Tuesday, July 31, 2018

Ramai yang mati dikepung Wahhabi

"Abdul Rahmān Jabarūtī:

Dikhabarkan golongan Wahhābī telah mengepung Makkah, Madinah dan Jeddah. Ramai warga Madinah mati kelaparan.


Monday, July 30, 2018

❗❗Bantahan Ibnu Qayyim al-Jawzī terhadap kisah pengharaman mut'ah dalam perang Khaybar.

❀بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ❀

❗❗Bantahan Ibnu Qayyim al-Jawzī terhadap pengharaman mut'ah dalam perang Khaybar.


💠  Salah satu dalil pengharaman Mut'ah yang sering dikemukakan ialah pengharamannya dalam perang Khaybar. Namun pengharaman ini diragui atas beberapa faktor.
 

✍🏿 Ibnu Qayyim menulis:



🔸 وَلَمْ تُحَرَّمِ الْمُتْعَةُ يَوْمَ خَيْبَرَ

🔹 Tidak pernah diharamkan dalam perang Khaybar.

✍🏻 :

🔶 وَقِصَّةُ خَيْبَرَ لَمْ يَكُنْ فِيهَا الصَّحَابَةُ يَتَمَتَّعُونَ بِالْيَهُودِيَّاتِ، وَلَا اسْتَأْذَنُوا فِي ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَا نَقَلَهُ أَحَدٌ قَطُّ فِي هَذِهِ الْغَزْوَةِ، وَلَا كَانَ لِلْمُتْعَةِ فِيهَا ذِكْرٌ الْبَتَّةَ، لَا فِعْلًا وَلَا تَحْرِيمًا

🔷 Dalam kisah perang Khaybar, tiada sahabat Nabi yang bermut'ah dengan perempuan Yahudi, mereka tidak meminta izin daripada Rasul untuk bermut'ah, tiada juga seorang sahabat pun dilaporkan bermut'ah dalam peperangan ini. Sudah tentu tiada satu pun yang menyebut tentang Mut'ah, tiada perlaksanaan, tiada pengharaman.


📚 کتاب زاد المعاد جلد 3 صفحه 304 و 305


💥 Sebenarnya, tidak hanya ibnu Qayyim sahaja yang menolak kisah pengharaman ini.

🌺 و السلام علیکم و رحمه الله و برکاته 🌺

Wednesday, July 25, 2018

12 orang munafik di kalangan sahabat Nabi

Tidak dinafikan, terdapat ramai sahabat Nabi yang zuhud, ahli ibadah dan bertaqwa. Namun jangan kita lupa dikalangan mereka ada orang munafik.



Nabi s.a.w bersabda: Di kalangan sahabatku ada 12 orang munafik, 8 daripada mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta memasuki lubang jarum.

- Sahih Muslim

Akan datang nanti neraca timbangan mukmin dan munafik ialah sikap terhadap Alī bin Abī Tālib.

Tuesday, July 24, 2018

Naraca timbangan ilmu rijal Sunni terhadap Alī bin Mūsā al-Ridā (a.s)

Walaupun Rasulullah (s.a.w) berpesan agar kita berpegang dengan Ahlul Bayt supaya tidak sesat selama-lamanya, namun ada di kalangan umat bertindak sebaliknya. Terdapat kitab Sunnī bertindak mendaifkan beliau. 😥

Mahmūd Muhammad Khalīl, di dalam kitab Mausū'ah Aqwāl Abī al-Hasan Dāraqutnī menyatakan: 

Alī bin Mūsā bin Ja'far bin Muhammad, al-Hāshimī, al-'Alāwī, al-Ridā. Telah berkata Abū al-Hasan al-Dāraqutnī, kami telah mendapat khabar daripada Ibnu Habbān melalui kitabnya, yang berkata: Banyak riwayat aneh diriwayatkan daripadanya, salah tanggapan dan kesilapan.


Syafaat Imām Ridā kepada para penziarahnya

💠 Syafaat Imām Ridā kepada para penziarahnya

🔹 Shaykh Sadūq meriwayatkan:


✍ حَدَّثَنَا أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ قَالَ حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عِيسَى وَ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ أَبِي الْخَطَّابِ عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي نَصْرٍ الْبَزَنْطِيِّ قَالَ سَمِعْتُ الرِّضَا علیه السلام : يَقُولُ‏ مَا زَارَنِي أَحَدٌ مِنْ أَوْلِيَائِي عَارِفاً بِحَقِّي إِلَّا تَشَفَّعْتُ فِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

📚 امالی شیخ صدوق، مجلس ۲۵، حدیث ۴، صفحه ۹۵


🔸 Bazantī berkata: Aku mendengar Alī bin Mūsā al-Ridā (a.s) berkata: Tiadalah seseorang yang mengenali haqku datang menziarahiku melainkan aku memberikan shafa'at kepadanya di hari kiamat.



Ulama Sunni dihukum kerana sambut kedatangan Imām Rida (a.s)

Ulama Sunni bernama al-Ijlūnī menceritakan bahawa:

Tatkala Alī bin Mūsā al-Ridā tiba di Nishabur dengan kaldai, datanglah para ulama menyambut beliau. Antara mereka ialah Yahyā bin Yahyā, Ishaq bin Rāhawi, Ahmad bin Harb dan Muhammad bin Rāfi'. Merekapun diikat pada tali kekang tunggangannya.



Monday, July 23, 2018

Kemarahan orang mukmin

🍃🌹

♥️ Imām Ridā (a.s) berkata:


اَلْمُؤْمِنُ اِذَا غَضِبَ لَمْ یُخْرِجْهُ غَضَبُهُ مِنْ حَقٍّ

🔸Sekiranya orang mukmin marah, kemarahan itu tidaklah mengeluarkannya dari kebenaran.

🍃🌹🦋🌹🍃


💢 Lima pesanan Amīr al-Mu'minīn Alī bin Abī Tālib (a.s) kepada Mukmin

🔹أُوصِيكُمْ بِخَمْسٍ لَوْ ضَرَبْتُمْ إِلَيْهَا آبَاطَ الْإِبِلِ لَكَانَتْ لِذَلِكَ أَهْلًا لَا يَرْجُوَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ إِلَّا رَبَّهُ وَ لَا يَخَافَنَّ إِلَّا ذَنْبَهُ وَ لَا يَسْتَحِيَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ إِذَا سُئِلَ عَمَّا لَا يَعْلَمُ أَنْ يَقُولَ لَا أَعْلَمُ وَ لَا يَسْتَحِيَنَّ أَحَدٌ إِذَا لَمْ يَعْلَمِ الشَّيْ‏ءَ أَنْ يَتَعَلَّمَهُ وَ عَلَيْكُمْ بِالصَّبْرِ فَإِنَّ الصَّبْرَ مِنَ الْإِيمَانِ كَالرَّأْسِ مِنَ الْجَسَدِ وَ لَا خَيْرَ فِي جَسَدٍ لَا رَأْسَ مَعَهُ وَ لَا [خَيْرَ] فِي إِيمَانٍ لَا صَبْرَ مَعَه
📚 نهج البلاغه صبحی صالح، ص482


🔻Aku berpesan kepada kamu dengan lima perkara.

1️⃣ Jangan berharap melainkan kepada Tuhan.
2️⃣ Janganlah takut sesuatupun kecuali dosa
3️⃣ Jika anda tidak tahu, janganlah segan berkata aku tidak tahu
4️⃣ Sekiranya kamu tidak tahu, jangan malu untuk belajar.
5️⃣ Bersabarlah, sesungguhnya sabar dengan keimanan bagaikan kepala pada badan. Tubuh yang tiada badan tiadalah berguna. Iman tanpa kesabaran juga tiada berguna.
- Nahj al-Balāghah
 ‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌ ‎‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌ ‎‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌
🍃🌺🍂🥀🍂🌺🍃


Taqwa dan ingatlah kematian

♥️ Imām Alī bin Abī Tālib a.s. berkata dalam hikmah Nahj al-Balāghah:


♦️ أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِنْ قُلْتُمْ سَمِعَ وَ إِنْ أَضْمَرْتُمْ عَلِمَ وَ بَادِرُوا الْمَوْتَ الَّذِي إِنْ هَرَبْتُمْ مِنْهُ أَدْرَكَكُمْ وَ إِنْ أَقَمْتُمْ أَخَذَكُمْ وَ إِنْ نَسِيتُمُوهُ ذَكَرَكُمْ.

💢 Wahai manusia, bertaqwalah kepada Allah,

🔻

⬅️ Yang jika kamu berbicara Dia mendengar
⬅️ Jika kamu bersembunyi Dia tahu


🔻 Dan bersedialah untuk kematian

⬅️ Yang jika kamu lari ia pasti memperolehmu
⬅️ jika kamu menetap ia menangkapmu
⬅️ jika kamu lupakannya nescaya kamu tidak diingatkan

📚 حکمت 203 نهج البلاغه

 ‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌ ‎‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌ ‎‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌🍃🥀🌸🍁🌸🥀🍃

Iri hati syaitan terhadap insan

💢 Iri hati syaitan terhadap insan

♥️ Amīr al-Mu'minīn Alī (a.s) berkata:

🔹Apabila seorang hamba bangun untuk solat, datanglah syaitan sambil melihatnya dengan hasad dengki. Ini disebabkan rahmat Allah menyelubunginya.


📚بحارالانوار، ج ۸۲، ص ۲۰۷

🌹🍁🍃🌺🍃🍁🌹

Ketaatan pada imām bermakna swarga loga

Taat pada imām, setara dengan taat pada Rasul, dan taat pada Rasul setara dengan taat pada Allah.

💢 Tatkala Imām Ja'far al-Sādiq hadir dalam sebuah majlis, seorang hamba Allah berdoa:

(اَسْئَلُ اللهَ الْجَنَّةَ)؛
🔻Aku mohon syurga daripada Allah

🔸Lantas imām bertanya:

(اَنْتُم فِي الْجَنَّةِ فَاسْئَلوا اللهَ اَنْ لا يُخْرِجَكُمْ مِنْها)؛
🔻Sekarang ini kamu sudah berada di dalam syurga, apakah kamu meminta Allah mengeluarkan kamu darinya?

Mereka bertanya: Kita sekarang ini di dalam dunia, bagaimanakah pula kita berada di dalam syurga?

🔹Imām berkata:

(اَلَسْتُمْ تُقِرُّونَ بِاِمامَتِنا)؛

🔻Apakah kamu tidak berikrar dengan imāmah kami?

Mereka menjawab: Bahkan kami berikrar.


🔻(هذا مَعْنَي الْجَنَّة)؛
Imām berkata berkata: Inilah makna syurga,


(وَ اسْئَلُوا اللهَ اَنْ لا يَسْلُبَكُمْ)؛[1]
🔸dan aku memohon pada Allah agar tidak menyingkirkan kalian darinya.

[1] بحارالانوار،ج ۴۸ ، ص ۱۰۲ ،ح ۱۰

🌹🍃🍂🌺🍂🍃🌹

Ilmu tentang khabar langit, bumi dan urusan hamba-hamba adalah neraca ketaatan

🌺🍃🌺🍃🌺

💥 Mempunyai khabar berita tentang langit dan bumi, serta hal ehwal para hamba Allah merupakan salah satu kemestian yang ada pada imām selaku pemimpin, sumber ilmu dan teladan baik, sekaligus menyebabkan kita wajib taat padanya.

Sebuah riwayat dalam kitab Basā'ir al-Darajāt menyatakan:

🍃بصائر الدرجات مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ عَنِ الْبَزَنْطِيِّ عَنْ عَبْدِ الْكَرِيمِ عَنْ سَمَاعَةَ بْنِ سَعْدٍ الْخَثْعَمِيِ‏ أَنَّهُ كَانَ مَعَ الْمُفَضَّلِ عِنْدَ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ علیه السلام فَقَالَ لَهُ الْمُفَضَّلُ جُعِلْتُ فِدَاكَ يَفْرِضُ اللَّهُ طَاعَةَ عَبْدٍ عَلَى الْعِبَادِ ثُمَّ يَحْجُبُ عَنْهُ خَبَرَ السَّمَاءِ قَالَ اللَّهُ أَكْرَمُ وَ أَرْأَفُ بِعِبَادِهِ مِنْ أَنْ يَفْرِضَ عَلَيْهِمْ طَاعَةَ عَبْدٍ يَحْجُبُ عَنْهُ خَبَرَ السَّمَاءِ صَبَاحاً أَوْ مَسَاء.

📙 Samā'ah bin Sa'd al-Khath'āmī meriwayatkan beliau bersama Mufaddal di sisi Abī 'Abdillāh Ja'far al-Sādiq (a.s). Lalu Mufaddal bertanya: Jiwaku adalah tebusanmu, apakah Allah mewajibkan ketaatan hamba-hambaNya pada seseorang hamba lain yang terhalang pengetahuannya tentang khabar berita di langit? Beliau menjawab: Allah terlalu mulia berbanding hambanya untuk mewajibkan mereka menaati seseorang hamba yang terhalang khabar berita di langit, samada pagi mahupun petang.

Maksudnya, maha suci Allah daripada perbuatan memerintahkan hambaNya untuk taat kepada individu yang tidak berpengetahuan walaupun khabar berita di langit. Sebuah riwayat lain menyatakan:


🍃بصائر الدرجات عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنِ الْخَشَّابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُنْدَبٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ إِسْمَاعِيلَ الْأَزْرَقِ قَالَ قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ علیه السلام :  إِنَّ اللَّهَ أَحْكَمُ وَ أَكْرَمُ وَ أَجَلُّ وَ أَعْظَمُ وَ أَعْدَلُ مِنْ أَنْ يَحْتَجَّ بِحُجَّةٍ ثُمَّ يُغَيِّبُ عَنْهُ شَيْئاً مِنْ أُمُورِهِم‏.


📚بحار الأنوار(ط - بيروت)، ج‏۲۶،ص: ۱۰۹و۱۳۷

Diriwayatkan daripada Alī bin Ismā'īl telah berkata: Abū Abdillāh (a.s) berkata: Sesungguhnya Allah lebih bijaksana, lebih mulia, lebih perkasa, lebih agung, lebih adil dari meletakkan hujjah, kemudian hujjah itu dibiarkan tidak tahu menahu tentang sesuatu dari urusannya.

Imām Mūsā al-Kāzim berbicara dalam bahasa Parsi


‍ 💠 Imam Mūsā bin Ja'far berbicara bahasa Parsi

Dalam catatan kitab al-Kāfī, Imam Mūsā al-Kāzim bercakap dalam bahasa Parsi dan keterangan jelas di sini ialah kemestian bagi para imam berbicara dalam semua bahasa. Jika tidak maka ia bukan imām maksum.
Shaykh Kulaynī menukilkan riwayat:
🔹أحمد بن مهران ، عن محمد بن علي ، عن أبي بصير قال : قلت لأبي الحسن عليه السلام : جعلت فداك بم يعرف الامام ؟ قال : فقال : بخصال : أما أولها فإنه بشئ قد تقدم من أبيه فيه بإشارة إليه لتكون عليهم حجة ويسأل فيجيب وإن سكت عنه ابتدأ ويخبر بما في غد ويكلم الناس بكل لسان ، ثم قال لي : يا أبا محمد أعطيك علامة قبل أن تقوم فلم ألبث أن دخل علينا رجل من أهل خراسان ، فكلمه الخراساني بالعربية فأجابه أبو الحسن عليه السلام بالفارسية فقال له الخراساني : والله جعلت فداك ما منعني أن أكلمك بالخراسانية غير أني ظننت أنك لا تحسنها ، فقال : سبحان الله إذا كنت لا أحسن أجيبك فما فضلي عليك ثم قال لي : يا أبا محمد إن الامام لا يخفى عليه كلام أحد من الناس ولا طير ولا بهيمة ولا شئ فيه الروح ، فمن لم يكن هذه الخصال فيه فليس هو بإمام .
📚الاصول من الكافی، ج ۱، ص ۲۸۵

Abū Nasīr meriwayatkan bahawa: Aku pernah bertanya kepada imām Mūsā al-Kāzim (a.s): Semoga jiwaku menjadi tebusanmu, apa yang dapat dikenal pada imām? Beliau menjawab: Dengan karakteristik. Adapun yang pertama ialah isyarat (imāmah) daripada ayahnya (imām sebelumnya) bahawa beliau menjadi hujjah. Beliau menjawab apa sahaja apabila ditanya, sekiranya di peringkat awal tidak ditanya, beliau akan memulakan bicara. Beliau bercakap tentang apa yang terjadi pada masa depan. Beliau berbicara dengan semua bahasa. Wahai Abā Muhammad, sebelum engkau bangun, akan aku tunjukkan sesuatu. Tiada berapa ketika setelah itu seorang lelaki dari Khurasan datang kepada imām dan bercakap dalam bahasa Arab. Namun Imām al-Kāzim (a.s) menjawab dalam bahasa Parsi. Berkatalah orang Khurasan: Demi Allah, jiwaku menjadi tebusanmu, tiadalah menyebabkan aku tidak bercakap bahasa Khurasan denganmu melainkan aku menyangka engkau tidak cekap. Imām menjawab: Subhānallāh, sekiranya aku tidak cekap (berbahasa Parsi), maka apakah lagi yang melebihkan aku daripadamu? Setelah itu beliau berkata kepadaku: Wahai Abā Muhammad! Sesungguhnya tiada kalam tersembunyi daripada imām sedikitpun seseorang yang mempunyai roh daripada kalangan manusia, burung, haiwan melata dan apa sahaja. Barangsiapa yang tiada ciri-ciri ini, maka ia bukan imām.

📝 Nota: Penguasaan semua bahasa termasuk dialek vernakularnya merupakan salah satu keutamaan Ahlul Bait a.s.

Perawi hadis Sunni, pembenci Ahlul Bait

Terdapat kitab-kitab Ahlusunnah Wal Jamaah yang jelas mentsiqahkan perawi nasibi (pembenci Alī bin Abī Tālib a.s), sedangkan dalam hadis sahīh, menyatakan "tidak membenci Alī kecuali munafiq", dan Allah (s.w.t) bersumpah dalam ayat ke-3 surah al-Munāfiqūn bahawa golongan munafik adalah pembohong. Namun munafik dan pembohong jenis inilah menjadi kepercayaan dan sumber agama sebahagian kaum Muslimin.

Kitab Mizān al-I'tidāl karangan al-Dzahabī menyatakan:

Muhammad bin Hārun al-Mujaddar, Abū Bakr، masyhur sangat terpercaya, akan tetapi dia mempunyai Nasb (membenci Alī) dan menyeleweng (daripada Alī).

Saturday, July 21, 2018

Pengakuan Ahmad bin Hanbal: Ramai yang memusuhi Ali

golongan Wahhabi selalu mencanang bahawa sahabat dan tabi'in mencintai Ahlul Bait a.s. walaupun terang-terangan perang Jamal dan Siffīn terjadi sehingga pertumpahan darah ribuan umat. Dalam masa yang sama terdapat banyak fakta bahawa golongan sahabat juga yang membenbenci Ali bin Abi Talib (semoga laknat Allah ke atas mereka)

Demikianlah pengakuan Ibnu Taimiyyah :


Terjemahan: Adapun Ali, ramai golongan sabiqun al-awwalūn tidak mengikutinya dan tidak berbaiat kepadanya. Dan banyak sahabat dan tabi'īn memeranginya.

Adapun pengakuan Ahmad bin Hanbal tentang perseteruan para sahabat dan tabi'in terhadap Ali:

🔶 Abu Tāhir, Ibnu Hajar Haythamī dan Sayūthī meriwayatkan:

 ✍️عبد الله بن أحمد بن حنبل قال سألت أبي عن علي ومعاوية فقال 👈اعلم أن عليا كان كثير الأعداء 👉 ففتش له أعداؤه شيئا فلم يجدوه فجاؤا إلى رجل قد حاربه وقاتله فأطروه كيدا منهم له.

🔸Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata, aku bertanya kepada ayahku tentang Alī dan Mu'āwiyyah. Beliau berkata 👉Ketahuilah Alī mempunyai banyak musuh👈, setiap kali musuh-musuhnya ingin mengaibkannya maka mereka pasti menemukan kegagalan. Kerana itu mereka berhimpun pada lelaki yang memeranginya dan mendorongnya untuk melakukan tipu muslihat.

Referensi:
📚 الطيوريات أبو طاهر السلفي
📚 الصواعق المحرقة على أهل الرفض.
📚 تاريخ الخلفاء السيوطي.


🔥اللهم العن اعداء اهل البیت-علیهم السلام-والنواصب🔥

Saturday, July 14, 2018

Aishah menyusukan tetamunya

Salah satu kontroversi yang mengundang implikasi penghinaan terhadap Rasullah ialah tuduhan Aishah menyusukan lelaki dewasa. Perkara ini diakui oleh para pentaksub hadis sahih dari segi persanadan tanpa memikirkannya dari perspektif akal yang sihat.

Tersebutlah di dalam kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir menyatakan bahawa Aishah menyusukan lelaki yang ingin menjadi tetamunya supaya menjadi muhrim.

Jelas perkara ini rekaan semata-mata, penghinaan terehadap Aishah dan Rasulullah, perbuatan yang tidak dilakukan oleh isteri-isteri baginda yang lain.


pihak Wahhabi yang ingin mempertahankan isu ini berkata, maksud menyusukan itu ialah memberi minum susu melalui gelas. Ini juga sebuah pembohongan kerana perkataan menyusukan itu dari segi bahasa Arab ialah secara langsung, bukan dengan gelas. Malah bila pula Aishah mengandung sehingga dapat menghasilkan air susu?

Thursday, July 12, 2018

Imam Abu Hanifah mengusap makam Imam Ja'far al-Sadiq

Imam Abu Hanifah dikatakan sering menziarahi makam Imam Ja'far al-Sadiq a.s, memohon hajat dan menyapu sampah.

Mufti Mahmud, anak kepada mufti Abdul Ghayyur menulis di dalam kitab Rad Wahabi, yang dikenali sebagai Hujjatul Islam, muka surat 34:

و همچنین استاد المحدثین مایه افتخار سید المرسلین علیه الصلوه من رب العلمین عنی حضرت امام اعظم از قبر بعضی از ائمه هدی استعانت نموده اند . چنانچه حضرت مولوی علی محمد ختن و تلمیذ حضرت مولی یار محمد ملتانی محدث و مدرس لا ثانی در رساله خود می‌نویسد . در فتاوی عقائد المقتدی فی مسائل الهندی در فصل تعظیم علویه آورده:

Demikianlah ustaz Muhaddisin kebanggaan, Sayyidul Mursalin alayhi salat min rab al-Alamin, Hazrat Imam A'zam (Imam Abu Hanifah) telah memohon hajat di beberapa permakaman para imam. Demikianlah Hazrat Moulavi Ali Muhammad Khatn dan anak murid Hazrat Yar Muhammad Moltani Mohaddes La Tsani telah menulis di dalam risalahnya, berjudul Aqaid al-Moqtadi Fi Masail al-Hindi, bab Ta'zim Alawiyyah:

روی عن محمد بن الحسن الشیبانی وعن أبی یوسف وعن وکیع رحمهم الله تعالی أن أبا حنیفه رضی الله تعالی عنه کان یزور أبدا قبر الإمام محمد الجعفر الصادق رضی الله عنه و یکنس علی بابه ویعطی للمجاورین فتوحا ویطلب الإستعانه منه فی الأمور.


از محمد بن حسن شیبانی و از ابو یوسف (دو شاگرد ابو حنیفه) و از وکیع نقل شده است که ابو حنیفه همیشه قبر  امام صادق را زیارت و دروازه حرم آن حضرت را جارو می‌کرد، به مجاورین آن حضرت هدیه می‌داد و از امام صادق علیه السلام در مشکلات خود کمک می‌گرفت.


رد وهابی مسمی بحجة الاسلام ، ص34


Diriwayatkan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Shaybani, daripada Abi Yusuf, daripada Waki' Rahimahumullah bahawa Abu Hanifah sentiasa menziarahi  makam al-Imam Muhammad al-Ja'far al-Sadiq, mengusap makamnya, memberi hadiah kepada jirannya serta memohon hajat untuk urusan-urusannya.

Rad Wahhabi Musamma bi Hujjatul Islam - Halaman 34.
Penulis juga mengesahkan perkara tersebut sebagai sahih.