وَمَا
مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن
يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ
الشَّاكِرِينَ (144)
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul
yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika baginda pula mati atau terbunuh, apakah kamu berpaling tadah menjadi kafir? Dan
sesiapa yang berbalik maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah
sedikitpun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang
yang bersyukur. A-li 'Imraan ayat
144
Jawapan:
Cendiakawan Muslim mempunyai
berbagai pandangan mengenai faktor kewafatan Rasulullah (s.a.w) dalam usia 63
tahun. Ramai para ulama Syiah dan Sunni percaya baginda telah diracun dan racun
itu telah memberi kesan terhadap tubuh baginda sehingga menyebabkan kematian.
Ulama terkenal Ahlusunnah Ḥākim
Nishabūrī menulis di dalam kitab al-Mustadrak ‛Alā al-Ṣaḥiḥayn:
ثنا داود بن يزيد الأودي قال سمعت الشعبي يقول والله لقد سم
رسول الله صلي الله عليه وسلم وسم أبو بكر الصديق وقتل عمر بن الخطاب صبرا وقتل
عثمان بن عفان صبرا وقتل علي بن أبي طالب صبرا وسم الحسن بن علي وقتل الحسين بن
علي صبرا رضي الله عنهم
الحاكم النيسابوري، ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاي 405 هـ)، المستدرك علي
الصحيحين، ج3، ص61، ح4395، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية
- بيروت الطبعة: الأولي، 1411هـ - 1990م.
Dāūd bin Yazīd berkata, aku mendengar daripada Sha‛bī berkata: Demi Allah,
Rasulullah (s.a.w) telah diracun, Abū Bakar al-Ṣiddīq telah diracun, ‛Umar bin
al-Khaṭṭāb telah dibunuh dalam keadaan bersabar, ‛Utsmān bin ‛Affān telah
dibunuh dalam keadaan bersabar, ‛Alī bin Abī Ṭālib telah dibunuh dalam keadaan
bersabar, al-Ḥasan bin ‛Alī telah diracun, al-Ḥusayn bin ‛Alī telah dibunuh
dalam keadaan bersabar. Semoga Allah meredai mereka.
Beliau juga menukilkan riwayat yang hampir sama:
ثنا السري بن إسماعيل عن الشعبي أنه قال ماذا يتوقع من هذه
الدنيا الدنية وقد سم رسول الله صلي الله عليه وسلم وسم أبو بكر الصديق وقتل عمر
بن الخطاب حتف أنفه وكذلك قتل عثمان وعلي وسم الحسن وقتل الحسين حتف أنفه.
الحاكم النيسابوري،
ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاي 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص67،
ح4412، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة:
الأولي، 1411هـ - 1990م.
Diriwayatkan Al-Surrī bin Ismā‛ī, daripada al-Sha‛bī yang berkata: Apakah yang kau harapkan
daripada dunia yang hina dina sedangkan Rasulullah dan Abū Bakar meninggal
dunia kerana diracun, ‛Umar bin al-Khaṭṭāb terbunuh, demikian juga Utsmān dan
‛Alī juga terbunuh, al-Ḥasan diracun, al-Ḥusayn dibunuh.
Demikian juga kebanyakan ulama
Ahlusunnah meriwayatkan perkara ini daripada ‛Abdullah bin Mas‛ūd:
حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا عبد الرَّزَّاقِ ثنا
سُفْيَانُ عَنِ الأَعْمَشِ عن عبد اللَّهِ بن مُرَّةَ عن أبي الأَحْوَصِ عن عبد
اللَّهِ قال لأَنْ أَحْلِفَ تِسْعاً ان رَسُولَ اللَّهِ صلي الله عليه وسلم قُتِلَ
قَتْلاً أَحَبُّ الي من أَنْ أَحْلِفَ وَاحِدَةً انه لم يُقْتَلْ وَذَلِكَ بِأَنَّ
اللَّهَ جَعَلَهُ نَبِيًّا وَاتَّخَذَهُ شَهِيداً.
الصنعاني، ابوبكر عبد
الرزاق بن همام (متوفاي211هـ)، المصنف، ج5، ص269، ح9571، تحقيق حبيب الرحمن
الأعظمي، ناشر: المكتب الإسلامي - بيروت، الطبعة: الثانية، 1403هـ؛
الزهري، محمد بن سعد
بن منيع ابوعبدالله البصري (متوفاي230هـ)، الطبقات الكبري، ج2، ص201، ناشر: دار
صادر - بيروت؛
الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاي241هـ)، مسند أحمد بن
حنبل، ج1، ص408، ح3873؛ ج1، ص434، ح4139، ناشر: مؤسسة قرطبة - مصر؛
ابن كثير الدمشقي،
ابوالفداء إسماعيل بن عمر القرشي (متوفاي774هـ)، البداية والنهاية، ج5، ص227،
ناشر: مكتبة المعارف - بيروت؛
ابن كثير الدمشقي،
ابوالفداء إسماعيل بن عمر القرشي (متوفاي774هـ)، السيرة النبوية، ج4، ص449، طبق
برنامه الجامع الكبير؛
السيوطي، جلال الدين
عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاي911هـ)، الحاوي للفتاوي في الفقه وعلوم التفسير
والحديث والاصول والنحو والاعراب وسائر الفنون، ج2، ص141، تحقيق: عبد اللطيف حسن
عبد الرحمن، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة: الأولي، 1421هـ - 2000م.
Diriwayatkan oleh ‛Abdullah,
telah menceritakan kepadaku ‛Abdul Razzāq, telah menceritakan kepadaku oleh
Sufyān, daripada al-A‛mash, daripada ‛Abdullah bin Murrah, daripada Abī
al-Aḥwaṣ, daripada ‛Abdullah yang berkata: Sesungguhnya aku lebih suka
bersumpah sebanyak 9 kali bahawa Rasulullah (s.a.w) telah dibunuh dengan
sebenar-benar kes pembunuhan berbanding dengan bersumpah satu kali bahawa
baginda tidak dibunuh. Demikianlah Allah (s.w.t) menjadikan baginda seorang
Nabi dan mengambil nyawanya sebagai syahid.
Al-Haythamī menukilkan riwayat ini dan
berkata:
رواه أحمد ورجاله رجال الصحيح.
احمد آن را نقل كرده و راويان آن، راويان صحيح بخاري
هستند.
الهيثمي، ابوالحسن
علي بن أبي بكر (متوفاي 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج9، ص34، ناشر: دار
الريان للتراث/ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت - 1407هـ.
Diriwayatkan oleh Aḥmad dan
rijālnya adalah sahih.
Ḥākim al-Nishābūrī berkata selepas menukilkan riwayat ini:
هذا حديث صحيح علي شرط الشيخين ولم يخرجاه.
الحاكم النيسابوري، ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاي 405 هـ)، المستدرك علي
الصحيحين، ج3، ص60، ح4394، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية
- بيروت الطبعة: الأولي، 1411هـ - 1990م.
Hadis ini sahih menurut syarat
al-Bukhārī dan Muslim, namun mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya.
Dari pihak Syi‛ah, Shaykh
Mufīd menulis:
رسول الله صلي الله عليه وآله محمد بن عبد الله... وقبض
بالمدينة مسموما يوم الاثنين لليلتين بقيتا من صفر....
الشيخ المفيد، محمد
بن محمد بن النعمان ابن المعلم أبي عبد الله العكبري البغدادي (متوفاي413 هـ)،
المقنعة، ص456، تحقيق و نشر: مؤسسة النشر الإسلامي التابعة لجماعة المدرسين ـ قم،
الطبعة: الثانية، 1410 ه
Rasulullah (s.a.w). Muḥammad
bin ‛Abdillah… wafat di Madinah kerana diracun, pada hari Isnin, dua puluh
lapan Safar.
Al-Marḥūm Shaykh Ṭūsī di dalam
kitab Tahdzīb al-Aḥkām menulis:
محمد بن عبد الله... وقبض بالمدينة مسموما يوم الاثنين
لليلتين بقيتا من صفر سنة عشرة من الهجرة.
الطوسي، الشيخ
ابوجعفر، محمد بن الحسن بن علي بن الحسن (متوفاي460هـ)، تهذيب الأحكام، ج6 ص2،
تحقيق: السيد حسن الموسوي الخرسان، ناشر: دار الكتب الإسلامية ـ طهران، الطبعة
الرابعة، 1365 ش.
Muḥammad bin ‛Abdillah…
ditulis di Madinah kerana diracun pada hari Isnin, 28 Safar, tahun 10 Hijrah.
Marḥūm ‛Allāmah al-Hillī di
dalam Taḥrīr al-Aḥkām berkata:
محمد بن عبد الله... وقبض بالمدينة مسموما يوم الاثنين
لليلتين بقينا من صفر.
الحلي الأسدي، جمال
الدين أبو منصور الحسن بن يوسف بن المطهر (متوفاي 726هـ)، تحرير الأحكام، ج2 ص118،
تحقيق: الشيخ إبراهيم البهادري، ناشر: مؤسسة الإمام الصادق ( عليه السلام ) ـ قم،
الطبعة: الأولي، 1420 ه
Muḥammad bin ‛Abdillah… wafat
di Madinah, dalam keadaan diracun, pada hari Isnin, 28 Safar
Siapakah dan bila pembunuhan
terjadi?
Namun mengenai siapakah dan
bilakah baginda diracun merupakan salah satu kisah kehidupan Nabi (s.a.w) yang
tidak jelas bagi kita.
Muḥammad bin Ismā‛īl
al-Bukhārī menulis dalam kitab Sahihnya:
قالت عَائِشَةُ رضي الله عنها كان النبي صلي الله عليه وسلم
يقول في مَرَضِهِ الذي مَاتَ فيه يا عَائِشَةُ ما أَزَالُ أَجِدُ أَلَمَ
الطَّعَامِ الذي أَكَلْتُ بِخَيْبَرَ فَهَذَا أَوَانُ وَجَدْتُ انْقِطَاعَ
أَبْهَرِي من ذلك السُّمِّ.
البخاري الجعفي،
ابوعبدالله محمد بن إسماعيل (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري، ج4، ص1611، ح4165،
كِتَاب الْمَغَازِي، بَاب مَرَضِ النبي (ص) وَوَفَاتِهِ، تحقيق د. مصطفي ديب
البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987.
Telah berkata ‛Ayshah
raḍiyallāhu‛anha, Nabi (s.a.w) berkata tatkala sakit yang menyebabkan kematian
baginda: Wahai ‛Ayshah, tidak hilang rasa sakit akibat makanan yang telah ku
makan di Khaybar. dan sekarang ini adalah saatnya urat nadiku terputus kerana
pengaruh racun itu.
Mungkin ada yang berkata,
mustahil racun telah memberikan kesan selepas empat tahun Nabi memakannya di
Khaybar sedangkan Nabi telah sedia maklum mengenai daging kambing beracun itu. Ibnu
Katsīr menulis:
وفي صحيح البخاري «عن ابن مسعود قال: لقد كنا نسمع تسبيح
الطعام وهو يؤكل» يعني بين يدي النبي وكلمه ذراع الشاة المسمومة وأعلمه بما فيه من
السم
ابن كثير الدمشقي،
ابوالفداء إسماعيل بن عمر القرشي (متوفاي774هـ)، البداية والنهاية،ج 6، ص286،
ناشر: مكتبة المعارف - بيروت.
Di dalam Ṣaḥiḥ al-Bukhārī:
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas‛ūd berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar
makanan bertasbih ketika ia sedang dimakan.” Iaitu di hadapan Nabi, daging
kambing itu berbicara dengan Nabi dan ia mengumumkan wujudnya racun di
dalamnya.
Kesimpulannya kes ini masih
belum jelas. Tidak diketahui siapakah sebenarnya yang meracun Nabi dan bilakah
ia terjadi.
Dari sisi lain, kita melihat
Muḥammad bin Ismā‛īl al-Bukhārī, Muslim dan beberapa tokoh Ahlusunnah menulis:
قالت عَائِشَةُ لَدَدْنَاهُ في مَرَضِهِ فَجَعَلَ يُشِيرُ
إِلَيْنَا أَنْ لَا تَلُدُّونِي فَقُلْنَا كَرَاهِيَةُ الْمَرِيضِ لِلدَّوَاءِ
فلما أَفَاقَ قال أَلَمْ أَنْهَكُمْ أَنْ تَلُدُّونِي قُلْنَا كَرَاهِيَةَ
الْمَرِيضِ لِلدَّوَاءِ فقال لَا يَبْقَي أَحَدٌ في الْبَيْتِ إلا لُدَّ وأنا
أَنْظُرُ إلا الْعَبَّاسَ فإنه لم يَشْهَدْكُمْ.
البخاري الجعفي، ابوعبدالله محمد بن إسماعيل (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري،
ج4، ص1618، ح4189، كِتَاب الْمَغَازِي، بَاب مَرَضِ النبي (ص) وَوَفَاتِهِ؛ ج5،
ص2159، ح5382، كِتَاب الطِّبِّ، بَاب اللَّدُودِ؛ ج6، ص2524، ح6492،كِتَاب
الدِّيَاتِ، بَاب الْقِصَاصِ بين الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ في الْجِرَاحَاتِ؛ ج6،
ص2527، ح6501، بَاب إذا أَصَابَ قَوْمٌ من رَجُلٍ هل يُعَاقِبُ، تحقيق د. مصطفي
ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987؛
النيسابوري القشيري،
ابوالحسين مسلم بن الحجاج (متوفاي261هـ)، صحيح مسلم، ج4، ص1733، ح2213، كِتَاب
السَّلَامِ، بَاب كَرَاهَةِ التَّدَاوِي بِاللَّدُودِ، تحقيق: محمد فؤاد عبد
الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت.
Telah berkata ‛Ayshah, kami
menyuap baginda secara paksa, maka baginda mengisyaratkan kepada kami agar
tidak menyuapku. Kami pun berkata kesakitan itu parah kerana ubat. Tatkala baginda
sudah sedar, baginda berkata: Tidakkah aku larang kamu agar tidak menyuapkan
aku secara paksa? Jangan ada seorangpun yang tertinggal di dalam rumah
melainkan disuap juga di hadapanku melainkan ‛Abbās, kerana beliau tidak
melihat kamu.
Al-Bukhārī juga telah meriwayatkan hadis ini di dalam bab
Qiṣāṣ!
6886
- حَدَّثَنَا
عَمْرُو بْنُ عَلِىٍّ حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا مُوسَى
بْنُ أَبِى عَائِشَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَائِشَةَ -
رضى الله عنها - قَالَتْ لَدَدْنَا النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فِى
مَرَضِهِ فَقَالَ « لاَ تَلُدُّونِى » . فَقُلْنَا كَرَاهِيَةُ الْمَرِيضِ
لِلدَّوَاءِ . فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ « لاَ يَبْقَى أَحَدٌ مِنْكُمْ إِلاَّ لُدَّ
، غَيْرَ الْعَبَّاسِ فَإِنَّهُ لَمْ يَشْهَدْكُمْ » . أطرافه 4458 ، 5712 ، 6897
- تحفة 16318
87
– الديات
14
- باب الْقِصَاصِ بَيْنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ فِى الْجِرَاحَاتِ .
Diriwayatkan ‛Ayshah berkata: Kami telah menyuap Nabi (s.a.w) secara paksa
ketika baginda sedang sakit. Maka baginda berkata: Janganlah menyuapku. Kami
berkata kesakitan yang parah untuk ubat. Tatkala sedar, baginda bersabda:
Janganlah ada seorang pun di kalangan kamu yang tertinggal melainkan disuapkan
kecuali ‛Abbās, sesungguhnya beliau tidak menyaksikan kamu.
Ibnu Ḥajar al-‛Asqalānī menulis di dalam syarah riwayat ini:
(قوله
لددناه) أي جعلنا في جانب فمه دواه بغير اختياره وهذا هو اللدود.
Katanya “kami menyuap baginda”
ialah, menuangkan ubat ke dalam mulut tanpa pilihan, itulah al-ladūd.
Pertanyaan kepada saudara
Ahlusunnah.
Di sini terdapat beberapa
pertanyaan kepada saudara Ahlusunnah yang perlu dijawab:
- Kenapa ‛Ayshah dan orang yang berada di dalam rumah itu tidak akur dengan kata-kata Rasulullah walaupun baginda sudah melarang agar tidak menyuapkan ubat itu secara paksa? Tidakkah perbuatan ini mendurhakai firman Allah (s.w.t):
وَما آتاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَما نَهاكُمْ عَنْهُ
فَانْتَهُوا. الحشر / 7.
Apa saja yang dibawa oleh
Rasul, maka ambillah ia, dan apa saja yang dilarang baginda maka cegahilah. –
Surah al-Ḥashr, ayat 7.
2. Kenapa ‛Ayshah menganggap
Rasulullah sama seperti orang sakit yang lain? Sedangkan Allah (s.w.t)
berfirman:
وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَي . إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْي
يُوحَي . النجم / 3 و 4.
Tidaklah baginda berbicara
menurut hawa nafsu, melainkan wahyu yang diwayhukan. - Al_najm ayat 3 dan 4.
Apakah Nabi (s.a.w) tidak mengetahui
sebagaimana manusia yang berada di lingkungan baginda, iaitu apakah yang baik
dan buruk untuk dirinya? Atau apakah orang di sekitarnya ingin mengulangi nisbah
nyanyuk kepada Rasulullah dalam peristiwa baginda meminta pen dan kertas?
Yang lebih aneh dari semua
ialah mereka menukilkan: Nabi (s.a.w) sedar kembali dan memerintahkan semua
orang memakan ubat yang telah disuapkan secara paksa kepada baginda melainkan ‛Abbas.
Mengapakah Nabi (s.a.w) menghukum mereka? Sedangkan Allah berfirman seseorang
tidak memikul beban kesilapan orang lain:
وَ لا تَزِرُ وازِرَةٌ وِزْرَ أُخْري . الأنعام / 164 و الأسراء /15 و فاطر 18 و الزمر / 7.
Dengan perincian begini, wajarlah kita menitiskan air mata terhadap
penindasan yang dilakukan terhadap Rasulullah lebih daripada orang lain di
kalangan umat baginda. Baginda dizalimi walaupun dalam rumah sendiri.

