kedua, 1372 Hijrah Shamsiyyah muka surat 108
(4) Gilani 'Abd al-Razzaq, Misbah al-Shari'ah (Arab - Parsi), Tehran, Intisharat Payam Haq, 1377 Hijrah Shamsiyyah, cetakan pertama, muka surat 137.

No comments:
Post a Comment