Takbiratul Ihram, merupakan salah satu kewajipan solat yang dilakukan oleh insan sebagai perasmian memasuki ibadah solat. Segala urusannya rutinnya telah menjadi haram dalam gagasan makna tidak boleh berpaling dari arah kiblat. Insan itu juga tidak diizinkan mengungkap perkataan di luar solat, tidak boleh makan, minum dan lain-lain lagi. Oleh kerana itu sebahagian pendapat berkata pengungkapan Takbiratul Ihram menyebabkan banyak perkara yang harus kepada manusia telah menjadi haram. Ada yang menamakannya sebagai Takbir al-Iftitah kerana dengan Takbiratul Ihram, secara rasmi kita memasuki solat.(1) Sebahagian fuqaha menyatakan Takbiratul Ihram dalam solat sama seperti sahutan dalam ibadah Haji. Dengan melakukannya, jemaah haji secara rasmi diharamkan melakukan hal-hal yang termaktub dalam larangan Ihram. (2)
Apa yang telah dijelaskan itu adalah bentuk solat. Namun ada di kalangan cendiakawan Muslim menjelaskan sebutan dan perbuatan dalam solat juga mempunyaui tafsir batin. Antaranya ialah:
Marhum Naraqi berkata: Takbiratul Ihram hendaklah mengakui sifat Maha Besar bagi Allah dan menyedari keagunganNya. Setelah itu fikirkanlah keagunganNya (3)
Diriwayatkan daripada Imam Sadiq (a.s) yang berkata:
Oleh kerana anda menyatakan Takbir dalam solat, apa yang terkandung di antara langit dan bumi adalah kecil dan tidak tidak ada apa-apa pun dalam menghadapi Allah. Tatkala Allah melihat dalam hati manusia yang sedang bertakbir sedangkan hatinya mempunyai sesuatu yang tidak selari dengan makna Takbir. Lantas Allah bertanya apakah engkau berdusta kepadaku? Demi keagunganKu, aku haramkan kamu kemanisan yang dikecapi dalam mengingatiku dan aku tutup buatmu hijab dari kedekatan dan kegembiraan bermunajat kepadaku. Justeru itu hatimu sedang diuji tatkala solat. Sekiranya kegembiraan terhasil dalam jiwa, hati bergembira kepadaNya kerana rahsia dan keperluan, merasa lazat berinteraksi dan bermunajat kepadaNya. Nescaya Allah mengesahkan kebenaran lafaz Takbir itu. Jika tidak, anda sendiri tahu luputnya kelazatan bermunajat dan kehilangan manis beribadat akibat Allah mendustakan Takbirmu dan terpesong darinya. (4)
Marhum Majlisi berkata: Di ambang Takbir ada Iftitah. Oleh kerana kamu telah murnikan niat, hatimu sudah dibersihkan, engkau sudah memasuki daerah golongan yang taat setia, maka bersiap sedialah untuk memasuki solat, mohonlah izin membuka pintu, berangkatlah dari rumah dunia, singkaplah hijab tebal kesombongan, di sebalik Takbir anda masuk dan menyingkap hijab lain... (5)
Kesimpulannya, para wali Allah akan mengosongkan apa sahaja yang tidak benar dari fikirannya tatkala memasuki solat. Ia mengharamkan apa sahaja ke atas dirinya kecuali kesukaannya. Segala fokus yang lain dianggap berpaling dari kiblat sebenar dan membatalkan sembahyang, serta ego keakuan diri dihitung sebagai perkara yang memutuskan solat. Oleh kerana mereka telah sampai ke tahap kedudukan ini, mereka pun terus langsung menuju kepada urusannya "فقدتمَّ میقاتُ الرّب", (6) iaitu sesungguhnya kamu telah menepati masa bertemu dengan TuhanMu.(7)
Dalam hadis mi'raj, tiga kali cahaya agung telah menjelma kepada Nabi (s.a.w). Dalam takbir Iftitah juga muncul cahaya sebanyak tiga kali. Setelah itu barulah baginda memasukinya (8). Hadis ini menyatakan:
فلما فرغ من التکبیر و الافتتاح قال عزوجلّ: الآنَ وصلتَ الیّ فَسَمَّ بإسمی… (9)
Apabila selesai bertakbir dan Iftitah, Allah (s.w.t) berfirman: Sekarang anda telah sampai kepadaku... (10).
Selain itu terdapat riwayat bahawa Takbir bermaksud menyingkirkan kelalian penunai solat dan mematahkan kehinaan di hadirat Allah. Walaupun secara zahirnya Takbir adalah pengagungan, namun asal usulnya ialah menyifatkan keindahan Allah. Namun ia termasuk perkara bertasbih dan penyifatan Allah. (11)
Bibliografi
(1) Shaykh Anshar, Murtadha, Kitab al-Salah, Kongres sedunia mengenang Shaykh Ansar, Qom Jilid 1 muka surat 283
(2) Hamdani, Agha Reza, Misbah al-Fiqhiyyah, Mausu'ah al-Ja'fariyyah Li Ihya al-Turath Wa Mu'asasah al-Nashr Li al-Islami, 1416, Jilid 11, QOM, muka surat 427
(3) Naraqi, Mulla Ahmad, Mi'raj al-Sa'adah, Intisharat Ilmiya Islami, muka surat 677
(4) Majlisi, Muhammad Baqir, Bihar al-Anwar, Kitab Shalat, Bab 37 Hadis 3, Jilid 81, muka surat 230
(5) Majlisi, Muhammad Baqir, Bihar al-Anwar, Kitab Shalat, Bab 37 Hadis 3, Jilid 81, muka surat 206
(6) An'am, 162
(7) Surah al-A'raf,
(8) Merujuk pada pemahaman ayat 76 sehingga 79, surah al-An'am
(9) Shaykh Saduq, Ali, Ilal al-Sharai', bab 1, hadis 1, muka surat 312
(10) Khomeini, Ruhullah, Sirr al-Salah, muka surat 76, 77, 78






