Tuesday, December 26, 2023

Nabi (s.a.w) menjawab salam dari dalam kubur.


🔻 Abu Ya'ala al-Mosuli menyebut dalam kitabnya bahawa Nabi SAW bersabda: Ketika Isa turun, jika baginda berdiri di samping kuburku dan memanggilku maka aku akan menjawabnya:


✍️6584 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، عَنْ أَبِي صَخْرٍ، أَنَّ سَعِيدًا الْمَقْبُرِيَّ، أَخْبَرَهُ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " وَالَّذِي نَفْسُ أَبِي الْقَاسِمِ بِيَدِهِ لَيَنْزِلَنَّ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ إِمَامًا مُقْسِطًا وَحَكَمًا عَدْلًا، فَلَيَكْسِرَنَّ الصَّلِيبَ، وَلَيَقْتُلَنَّ الْخِنْزِيرَ، وَلَيُصْلِحَنَّ ذَاتَ الْبَيْنِ، وَلَيُذْهِبَنَّ الشَّحْنَاءَ، وَلَيُعْرَضَنَّ عَلَيْهِ الْمَالُ فَلَا يَقْبَلُهُ، ثُمَّ لَئِنْ قَامَ عَلَى قَبْرِي فَقَالَ:يَا مُحَمَّدُ لَأُجِيبَنَّهُ "

📗📔 مسند أبي يعلى الموصلي نویسنده : أبو يعلى الموصلي    جلد : 11  صفحه : 462 تحقيق: حسين سليم أسد، ناشر: دار المأمون للتراث - دمشق، الطبعة: الأولي، 1404 هـ -

Diriwayatkan daripada Ahmad bin Isa, daripada Ibnu Wahab daripada Abi Sakhr daripada Saeed Maqburi yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Demi Dzat yang di tangan-Nya nyawa Abu al -Qasim, Isa ibn Maryam pasti akan turun dari langit. Baginda datang sedangkan dia adalah imam dan pemerintah yang menegakkan keadilan, dan mematahkan salib, membunuh babi, mewujudkan keamanan di antara manusia, menghilangkan kesakitan, ditunjukkan harta padanya namun dia tidak terima, kemudian dia datang ke kuburku dan berkata: Wahai Muhammad, nescaya aku akan menjawabnya.

Hossein Salim Asad menulis di bawah riwayat ini:

🗞إسناده صحيح.

✅👍Menurut riwayat ini, Nabi Isa beristighasah dengan Rasulullah di kubur baginda. Wahabi pula mengatakan Rasulullah tidak mendengar, maka kenapa Nabi Isa tidak sedar bahawa Allah mematikan Nabi dan menjadikannya debu, namun baginda Isa pergi ke kubur Rasulullah, lalu berkata, kemudian Rasulullah menjawabnya. 

Menurut Wahhabi, Nabi tidak mendengar dan tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan, sedangkan hadis sahih menyatakan Nabi Isa (a.s) pergi ke kubur Rasulullah (SAW) dan baginda berkata-kata dengannya.





Tuesday, May 19, 2020

Apa hubungan konflik Palestin dan perang Jamal?

💠 *Apa hubungan konflik Palestin dan perang Jamal?*
🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩🇸🇩

🔻 Sejarah hitam Aisyah keluar berperang telah berhasil memecah belahkan hati umat yang sudah bersatu di bawah naungan kekhalifahan Ali bin Abi Talib (a.s). Namun api peperangan yang disulut Aisyah ini masih belum terpadam hingga ke hari ini.

✔️ Allamah Sharifuddin (1872-1957) menyifatkan perbuatan Aisyah sebagai berikut:


✍وما زالت تستفز حميتهم حتى عقر الجمل، بعد ان قتل على خطامه أربعون رجلا وكانت الهزيمة بأذن الله. ولو عناية أمير المؤمنين ساعتئذ في حفظها، ووقوفه بنفسه على صونها، لكان ما كان مما أعاذها الله منه في هذه الفتنة العمياء التى شقت عصا المسلمين إلى يوم الدين، وعلى أسسها كانت صفين والنهروان ومأساة كربلا وما بعدها. حتى نكبة فلسطين، في عصرنا هذا


📗📔النص والإجتهاد، شرف الدين، السيد عبدالحسين ج 1 ص 449


🔸Tiadalah luput gelora ketaksuban mereka sehingga unta disembelih setelah 40 orang terbunuh di atas kekang pacuannya, dan ia pun kalah dengan izin Allah. Andai kata ketika itu Ali tiada mahu melindungi Aisyah, dan tidak berpendirian menjaga Aisyah, maka Allah tidak melindungi Aisyah daripada fitnah gelap yang memecah belahkan kesatuan kaum Muslimin sehingga hari kiamat. Atas pengasasan Aisyah itulah terjadi perang Sifffīn, Nahrawān, tragedi Karbala dan lain-lain setelah itu termasuklah bencana *Palestin* di zaman kita.


⭕️ Tatkala Aisyah keluar memerangi khalifah sah secara syarak, maka kaum Muslimin porak peranda sehingga tidak berkesempatan lagi menyebarkan ugama, berjihad di jalan Allah dan membuka negara, malah mereka sibuk berbalah sesama sendiri.

✔️ Justeru itu, lihatlah kesaksian tokoh Barat bernama Herbert George Wells (1866-1946) sebagaimana Shaykh Mahmud Abu Rayyah (1988-1970) tulis dalam kitabnya:



✍وقال الفيلسوف الإنجليزي المشهور ولز الذي يعد في طليعة مفكري هذا العصر في كتابه «تجربة في التاريخ العام - في مبحث الإسلام - » عن موقف عائشة من الحرب الداخلية، ما ترجمته:إن الإسلام كاد يفتح العالم أجمع لو بقي سائرة سيرته الأولى، ولو لم تنشب في وسطه من أول الأمر الحرب الداخلية، فقد كان هم عائشة أن تقهر عليا قبل كل شىء

📗📔شیخ المضیرة أبو هریرة (دار المعارف) - محمود أبو ريّة , صفحه: 207

🔸Ahli falsafah tersohor Inggeris, Wells yang merupakan cendiakawan di zaman kita, di dalam bukunya: «تجربه في التاريخ العالم - فی المبحث اسلام» menyatakan pandangan terhadap Aisyah mengenai perang dalaman: Sekiranya rekod Islam masih kekal sebagaimana asalnya, dan di ditengah-tengahnya tiada perang dalaman, nescaya Islam menakluki seluruh dunia. Aisyah pula melakukan rancangan untuk mengalahkan Ali sebelum semuanya terjadi.

Justeru itu:

1) Peperangan Jamal membentang latar sehingga terjadi peperangan lain di kalangan Muslim. Setelah itu tercetuslah perang Siffin, Nahrawan, Karbala dan lain-lain lagi. Bahkan perang Jamal mencetuskan peperangan sesama Muslim hingga ke hari ini. Oleh kerana seluruh derita berpunca sejak hari Jamal, Aisyah melemahkan umat dan memecah belahkan umat buat selama-lamanya.

2) Sekiranya Aisyah bertaqwa kepada Allah, dan ia menuruti perintah al-Qur'ān agar menetap tinggal dan duduk diam-diam di dalam rumahnya (al-Ahzāb: 33), nescaya umat tidak menghunus pedang dalam peristiwa Jamal, maka rukun kekhalifahan tetap utuh, sehingga tiada sesiapa yang berani menjadi batu api perpecahan termasuk Muawiyah bin Abi Sufyan.

3) Jika Aisyah tidak mencetuskan perang Jamal, nescaya Muawiyah terpaksa menerima pemerintahan Ali. Ini disebabkan warga Sham tidak berdaya melawan jemaah Muslimin. Akan tetapi setelah perang Jamal, mereka begitu berani dan mengumpul kekuatan.

4) Inilah dukacita yang melanda Aisyah. Sekiranya ia tidak melancarkan pertempuran sengit, maka Islam akan menguasai alam semesta. Cahayanya pasti menerangi segenap ufuk. Namun kemunduran dan kedaifan umat telah dinisbah kepada Aisyah.

 انا لله و انا اليه راجعون.

Ulama Sunni: Ali setara dengan para Nabi.


Imam Fakhruddin al-Razi menulis:

Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bayhaqī di dalam  Fadhā'il al-Sahābah bahawa baginda bersabda: Barangsiapa yang ingin melihat keutamaan Adam, ketaqwaan Nūh, kesantunan Nūh, kehebatan Mūsā, ibadah 'Isā, maka lihatlah pada Ali bin Abī Tālib (a.s).

Ulasan Fakhruddin dalam muka surat ini:

Zahir hadis ini menunjukkan Ali setara dengan para Nabi dalam sifat ini. Tidak syak lagi, para Nabi lebih mulia daripada Abu Bakar dan semua sahabat Nabi.... Adapun ilmunya. Ilmu Ali lebih banyak daripada para sahabat yang lain. Antara yang menguatkan demikian ialah riwayat Ali berkata: Rasūlullāh mengajarku seribu bab ilmu. Setiap satu bab membuka seribu bab lagi.

Monday, May 18, 2020

Justifikasi Ibnu Taimiyah bagi mewajarkan pembunuh Ali bin Abī Tālib (a.s).


Salah satu ajaran Ibnu Taimiyah yang bertentangan dengan Islam dan pandangan para ulama Sunni ialah membenci Ali bin Abī Tālib (a.s) dengan memuji pembunuhnya, iaitu Abdul Rahman ibnu Muljam. Inilah kriteria yang kebudak-budakan dalam kefanatikan terhadap para musuh Ahlul Bait.

Sebelum Ibnu Taimiyah, terlebih dahulu Ibnu Hazm menulis pembelaan terhadap Abdul Rahman:

وَلَا خِلَافَ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ الْأُمَّةِ فِي أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مُلْجَمٍ لَمْ يَقْتُلْ عَلِيًّا - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - إلَّا مُتَأَوِّلًا مُجْتَهِدًا مُقَدِّرًا أَنَّهُ عَلَى صَوَابٍ [1]

"Tiada perselisihan seorang pun daripada umat berkenaan Abdul Rahman bin Muljam tidak pernah membunuh Ali melainkan secara takwil dan ijtihad."

Ibnu Taimiyah juga menulis demikian:

والذي قتل عليّاً كان يصلّي ويصوم ويقرأ القرآن ، وقتله معتقداً أنّ اللّه ورسوله يحبّ قتل عليّ، وفعل ذلك محبّة للّه ورسوله في زعمه، وإن كان في ذلك ضالاًّ مبتدعاً

"Yang membunuh Ali itu orang yang solat, berpuasa dan mengaji al-Qur'ān. Ia membunuh Ali kerana percaya bahawa Allah dan RasulNya mengasihi pembunuhan Ali. Ia melakukan demikian kerana cinta kepada Allah dan RasulNya dalam kepercayaannya, walaupun demikian itu sesat dan bid'ah." [2]

Ibnu Taimiyah amat bersimpati dan kasihan dengan pembunuh Ali dengan menyatakan:

قتله واحد منهم وهو عبدالرحمن بن ملجم المرادي مع كونه كان من أعبد الناس وأهل العلم .

"Ali membunuh (Qisas) salah seorang daripada mereka, iaitu Abdul Rahman bin Muljam al-Muradi padahal ia merupakan salah seorang yang paling kuat beribadat dan ilmuan. [3]

Semua ungkapan itu adalah pembelaan terhadap Abdul Rahman sedangkan ia bertentangan dengan Sunnah. Nabi (s.a.w) mengisyaratkan Abdul Rahman sebagai sejahat-jahat manusia:

قال علي(عليه السلام) : « أخبرني الصادق المصدّق أنّي لا أموت حتى أضرب على هذه ، وأشار إلى مقدّم رأسه الأيسر فتخضب هذه منها بدم، وأخذ بلحيته وقال لي: يقتلك أشقى هذه الأمّة كما عقر ناقة اللّه أشقى بني فلان من ثمود» .

Ali bin Abī Tālib (a.s) berkata: Aku telah dikabar oleh yang amat benar lagi dibenarkan (Nabi s.a.w), bahawa aku tiada mati sehingga aku ditetak di atas sini. Beliau menunjukkan ke atas kepalanya bahagian kiri, maka ia akan berlumuran darah. Sambil memegang janggutnya baginda berkata kepadaku: Sejahat-jahat manusia di kalangan umat ini membunuhmu sebagaimana sejahat-jahat bani fulān kaum Tsamūd membunuh unta Allah" [4]

Ibnu Hajar al-Haythamī menukilkan riwayat tersebut dan menulis:

رواه الطبراني وأبو يعلى وفيه رشدين بن سعد وقد وثّق ، وبقيّة رجاله ثقات.

"Diriwayatkan oleh al-Tabrāni dan Abū Ya'lā. Di dalamnya terdapat Rusdīn bin Sa'ad dan ia perawi dipercaya. Yang lain pula adalah rijal yang tsiqah."

Beliau menulis riwayat yang hampir sama dan menulis:

رواه أحمد والطبراني والبزّار باختصار، ورجال الجميع موثّقون .

"Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrānī dan al-Bazzār secara ringkas, seluruh rijāl dapat dipercaya". [5]

Jelas dari Sunnah Nabi bahawa kedua-dua tokoh Salafi Wahhabi mahupun Salafi Jihadi iaitu Ibnu Hazm dan Ibnu Taimiyah berniat jahat terhadap Ali bin Abī Tālib (a.s). 

Ada tokoh Sunni sejati tidak berdiam diri dengan pendirian Ibnu Hazm ini lalu memberi jawapan yang jelas lagi tepat:

«وَأَمَّا مَا ذَكَرَهُ مِنْ أَمْرِ ابْن مُلْجَمٍ فِي تَأْوِيلِهِ فَهُوَ كَمَا قَالَ، وَبَالَغَ ابْنُ حَزْمٍ فَقَالَ: لَا خِلَافَ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ الْأَئِمَّةِ فِي أَنَّ ابْنَ مُلْجَمٍ قَتَلَ عَلِيًّا مُتَأَوِّلًا مُجْتَهِدًا مُقَدِّرًا أَنَّهُ عَلَى الصَّوَابِ ، كَذَا قَالَ، وَهَذَا الْكَلَامُ لَا خِلَافَ فِي بُطْلَانِهِ، إلَّا إنْ حُمِلَ عَلَى أَنَّهُ كَذَلِكَ كَانَ عِنْدَ نَفْسِهِ، فَنَعَمْ، وَإِلَّا فَلَمْ يَكُنْ ابْنُ مُلْجَمٍ قَطُّ مِنْ أَهْلِ الِاجْتِهَادِ وَلَا كَادَ ، وَإِنَّمَا كَانَ مِنْ جُمْلَةِ الْخَوَارِجِ».

"Adapun apa yang disebutnya tentang Ibnu Muljam dalam bertakwil, sehingga Ibnu Hazm berkata: Tiada perselisihan seorang pun daripada kalangan umat berkenaan Abdul Rahman bin Muljam yang membunuh Ali secara takwil dan berijtihad yang patut sedaya upaya. Demikianlah katanya. Kata-kata ini adalah batal tanpa diperselisih, melainkan ia hanyalah pandangan peribadi sendiri. Memang benar, Abdul Rahman bin Muljam bukanlah seorang ahli ijtihad. Ia hanya daripada golongan Khawārij".[6]

Justeru itu..

Ibnu Taimiyah dan agamawan sepertinya mempunyai method dalam membela kejahatan dengan kebencian terhadap Ahlul Bait secara terselubung. Cara berfikir penyokong Bani Umayyah ini disebut oleh tokoh Sunni, Ibnu Rajab al-Hanbali sebagai (التعيير) dalam kitabnya berjudul (الفرق بين النصيحة والتعيير لابن رجب). Inilah dia golongan Nawasib/Nasibi di zaman ini. Boleh jadi secara zahir mengaku cinta Ahlul Bait namun batin mereka diam-diam menghina.

[1] . ابن حزم اندلسی،علی بن احمد، ناشر: دارالفکر، بیروت، بی تا، ج 11، ص 130.
[2] منهاج السنة ، ج 1 ،‌ ص153.
[3] منهاج السنّة ، ج 5 ،‌ ص47
[4] مسند أبي يعلى ، ج 1 ، ص431 و المعجم الكبير ، الطبراني ،‌ ج 8 ، ص38 و  كنز العمّال ، المتقي الهندي ، ج 13 ، ص192  و  تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 42 ، ص543 .
[5] مجمع الزوائد ، ج 9 ،‌ ص136
[6]ابن حجر عسقلانی، التلخیص الحبیر، تحقیق: حسن بن عباس بن قطب، ناشر: موسسة فرطبة، مصر، چاپ اول، 1416ه.ق. ج 4، ص87

Sunday, May 17, 2020

Hukum bunuh dalam elemen terrorism Ibnu Taimiyah-Daesh.

Karya Ibnu Taimiyah sering menggunakan perkataan "hendaklah disuruh bertaubat atau dibunuh" (وإلا قُتِل). Sebagai contoh, misalannya:

1) Barangsiapa yang percaya bahawa kewajipan seperti solat tidak wajib ke atas wali Allah yang khusus (akidah sebahagian golongan sufi). 

لا بدَّ للعبد من أداء الواجبات والصلاة عمود الدين لا تسقط لا عن الأنبياء ولا عن الأولياء ولا غيرهم ومن اعتقد سقوطَها عن خواصِّ الأولياء فإنه يُستتاب فإن تابَ وإلا قُتِل.

Hamba Allah hendaklah melaksanakan kewajipan solat dan solat itu adalah tiang agama, tidak gugur samada di kalangan para nabi, mahupun wali, dan selain mereka. Barangsiapa yang percaya ia gugur daripada kalangan wali khas, maka hendaklah ia disuruh bertaubat, jika tidak ia hendaklah dibunuh.

2) Golongan yang menisbahkan kriteria seperti wali Allah, Ahlillah, ahli hikmah dan falsafah kepada wali Allah.

فمن غلا في الأولياء أو من يسميهم أولياء الله أو يسميهم أهل الله أو يسميهم الحكماء أو الفلاسفة أو غير ذلك من الأسماء التي يقرنها بأسماء الأنبياء وجعلهم مثل الأنبياء أو أفضل من الأنبياء فإنه يستتاب فإن تاب وإلا قتل.

Dan keterlaluan pada wali-wali, atau orang yang menamakan mereka wali Allah, atau menamakan mereka Ahlillah, atau ahli hikmah, atau falsafah, atau selain daripada nama-nama demikian yang diindikasikannya dengan nama-nama para nabi, menjadikan mereka seperti Nabi atau lebih baik dari nabi, maka hendaklah mereka disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh. 

3) Golongan yang percaya bahawa musafir hendaklah sempurnakan solat dan berpuasa.

وَقَالَ: إنَّهُ يَجِبُ عَلَى كُلِّ مُسَافِرٍ أَنْ يُصَلِّيَ أَرْبَعًا، فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ مَنْ قَالَ: إنَّهُ يَجِبُ عَلَى الْمُسَافِرِ أَنْ يَصُومَ شَهْرَ رَمَضَانَ، وَكِلَاهُمَا ضَلَالٌ مُخَالِفٌ لِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ؛ يُسْتَتَابُ قَائِلُهُ فَإِنْ تَابَ وَإِلَّا قُتِلَ.

Dan ia telah berkata: Sesungguhnya wajib ke atas setiap musafir agar solat empat rakaat sedangkan ia setara dengan orang yang berkata: Wajiblah ke atas musafir untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Kedua-duanya adalah sesat, bertentangan dengan ijma kaum Muslimin. Hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh.

Demikian juga ungkapannya: 

ومن قال: إن الفطر لا يجوز إلا لمن عجز عن الصيام فإنه يستتاب فإن تاب وإلا قتل

Barangsiapa yang berkata: Berbuka puasa tidak dibenarkan untuk orang yang uzur. Orang itu hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh.

4) Golongan yang istighatsah dengan wali Allah.

ولا يجوز أن يقول لملك ولا نبي ولا شيخ ميت أو حي: اغفر لي ذنبي وانصرني على عدوي. فمن سأل مخلوقا شيئا من ذلك فهو مشرك به قد اتخذ لله ندا، يجب أن يستتاب، فإن تاب وإلا قتل.

Dan tidak dibenarkan berkata kepada raja, nabi atau sheikh, samada mati atau hidup: Ampuni dosaku, bantulah aku ke atas musuhku. Barangsiapa yang memohon sesuatu kepada makhluk seperti demikian, maka ia menyekutukan Allah dan mengambil seruan untuk Allah. Ia hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh.


أن يسأله حاجته مثل أن يسأله أن يزيل مرضه، أو مرض دوابه، أو يقضي دينه، أو ينتقم له من عدوه، أو يعافي نفسه وأهله ودوابه، ونحو ذلك مما لا يقدر عليه إلا الله عز وجل: فهذا شرك صريح، يجب أن يستتاب صاحبه فإن تاب وإلا قتل.

Meminta hajatnya seperti memohon disingkirkan penyakitnya, atau penyakit haiwan peliharaannya, dan selain itu, atau demi melangsaikan hutangnya, atau membalas bela atas musuhnya, atau demi kesihatan dirinya, keluarga dan ternakannya, dan selain itu, iaitu memohon kepada yang tiada berkuasa ke atasnya melainkan Allah: Maka ini adalah syirik yang nyata, wajiblah orang itu disuruh bertaubat, jika tidak ia hendaklah dibunuh.

5) Golongan yang berkata bahawa ada wali Allah yang berkuasa dalam kejadian alam dengan berkata: Jadi, maka jadilah (کُن فیکون).

ومن قال: إن أحدا من أولياء الله يقول للشيء: كن فيكون، فإنه يستتاب فإن تاب وإلا قتل.

Barangsiapa yang berkata: Sesungguhnya seorang daripada wali Allah berkata untuk menjadikan sesuatu: Jadi maka jadilah ia. Maka ia hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh. 

6) Golongan yang percaya bahawa ia boleh keluar daripada ketaatan kepada Nabi dalam perkara batin atau zahir.

من اعتقد أنه يجوز له أن يخرج عن طاعة النبي - صلى الله عليه وسلم - وتصديقه في شيء من أموره الباطنة والظاهرة فإنه يجب استتابته فإن تاب وإلا قتل كائنا من كان.

Barangsiapa yang percaya bahawa dibolehkan baginya untuk keluar dari ketaatan terhadap Mabi (s.a.w) dalam perkara batin atau zahir, maka hendaklah ia bertaubat, jika tidak hendaklah dibunuh.

7) Barangsiapa yang menganggap hukum bertaqlid kepada salah seorang para Imam fiqh adalah wajib dan menghalang orang bertaqlid kepada yang lain. 

ومن أوجب تقليد إمام بعينه استتيب، فإن تاب وإلا قتل.

Barangsiapa yang mewajibkan bertaklid kepada imam semata-mata, hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh.

Demikian juga:

متى اعتقد أنه يجب على الناس اتباع واحد بعينه من هؤلاء الأئمة دون الإمام الآخر فإنه يجب أن يستتاب فإن تاب وإلا قتل.

Tatkala ia percaya bahawa wajib ke atas manusia untuk menuruti satu sahaja daripada kalangan para imam mazhab itu, tidak dengan imam yang lain, maka ia wajib bertaubat. Jika tidak maka ia hendaklah dibunuh.

8) Golongan yang berkata: Barangsiapa yang memberi salam dalam rakaat kedua solat yang empat rakaat kerana terlupa, maka ia mendapat murka Allah. 

ومن قال: إن من سلم في الرباعية من ركعتين ساهيا استوجب غضب الله وأقل ما يجب عليه أن ينزل عليه نار من السماء وتحرقه يستتاب من ذلك القول فإن تاب وإلا قتل.

Barangsiapa yang berkata: Barangsiapa yang tersalam pada rakaat kedua dalam solat empat rakaat kerana terlupa, maka ia mendapat murka Allah, paling kurang ia ia harus diturunkan api ke atasnya dari langit dan membakarnya. Hendaklah ia bertaubat daripada berkata demikian jika mahu bertaubat. Jika tidak, ia hendaklah dibunuh.

Justeru itu:

1) Demikianlah kekerasan fatwa masyhur Ibnu Taimiyah yang menegaskan hukuman bunuh sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya. 

2) Ajaran formalisme dan penentangan taqlid oleh Ibnu Taimiyah bertujuan memperalatkan manusia jahil dengan membuka pintu fanatik seluas-luasnya yang mengambil ilham daripada frasa rangkata yang ekstrem. Selain itu, ia meminggirkan pandangan-pandangan ulama terdahulu dan menonjolkan fatwanya sendiri. Sementara itu, gelombang fitnah dan pertumpahan darah dalam dunia Islam selama ini berpandukan fatwa-fatwanya.

3) Beragama Islam secara formalisme membawa kepada pembunuhan, takfiri dan fanatik. Ia mempunyai ajaran, guru dan dan rujukan yang sentiasa dahagakan darah. Hingga kini ia telah mengorbankan banyak jiwa dan akan memakan korban, serta mengancam keselamatan negara.

Saturday, December 7, 2019

Kritik kesilapan Dr Rozaimi Ramlee tentang perawi hadis Rafidah dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

Sandaran Dr Rozaimi terhadap tulisan Ibnu Hajar Asqalani masih boleh dibahaskan lagi.

Ulama hadis Sunni cuba membezakan antara takrif Syiah dan Rafidah iaitu:

1. Perawi yang dilabel Syiah, semata-mata kerana mencintai Ali tanpa melebihkan Ali ke atas 3 orang pemegang tampuk kekhalifahan itu.

Tidak diketahui sejak bila label ini sudah pupus dari atas muka bumi. Golongan ini termasuklah daripada Sufi Sunni, habā'ib dan pengikut tarikat-tarikat.

2. Perawi hadis rafidah ialah mereka yang menolak kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman. Ada kalanya Syiah disebut sebagai "Syiah tanpa rafd" (شيعي لا رافضي) iaitu perawi hanyalah mencintai Ali semata-mata, tanpa ciri Rafidah sedikitpun. Ibnu Taimiyah beberapa kali menyebut al-Rāfidhah al-Imāmiyyah (الرافضة الامامية) di dalam kitabnya.

Percubaan itu bertujuan menafikan terdapat perawi hadis Syiah dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Namun hakikatnya perawi hadis Rafidah masih wujud dalam kedua-dua kitab tersebut.

Rujuk: https://sunnah-sejati.blogspot.com/2019/10/perawi-hadis-syiah-dalam-sahih-al.html?m=1

Justeru itu, label Syiah Rafidhah masih relevan sebagai perawi hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sekaligus menolak tohmahan Dr Rozaimi.

Namun sejauh mana kebenaran label ini masih diperselisihkan kerana iman di lidah boleh dirahsiakan, namun dalam hati siapa yang tahu?

Melabel seseorang individu sebagai Syiah adalah biasa dalam kecaman agama, Syiahfobia, Iranfobia dan konspy politik, walaupun tidak masuk akal. Misalannya:

1. Syair Imam Shafi'i membayangkan kecintaan terhadap Ahlul Bait boleh dilabel sebagai Rafidah. (Rujuk syair terkenal beliau tentang kecintaan terhadap Ahlul Bait)

2. Imam Nasa'i dituduh mempunyai sedikit Syiah. (فيه قليل تشيع وانحراف عن خصوم الإمام علي كمعاوية وعمرو، والله يسامحه)

3. Hakim Nishaburi dituduh Rafidah yang jahat (رافضي خبيث) kerana mengiktiraf hadis burung dan menyimpang dari Muawiyah (وكان منحرفا غاليا عن معاوية وعن أهل بيته).


4. Wahhabi Dr Asri Zainulabidin menuduh Dr. Hasan al-Saqqaf sebagai Syiah kerana mengkritik sahabat Nabi termasuk Muawiyah dan memerangi Wahhabi.

Lihat: Awasi Syiah Berbaju Sunni, Hasan Saqqaf dan para pengikutnya. Mereka berpura-pura Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menuduh orang lain wahabi... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153777457617990&id=279290772989
Lihat juga Hasan al-Saqqaf mengkritik Muawiyah:
https://youtu.be/8YpW3iSnhdU

5. Sewenang-wenangnya seseorang itu boleh dilabel Syiah. Artis Fyn Jamal juga dituduh Syiah kerana penampilannya sering berpakaian hitam.

Lihat: https://www.hmetro.com.my/node/111021

6. Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay dituduh Syiah sebagai isyarat darahnya halal ditumpahkan. Ini disebabkan Dato' Ayob telah berusaha menangkap para militan IS.

https://youtu.be/t4cExsAMYWA

Demikianlah juga pernyataan prof Farid:

Anti-Shiite authorities partly responsible for Malaysians joining IS? NUS
academic asks

https://themalaymailonline.wordpress.com/2015/12/06/anti-shiite-authorities-partly-responsible-for-
malaysians-joining-is-nus-academic-asks/

Justeru itu Syiahfobia telah diperalat untuk menyubur perkembangan militan Melayu.

7. Pada tahun 1543, Raja Turki Uthmaniyyah bernama Rustam Pasha melancarkan kempen anti Syiah sebagai alasan untuk menyerang Iran. Rujukan:

(شهبازی، عبدالله(1377)، زرسالاران یهودی و پارسی، استعمار بریتانیا و ایران، تهران: مؤسسه مطالعات و پژوهش های سیاسی- ج4، ص 304)

Justeru itu, tuduhan seseorang itu sebagai Syiah kadangkala tidak lebih dari retorik semata-mata.

Sumber rujukan dan perbendaharaan ilmu pengetahuan Sunni tidak dapat dipisahkan daripada Syiah Rafidah. Ini disebabkan masih ada perawi hadis Rafidah dalam Sahihayn.

Terdapat individu yang sengaja dituduh Syiah. Antaranya ialah Imam Nasa'i dan Hakim Nishaburi, padahal mereka adalah ulama Sunni. Perbuatan tuduh menuduh ini tidak beramanah dan menyalahi etika.

Perawi yang dituduh Syiah itu samada beraliran madrasah sahābah (Sunni)  atau benar-benar Syiah Ali/Rafidah. Selagi belum jelas pendirian tentang Shaykhayn, maka selalunya masih dianggap Sunni. Para pengkaji boleh menyemak kitab rijal Syiah bagi menyelidik perawi hadis Sunni yang sebenar-benar diakui oleh Syiah sebagai Syiah.

Bai'at kepada Abu Bakar dan Umar tidak lagi menjadi ukuran untuk diterima sebagai perawi tsiqah oleh Imam Bukhari dan imam Muslim.

Taksub kepada Bani Umayyah adalah punca memisahkan istilah Rafidah daripada Syiah. Golongan pengikut Bani Umayyah ini wujud dan disebut oleh ulama Sunni sebagai Syiah Uthman yang majoritinya adalah Nasibi.

Friday, November 29, 2019

Campuran cinta Ahlul Bait dan musuhnya, 2 dalam 1



۱۴- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى اَلْمُتَوَكِّلُ عَنِ اَلْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ اَلْخَزَّازِ قَالَ سَمِعْتُ اَلرِّضَا ع يَقُولُ إِنَّ مِمَّنْ يَتَّخِذُ مَوَدَّتَنَا أَهْلَ اَلْبَيْتِ لَمَنْ هُوَ أَشَدُّ لَعْنَةً عَلَى شِيعَتِنَا مِنَ اَلدَّجَّالِ فَقُلْتُ لَهُ يَا اِبْنَ رَسُولِ اَللَّهِ بِمَا ذَا قَالَ بِمُوَالاَةِ أَعْدَائِنَا وَ مُعَادَاةِ أَوْلِيَائِنَا إِنَّهُ إِذَا كَانَ كَذَلِكَ اِخْتَلَطَ اَلْحَقُّ بِالْبَاطِلِ وَ اِشْتَبَهَ اَلْأَمْرُ فَلَمْ يُعْرَفْ مُؤْمِنٌ مِنْ مُنَافِقٍ.

مصنفات الشیخ الصدوق، صفات الشیعة، حديث ۱۴

Telah diriwayatkan hadis daripada Hasan bin Ali al-Khazzāz, bahawa aku telah mendengar Imām Alī bin Mūsā al-Ridā berkata: Sesungguhnya fitnah golongan yang mengaku cintakan kami Ahlul Bait (a.s) lebih dahsyat fitnahnya ke atas Syiah kami berbanding fitnah Dajjāl. Perawi bertanya: Wahai anak cucu Nabi, bagaimanakah itu? Ini disebabkan mereka mencintai musuh kami dan memusuhi pencinta kami. Perbuatan ini mencampir aduk haq dan batil, di samping menimbulkan keraguan di kalangan manusia. Maka tiada dikenal lagi yang manakah mukmin dan yang manakah munafik.