Saturday, December 7, 2019

Kritik kesilapan Dr Rozaimi Ramlee tentang perawi hadis Rafidah dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

Sandaran Dr Rozaimi terhadap tulisan Ibnu Hajar Asqalani masih boleh dibahaskan lagi.

Ulama hadis Sunni cuba membezakan antara takrif Syiah dan Rafidah iaitu:

1. Perawi yang dilabel Syiah, semata-mata kerana mencintai Ali tanpa melebihkan Ali ke atas 3 orang pemegang tampuk kekhalifahan itu.

Tidak diketahui sejak bila label ini sudah pupus dari atas muka bumi. Golongan ini termasuklah daripada Sufi Sunni, habā'ib dan pengikut tarikat-tarikat.

2. Perawi hadis rafidah ialah mereka yang menolak kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman. Ada kalanya Syiah disebut sebagai "Syiah tanpa rafd" (شيعي لا رافضي) iaitu perawi hanyalah mencintai Ali semata-mata, tanpa ciri Rafidah sedikitpun. Ibnu Taimiyah beberapa kali menyebut al-Rāfidhah al-Imāmiyyah (الرافضة الامامية) di dalam kitabnya.

Percubaan itu bertujuan menafikan terdapat perawi hadis Syiah dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Namun hakikatnya perawi hadis Rafidah masih wujud dalam kedua-dua kitab tersebut.

Rujuk: https://sunnah-sejati.blogspot.com/2019/10/perawi-hadis-syiah-dalam-sahih-al.html?m=1

Justeru itu, label Syiah Rafidhah masih relevan sebagai perawi hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sekaligus menolak tohmahan Dr Rozaimi.

Namun sejauh mana kebenaran label ini masih diperselisihkan kerana iman di lidah boleh dirahsiakan, namun dalam hati siapa yang tahu?

Melabel seseorang individu sebagai Syiah adalah biasa dalam kecaman agama, Syiahfobia, Iranfobia dan konspy politik, walaupun tidak masuk akal. Misalannya:

1. Syair Imam Shafi'i membayangkan kecintaan terhadap Ahlul Bait boleh dilabel sebagai Rafidah. (Rujuk syair terkenal beliau tentang kecintaan terhadap Ahlul Bait)

2. Imam Nasa'i dituduh mempunyai sedikit Syiah. (فيه قليل تشيع وانحراف عن خصوم الإمام علي كمعاوية وعمرو، والله يسامحه)

3. Hakim Nishaburi dituduh Rafidah yang jahat (رافضي خبيث) kerana mengiktiraf hadis burung dan menyimpang dari Muawiyah (وكان منحرفا غاليا عن معاوية وعن أهل بيته).


4. Wahhabi Dr Asri Zainulabidin menuduh Dr. Hasan al-Saqqaf sebagai Syiah kerana mengkritik sahabat Nabi termasuk Muawiyah dan memerangi Wahhabi.

Lihat: Awasi Syiah Berbaju Sunni, Hasan Saqqaf dan para pengikutnya. Mereka berpura-pura Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menuduh orang lain wahabi... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153777457617990&id=279290772989
Lihat juga Hasan al-Saqqaf mengkritik Muawiyah:
https://youtu.be/8YpW3iSnhdU

5. Sewenang-wenangnya seseorang itu boleh dilabel Syiah. Artis Fyn Jamal juga dituduh Syiah kerana penampilannya sering berpakaian hitam.

Lihat: https://www.hmetro.com.my/node/111021

6. Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay dituduh Syiah sebagai isyarat darahnya halal ditumpahkan. Ini disebabkan Dato' Ayob telah berusaha menangkap para militan IS.

https://youtu.be/t4cExsAMYWA

Demikianlah juga pernyataan prof Farid:

Anti-Shiite authorities partly responsible for Malaysians joining IS? NUS
academic asks

https://themalaymailonline.wordpress.com/2015/12/06/anti-shiite-authorities-partly-responsible-for-
malaysians-joining-is-nus-academic-asks/

Justeru itu Syiahfobia telah diperalat untuk menyubur perkembangan militan Melayu.

7. Pada tahun 1543, Raja Turki Uthmaniyyah bernama Rustam Pasha melancarkan kempen anti Syiah sebagai alasan untuk menyerang Iran. Rujukan:

(شهبازی، عبدالله(1377)، زرسالاران یهودی و پارسی، استعمار بریتانیا و ایران، تهران: مؤسسه مطالعات و پژوهش های سیاسی- ج4، ص 304)

Justeru itu, tuduhan seseorang itu sebagai Syiah kadangkala tidak lebih dari retorik semata-mata.

Sumber rujukan dan perbendaharaan ilmu pengetahuan Sunni tidak dapat dipisahkan daripada Syiah Rafidah. Ini disebabkan masih ada perawi hadis Rafidah dalam Sahihayn.

Terdapat individu yang sengaja dituduh Syiah. Antaranya ialah Imam Nasa'i dan Hakim Nishaburi, padahal mereka adalah ulama Sunni. Perbuatan tuduh menuduh ini tidak beramanah dan menyalahi etika.

Perawi yang dituduh Syiah itu samada beraliran madrasah sahābah (Sunni)  atau benar-benar Syiah Ali/Rafidah. Selagi belum jelas pendirian tentang Shaykhayn, maka selalunya masih dianggap Sunni. Para pengkaji boleh menyemak kitab rijal Syiah bagi menyelidik perawi hadis Sunni yang sebenar-benar diakui oleh Syiah sebagai Syiah.

Bai'at kepada Abu Bakar dan Umar tidak lagi menjadi ukuran untuk diterima sebagai perawi tsiqah oleh Imam Bukhari dan imam Muslim.

Taksub kepada Bani Umayyah adalah punca memisahkan istilah Rafidah daripada Syiah. Golongan pengikut Bani Umayyah ini wujud dan disebut oleh ulama Sunni sebagai Syiah Uthman yang majoritinya adalah Nasibi.

Friday, November 29, 2019

Campuran cinta Ahlul Bait dan musuhnya, 2 dalam 1



۱۴- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى اَلْمُتَوَكِّلُ عَنِ اَلْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ اَلْخَزَّازِ قَالَ سَمِعْتُ اَلرِّضَا ع يَقُولُ إِنَّ مِمَّنْ يَتَّخِذُ مَوَدَّتَنَا أَهْلَ اَلْبَيْتِ لَمَنْ هُوَ أَشَدُّ لَعْنَةً عَلَى شِيعَتِنَا مِنَ اَلدَّجَّالِ فَقُلْتُ لَهُ يَا اِبْنَ رَسُولِ اَللَّهِ بِمَا ذَا قَالَ بِمُوَالاَةِ أَعْدَائِنَا وَ مُعَادَاةِ أَوْلِيَائِنَا إِنَّهُ إِذَا كَانَ كَذَلِكَ اِخْتَلَطَ اَلْحَقُّ بِالْبَاطِلِ وَ اِشْتَبَهَ اَلْأَمْرُ فَلَمْ يُعْرَفْ مُؤْمِنٌ مِنْ مُنَافِقٍ.

مصنفات الشیخ الصدوق، صفات الشیعة، حديث ۱۴

Telah diriwayatkan hadis daripada Hasan bin Ali al-Khazzāz, bahawa aku telah mendengar Imām Alī bin Mūsā al-Ridā berkata: Sesungguhnya fitnah golongan yang mengaku cintakan kami Ahlul Bait (a.s) lebih dahsyat fitnahnya ke atas Syiah kami berbanding fitnah Dajjāl. Perawi bertanya: Wahai anak cucu Nabi, bagaimanakah itu? Ini disebabkan mereka mencintai musuh kami dan memusuhi pencinta kami. Perbuatan ini mencampir aduk haq dan batil, di samping menimbulkan keraguan di kalangan manusia. Maka tiada dikenal lagi yang manakah mukmin dan yang manakah munafik.

Wednesday, November 27, 2019

Tuduhan Dr. Rozaimi [1]: Syiah tidak mengiktiraf kitab hadis Ahlusunnah.

Siri menjawab tuduhan Dr. Rozaimi terhadap Syiah [1].



Tuduhan Dr. Rozaimi:

Tetapi perbezaan ini akhirnya berkembang menjadi mazhab akidah. Perbezaan antara Sunni dan Syiah terutama Syiah Imamiah (Syiah di Iran) di zaman ini adalah isu akidah. Paling mudah untuk dilihat ialah apabila syiah tidak mengiktiraf kitab hadis induk Sunni. Menurut mereka hadis yang diterima hanya boleh diterima apabila ia datang daripada Ahli Bayt.

Jawapan:

1) Tidak mengiktiraf kitab induk hadis Sunni bukan bermakna terlalu berbeza akidah. Secara umumnya, topik akidah yang besar ialah 1. keesaan Allah 2. kenabian Nabi Muhammad dan 3. hari kiamat.

Tidakkah akidah dr Rozaimi sendiri berbeza dengan Sunni sehingga digelar Wahhabi? (akan dibahas lagi).

Untuk apa Dr. Rozaimi memaksa Syiah menerima kitab induk Sunni? Apakah Sunni pernah mengiktiraf kitab induk Syiah sehingga menyebabkan Syiah wajib mengiktiraf kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim?

2) Memang benar Ahlul Bayt adalah rujukan utama Syiah dan perkara ini menepati perintah Rasulullah (s.a.w) menurut hadis masyhur yang menjadi pegangan Ahlisunnah sendiri. Salah satu hadis tersebut adalah seperti berikut:

“ إني تارك فيكم خليفتين: كتاب الله حبل ممدود ما بين السماء والأرض، وعترتي أهل بيتي وأنهما لن يتفرقا حتى يردا عليَّ الحوض “

Nabi (s.a.w) bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua khalifah iaitu kitab Allah, tali yang bersambung antara langit dan bumi, serta Ahlul Baitku, sesungguhnya kedua-duanya tidak terpisah sehingga bertemu denganku di telaga Hawdh. - Jami' al-Saghir, Nasiruddin aal-Albani, muka surat 482.

Sebaliknya Ahlusunnah berpegang dengan Sunnah yang secara zahirnya berpandu kepada hadis mawdhu' (rekaan): Aku tinggalkan dua perkara, al-Qur'an dan Sunnah.

Dr. Hasan al-Saqqaf, ulama Sunni Jordan yang masyhur menulis:



وأما حديث " تركت فيكم ما إن تمسكتم بهما لن تضلوا بعدي أبدا كتاب الله وسنتي " الذي يردده الناس فيما بينهم ويقوله الخطباء على المنابر فحديث موضوع مكذوب وضعه الأمويون وأتباعهم ليصرفوا الناس عن هذا الحديث الصحيح

Adapun hadis: "Aku tinggalkan pada kamu selama berpegang kepada keduanya tidak akan sesat buat selama-lamanya setelah aku, iaitu kitab Allah dan Sunnahku", iaitu hadis yang beredar di kalangan manusia dan diucap oleh tok khatib di atas minbar-minbar adalah hadis palsu, dusta, dicipta oleh golongan Bani Umayyah dan para pengikutnya demi menyimpangkan masyarakat dari hadis yang sahih ini (Kitab Allah dan Ahlul Bayt).

Menurut Ibnu Taimiyah, tidak ada seorang imam mazhab empat merujuk pada Ali bin Abi Talib:

قال الرافضي و في الفقه الفقهاء يرجعون إليه ‫‏‬الجواب أن هذا كذب بين فليس في الأئمة الأربعة و لا غيرهم من أئمة الفقهاء من يرجع إليه في فقهه

Telah berkata al-Rāfidah: Dalam bidang fiqah, fuqahā merujuk kepada Ali. Jawabnya: Ini adalah pembohongan yang nyata. Tiada seorang pun imam fiqah yang merujuk kepada Ali dalam fiqahnya.
Justeru itu, Ahlusunnah kurang merujuk kepada Ahlul Bait (a.s).Menurut Syiah, rujukan yang sahih dalam Islam ialah Al-Qur'an dan Ahlul Bayt. Justeru itu, pilihan Syiah untuk berpegang dengan Ahlul Bait adalah menepati perintah Rasulullah (s.a.w).

3) Adapun kitab induk Ahlusunnah seperti Sahih al-Bukhari memiliki masalah walaupun Sunni menganggapnya sahih dari segi matan dan sanad. Misalannya Sahih al-Bukhari meriwayatkan hadis yang amat sedikit daripada Ahlul Bayt. Hasil pencarian dalam maktabah al-Shamilah:

⚫Daripada Alib Abi Talib: (عَنْ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ) = lima hadis sahaja
⚫Daripada Fatimah(a.s) (عَنْ فَاطِمَةَ - عَلَيْهَا السَّلاَمُ -) = satu hadis
⚫Daripada Husain (a.s) (عَنْ حُسَيْنِ) = tiada Hadis

Sedangkan hadis yang diriwayat daripada Abu Hurairah (عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه -) sebanyak 831 hadis. Ini bererti Sunni lebih mementingkan sahabat berbanding Ahlul Bait dalam pegangan.

Cendiakawan Sunni turut membahaskan kenapa Imam Bukhari tidak meriwayatkan hadis daripada Imam Jaafar al-Sadiq (a.s):

Oleh krena itu mereka merasa ketjewa terhadap Buchari sebagai imam Hadis terbesar tidak memasukkan hadis ini kedalam kitab sahihnja, dan banjak menghilangkan hadis-hadis Ahlil Bait jang tidak disebut dalam karangannja. Banjak orang Sji'ah mengetjam Imam Buchari ini dalam kitab-kitabnja untuk menundjukkan sikapnja jang berat sebelah, dan mengemukakan "sunnati" lebih banjak daripada "itrati", tetapi saja menjangka, bahwa Imam Buchari karena itu tidak untuk memperketjilkan arti Ahlil Bait, tetapi sebab alasan-alasan jang lain. Kita ketahui ulama-ulama jang banjak memudji-mudji keturunan Ali dalam masa Abbasijah segera ditjap pro Alawijjin, ditahan dan dihukum. Oleh karena itu banjak ulama-ulama dan pengarang-pengarang dalam masa itu untuk keselamatan dirinja dan karangannja, menghindaikan hal-hal jang dapat membawa kepada tuduhan sematjam itu. (S J I ' A H RASIONALISME DALAM ISLAM, Professor Dr. Haji ABOE BAKAR ATJEH, Jajasan Penjelidikan Islam Djakarta, 1965, halaman 123).

Antara masalah lain Sahih al-Bukhari ialah:

  1. Imam Bukhari mencuri kitab al-'Ilal daripada gurunya bernama 'Ali al-Madani dan menukar judul sebagai al-Sahih.
  2. Terdapat nama anak murid Imam al-Bukhari sebagai perawi hadis, iaitu Muhammad bin Yusuf al-Firbiri yang meriwayatkan hadis daripada Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Justeru itu, kitab ini adalah kitab anak murid Bukhari, bukan imam Bukhari sendiri.
  3. Pengakuan para ulama Sunni menokok tambah hadis dalam Sahih al-Bukhari.
  4. Terdapat fakta penyelewengan (tahrif) dalam kitab Sahih al-Bukhari.
  5. Terdapat kitab Sunni yang mempertikai kitab Sahih al-Bukhari samada dari segi matan mahupun sanad.


4) Selain itu, Syiah mempunyai kaedah tersendiri seperti tidak menerima hadis daripada golongan musuh Ahlul Bait dan golongan munafik sebagaimana Ahlusunnah. Firman Allah:

وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Dan Allah bersaksi sesungguhnya golongan munafik adalah pendusta. (Surah al-Munafiqun ayat 1)

Namun kitab Sahih al-Bukhari menerima hadis daripada perawi Hariz bin Usman yang melaknat Ali siang dan malam:

وقال ابن حبان: كان يلعن عليّاً بالغداة سبعين مرة، وبالعشي سبعين مرة، فقيل له في ذلك، فقال: هو القاطع رؤوس آبائي وأجدادي.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل (متوفاي852هـ) تهذيب التهذيب، ج 2، ص 209، ناشر: دار الفكر - بيروت، الطبعة: الأولي، 1404هـ - 1984م.

Ibnu Hibban berkata: Hariz bin Usman melaknat Ali setiap pagi dan malam 70 kali. Ditanya mengapa? Dia menjawab: Ali telah memotong kepala ayah dan datukku. 

Oleh kerana pembenci Ali adalah munafik (rujuk Sahih Muslim) maka Syiah tidak akan mengambil hadis daripada pendusta.

5) Meskipun demikian ada perbahasan bahawa para ulama kami membuat justifikasi sekiranya hadis di dalam kitab Syiah berasal daripada kitab Sunni. Penelitiannya masih boleh diusahakan. Dalam satu persidangan perpaduan Islam, 62 kitab persamaan hadis Sunni dan Syiah karya Ayatullah Akhtari, Ayatullah Araki dan lain-lain dipamerkan. (rujukan - portal)

Kesimpulan
Dapatlah disimpulkan Syiah menggunakan kaedahnya sendiri untuk menentukan referensi agama sedangkan Sunni menggunakan kaedah berlainan. Ke-dua mazhab ini harus saling menghormati antara satu sama lain. Sunni tidak boleh memaksa Syiah mengikuti kaedah mereka begitulah juga sebaliknya.

Tuesday, November 5, 2019

Karamah Imam Hasan Askari menurut Ahlusunnah wal Jamaah

Nabhānī menulis tentang peribadi Imam Hasan al-Askarī sebagai berikut:





الحسن العسكري أحد أئمة ساداتنا آل البيت العظام و ساداتهم الكرام - رضي الله عنهم أجمعين - و قد رأيت له كرامة بنفسي و هي اني سنة 1296 هجرية سافرت الي بغداد من بلدة كوي سنجق، احدي قواعد بلاد الأكراد وكنت قاضياً فيها ففارقتها قبل أن أكمل المدة المعينة لشدة ما وقع فيها من الغلاء والقحط، اللذين عما بلاد العراق في تلك السنة فسافرت على الكلك، وهو ظروف يشدون بعضها إلى بعض، ويربطون فوقها الأخشاب، ويجلسون عليها، فلما وصل الكلك قبالة مدينة سامراء، وكانت مقر الخلفاء العباسيين فأحببنا أن نزور الإمام الحسن العسكري، وخرجنا لزيارته، فحينما دخلت على قبره الشريف حصلت لي روحانية لم يحصل لي مثلها قط وهذه كرامة له، ثم قرأت ما تيسر من القرآن، ودعوت بما تيسر من الدعوات وخرجت.
النبهاني، يوسف بن اسماعيل، (متوفاي 1350 ه-)، جامع کرامات الأولياء، ج 2 ص، 21-22 ، مرکز أهل السنة برکات رضا فور بندر غجرات، هند، الطبعة الأولي، 2001 م.
_Al-Hasan al-Askarī merupakan salah seorang imam, penghulu kita Ahlul Bait yang agung dan penghulu bagi mereka juga. Aku sendiri telah melihat karamahnya iaitu pada tahun 1296 Hijrah tatkala aku pergi ke Baghdad dari Koyisinjaq, salah satu kota Kurdistan yang aku pernah menjadi Qadi di situ. Aku tinggalkan tempat itu sebelum tamat perkhidmatan dikeranakan kos sara hidup dan kemarau yang melanda tahun itu. Maka aku bermusafir dengan perahu...._ _Tatkala tiba di kota Samarra yang pernah menjadi tempat kekhalifahan Bani Abbāsiyyah, maka kami ingin menziarahi al-Imām al-Hasan al-Askarī. Kami keluar menziarahinya. Apabila aku masuk ke dalam permakamannya yang mulia itu, maka aku mengalami pengalaman rohani yang tiada pernah aku rasai sebelum ini sedikitpun. Maka aku pun membaca al-Qur'ān dan doa. Setelah itu aku pun keluar._


Monday, November 4, 2019

Kisah menyayat hati, Umar menanam anaknya hidup-hidup




*(Merujuk kepada video ustaz Shamsul, Fathul Bari dan Asri Zainul Abidin yang cuba memalsukan kisah Umar bin al-Khattāb pernah mengambus anak perempuannya hidup-hidup)*

Jawapan

Pembunuhan  anak perempuan merupakan rekod hitam yang kekal abadi dalam sejarah Arab jahiliyah. Bagi mereka, suatu aib yang amat besar jikalau anak perempuan jatuh ke tangan pihak musuh tatkala kalah perang. Justeru itu, mereka menguburkan hidup-hidup anak perempuan tatkala lahir mahupun sesudah besar.

Salah seorang yang melakukan perbuatan itu ialah khalifah kedua, Umar al-Khattab.

Tabrani di dalam kitab Mu'jam al-Kabīr meriwayatkan hadis dengan sanad yang sahih tentang pengakuan Umar menguburkan anaknya hidup-hidup di hadapan Rasūlullāh (s.a.w).

863 حدثنا عَبْدَانُ بن أَحْمَدَ ثنا الْحُسَيْنُ بن مَهْدِيٍّ الأُبُلِّيُّ ثنا عبد الرَّزَّاقِ أنا إِسْرَائِيلُ ثنا سِمَاكُ بن حَرْبٍ قال سَمِعْتَ النُّعْمَانَ بن بَشِيرٍ يقول سمعت عُمَرَ بن الْخَطَّابِ يقول وَسُئِلَ عن قَوْلِهِ وإذا الموؤودة سئلت قال جاء قَيْسُ بن عَاصِمٍ إلي رسول اللَّهِ صلي اللَّهُ عليه وسلم قال إني وَأَدَتُ ثَمَانِيَ بناتٍ لي في الْجَاهِلِيَّةِ قال اعتق عن كل وَاحِدَةٍ منها رَقَبَةً قلت إني صَاحِبُ إِبِلٍ قال اهْدِ إن شِئْتَ عن كل وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ بَدَنَةً .

الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاي360هـ)، المعجم الكبير، ج 18 ص 337، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء - الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ - 1983م

_Nukman bin Bashir berkata: Aku mendengar Umar bin al-Khattab berkata. Telah bertanya tentang ayat: (وإذا الموؤودة سئلت), dia berkata: Telah datang Qays bin 'Āsim kepada Rasulullah dan dan berkata: Di zaman jahiliyah, aku telah menguburkan delapan anak perempuan hidup-hidup. Maka apakah yang harus aku lakukan? Baginda bersabda: Setiap seorang, bebaskan seorang hamba sahaya. Aku (Umar) bertanya: Aku adalah pengembala unta. Baginda menjawab: Jikalau engkau berkehendak, maka hadiahkan seekor unta setiap seorang anak perempuan._

Al-Haythami berkata tentang sanadnya:


رواه البزار والطبراني ورجال البزار رجال الصحيح غير حسين بن مهدي الأيلي وهو ثقة .
الهيثمي، ابوالحسن نور الدين علي بن أبي بكر (متوفاي 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج 7 ص 134 ، ناشر: دار الريان للتراث/ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت - 1407هـ.

_Diriwayatkan oleh al-Bazzār dan Tabrānī sementara rijāl al-Bazzār adalah Sahīh melainkan Husain bin Mahdi, sedangkan beliau adalah tsiqah._

Al-Nawawī al-Shāfi'ī di dalam kitab al-Majmū' menulis:


وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّهُ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي وَأَدْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ
فَقَالَ : أَعْتِقْ عَنْ كُلِّ مَوْؤُودٍ رَقَبَةً .
والموؤودةُ البنتُ المقتولةِ عندما تَوَلَّدَ ، كان أهلُ الجاهليةِ يفعلونَ ذلك مخافةَ العارِ والفقرِ.

النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيي بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام (متوفاي676 هـ)، المجموع، ج 19 ، ص 187 ، ناشر: دار الفكر للطباعة والنشر والتوزيع، التكملة الثانية.

_Telah diriwayatkan daripada Umar al-Khattab, bahawa dia berkata: Wahai Rasūlullāh, aku telah menguburkan hidup-hidup anak perempuan di zaman jahiliyah. Baginda bersabda: Bebaskan hamba bagi setiap anak perempuan._

_Anak perempuan dibunuh dengan cara dikebumikan hidup-hidup tatkala lahir. Puak jahiliyah melakukan demikian kerana takut akan malu dan kefakiran._

Mawardī di dalam kitab al-Hāwī al-Kabīr menulis:

وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّهُ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي وَأَدْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ. فَقَالَ : أَعْتِقْ عَنْ كُلِّ مَوْؤُودٍ رَقَبَةً .
وَذَلِكَ أَنَّ الْعَرَبَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ كَانَتْ تَحْفِرُ تَحْتَ الْحَامِلِ إِذَا ضَرَبَهَا الطَّلْقُ حُفَيْرَةً يَسْقُطُ فِيهَا وَلَدُهَا إِذَا وَضَعَتْهُ ، فَإِنْ كَانَ ذَكَرًا أَخْرَجُوهُ مِنْهَا ، وَإِنْ كَانَ أُنْثَي تُرِكَتْ فِي حُفْرَتِهَا ، وَطُمَّ التُّرَابُ عَلَيْهَا حَتَّي تَمُوتَ ، وَهَذَا قَتْلُ عَمْدٍ ، وَقَدْ أُوجِبَتْ فِيهِ الْكَفَّارَةُ.
الماوردي البصري الشافعي، أبو الحسن علي بن محمد بن حبيب (متوفاي450هـ)، الحاوي الكبير في فقه مذهب الإمام الشافعي وهو شرح مختصر المزني، ج 13 ص 67 ، تحقيق الشيخ علي محمد معوض - الشيخ عادل أحمد عبد الموجود، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت - لبنان، الطبعة: الأولي، 1419 هـ -1999م.

_Diriwayatkan oleh Umar al-Khattab telah berkata: Wahai Rasūlullāh, sesungguhnya aku menanam hidup-hidup anak perempuan di zaman jahiliyah. Maka baginda bersabda: Bebaskan hamba bagi setiap seorang anak._

_Demikianlah bangsa Arab di zaman jahiliyah, menggali lubang di bawah kaki perempuan ingin melahir. Anaknya akan jatuh ke lubang. Jikalau lelaki, nescaya dikeluarkan. Sekiranya perempuan, maka ia akan ditinggalkan di dalamnya dan dikambus dengan tanah sehingga mati. Inilah pembunuhan secara sengaja, maka diwajibkan kaffārah._

Muhammad Amin Shanqitī, meninggal dunia tahun 1391 Hijrah menulis di dalam kitab Adwā' al-Bayān, begitu juga Tamīmī al-Hanbalī yang meninggal dunia tahun 1225 Hijrah menulis dalam kitab al-Fawākih al-'Azāb:

وقد جاءَ عن عمرَ رضي الله عنه قولُه : أمرانِ في الجاهليةِ . أحدُهما : يُبْكِيْنِي والآخرُ يُضْحِكُنِي .
أما الذي يبكيني : فقد ذَهبتُ بابنةٍ لي لِوَأْدِها ، فكنتُ أحفَرُ لها الحفرةَ وتَنْفُضُ الترابَ عن لِحْيَتِي وهي لا تدري ماذا أريدُ لها ، فإذا تَذَكّرتُ ذلك بَكَيْتُ .
والأخري : كنت أصْنَعُ إلهًا من التمرِ أضَعُهُ عند رأسي يَحْرُسُنِي لَيلاً ، فإذا أصْبَحْتُ مُعَافًي أكلتُه ، فإذا تَذَكرت ذلك ضَحِكْتُ من نَفْسِي .

الجكني الشنقيطي، محمد الأمين بن محمد بن المختار (متوفاي 1393هـ.)، أضواء البيان في إيضاح القرآن بالقرآن، ج 8 ص 439، تحقيق: مكتب البحوث والدراسات، ناشر: دار الفكر للطباعة والنشر. - بيروت. - 1415هـ - 1995م.
التميمي الحنبلي، حمد بن ناصر بن عثمان آل معمر (متوفاي 1225هـ)، الفواكه العذاب في الرد علي من لم يحكم السنة والكتاب، ج 9 ص 80 ، طبق برنامه الجامع الكبير.

_Perkataan ini dinukil daripada Umar radiyallahu anhu yang berkata: 2 perkara di di zaman jahiliyah yang satunya membuatkan aku menangis dan satu lagi membuatkan aku tertawa._

_Adapun yang membuatkan aku menangis ialah aku aku pergi bersama anak perempuanku untuk menanamnya hidup-hidup. Aku telah menggali tanah untuknya. Namun ia menyapu tanah di janggutku tanpa mengetahui kehendakku. Tatkala aku aku terkenang, maka aku menangis._

_Yang satu lagi, aku telah membuat tuhan sembahan dari buah kurma dan meletakkannya di atas kepalaku agar ia menjagaku. Menjelang pagi aku aku kelaparan, lalu aku memakannya. Apabila aku aaku teringat, maka aku tertawa sendirian._

Wednesday, October 23, 2019

Berhala Muawiyah daripada emas

Muhammad Rashid Ridhā menulis bahawa seorang tokoh besar Barat berhasrat membangunkan berhala Muawiyah yang diperbuat daripada emas dan diletakkan di ibu kota Berlin. Jelas Rashid:




: لأنّه هو الذى حوّل نظام الحكم الإسلامى عن قاعدته الديمقراطيّة إلى عصبيّة الغلب، ولو لا ذلك لعمّ الإسلام العالم كلّه، ولكنّا نحن الألمان وسائر شعوب أروبة عربا مسلمين؛

Ini disebabkan, Muawiyah lah yang menukarkan sistem demokrasi kepada diktator. Jikalau tidak, nescaya Islam akan mendominasi seluruh pelusuk dunia, manakala penduduk kita di Jerman dan di negara lain menjadi Muslim.

Tuesday, October 22, 2019

Hadis Syiah memuji sahabat yang baik.

Antara isu utama yang diperalat untuk mengecam Syiah ialah isu sahabat Nabi. Syiah mengadili sahabat Nabi menurut al-Qur'ān dan hadis. Namun golongan Sunni versi Wahhabi mengadilkan sahabat walau pun tidak adil.

Mereka menyemak kitab-kitab Syiah untuk mencela kononnya atas nama kajian ilmiah, seolah-olah Syiah tidak peduli akan Sahabat Nabi.

Aneh sekali, apakah mereka tidak pernah berjumpa dengan riwayat Syiah yang memuji sahabat Nabi? Atau sengaja menyembunyikamnya dari tatapan masyarakat?

Dalam kitab Safinatul Bihar, karangan Allāmah al-Sharūdī:




Muka surat 173:

Yang berkaitan dengan sahabat-sahabat Rasul (s.a.w). Bab keutamaan Muhajirin dan Ansar, sahabat lain dan tabi'in, serta perkataan tentang mereka.

Ciri-ciri: dalam hadis sahih, daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah Imam  Jaafar al-Sadiq (a.s): Sahabat Nabi ada 12,000 orang. 8,000 dari Madinah, 2,000 dari Makkah, 2,000 adalah hamba yang bebas, tiada kelihatan pada mereka Qadariyah dan murji'ah dan Haruriyyah, mahupun Muktazilah dan Sahib Ra'yi. Mereka menangis siang malam, dan berkata: Ambillah nyawa kami sebelum kami makan adunan roti.

Justeru itu, kita mempunyai ramai sahabat Nabi yang digambar sebagai orang soleh. Mengapakah wahhabi tidak mengeluarkannya untuk tatapan umum? Tidak syak lagi kerja mereka hanyalah khadam Israel untuk memecah belahkan umat.

Marja besar Syiah, almarhum Sayid Muhammad Syirazi dalam kitabnya Syiah wa Tashayyu' menyatakan pertanyaan:




Pertanyaan: Apakah benar mereka (Syiah) mengkafirkan Sahabat dan melakna mereka?

Jawapan: Ini adalah dusta, rekaan dan komplot. Tiada menuduh demikian kecuali inginkan perpecahan.

Justeru itu, pengkafiran sahabat yang dikait dengan Syiah adalah pembohongan pihak musuh belaka.


Monday, October 21, 2019

Kecaman Sayid Qutub terhadap Muawiyah dan Amru

Ulama besar Ahlusunnah Mesir, Sayid Qutub pernah mengutuk Muawiyah bin Abi Sufyan dan Amru sehingga mencetuskan kemarahan puak Wahhabi.




وحين يركن معاوية وزميله عمرو إلى الكذب والغش والخديعة والنفاق والرشوة وشراء الذمم

Tatkala Muawiyah dan rakannya Amru cenderung kepada pembohongan, pendustaan, penipuan, kemunafikan, rasuah dan menyogok dedak..... - Kutub wa Shakhsiyyat, muka surat 242.

Perawi hadis Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim

Betapa tragiknya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Syiah sehingga tidak akan bertoleransi terhadap mazhab ini, dalih kononnya mereka tidak ingin akidah dan keselamatan diancam, lalu majlis tertutup diganggu dan pengikutnya diangkut ke dalam lori, telefon bimbit dirampas secara paksa.




Aksi Sunni terhadap pengikut mazhab yang berjumlah sedikit ini harus dijadikan tatapan kita bahawa sedikit hari nanti, pengarah JAIS sepatutnya cerminkan wajahnya sendiri, kalau bukan kerana jasa para pengikut Syiah, dari mana kamu akan ambil sumber agama?

Abu Bakar, Umar dan Usman sudah memulakan tindakan terhadap ancaman akidah madrasah sahabah dengan melancarkan gerakan pembakaran hadis-hadis dengan berbagai alasan seperti "Cukuplah bagi kita Kitab Allah". Akibatnya banyak hadis telah lenyap dan ulama Sunni mengaku terpaksa mengambil hadis dari golongan Syiah.


التشيع، أو كالتشيع بلا غلو، ولا تحرق ، فهذا كثير في التابعين وتابعيهم مع الدين والورع والصدق ،
فلو رد حديث هؤلاء لذهب جملة من الآثار النبوية، وهذه مفسدة بينة.
 ميزان الاعتدال - الذهبي - ج ١ - الصفحة ٥


"Syiah, atau seperti Syiah tidak melampau, tidak ekstrem, maka golongan ini ramai di kalangan tabi'in dan pengikut tabi'in beserta agama, warak dan benar. Jika ditolak hadis mereka, nescaya hilang sejumlah kesan kenabian, dan ini adalah kerosakan yang nyata" (Mizan al-I'tidal, al-Dzahabi, jilid 1 muka surat 5)

Gerakan merekod hadis bermula sejak pemerintahan Umar bin Abdul Aziz iaitu tahun 99 Hijrah (Tadrib al-Rawi, jilid 1, muka surat 90), iaitu setelah beribu-ribu sahabat Nabi meninggal dunia atau terkorban dalam beberapa siri peperangan dalaman. 

Syiah yang sudah wujud sejak zaman Rasulullah (baca artikel saya: Daftar nama-nama Syiah di kalangan sahabat Nabi) sudah dikenal mengangkat Ali bin Abi Talib sebagai sahabat Nabi paling afdhal, bahkan mereka memiliki masjid sendiri:

 عدى بن ثابت [ ع ] عالم الشيعة وصادقهم وقاصهم وإمام مسجدهم، ولو كانت الشيعة مثله لقل شرهم.

Adi bin Tsabit, ulama Syiah, yang benar di kalangan mereka, perawi dan imam masjid mereka, jika Syiah sepertinya, nescaya kuranglah kejahatan mereka (Mizan al-I'tidal oleh Dzahabi)

*Beberapa perawi hadis Syiah dalam kitab Sahih al-Bukhari atau Muslim*


1. Abbad bin Ya'qub al-Rawajidi al-Kufi



عباد بن يعقوب الرواجني الكوفي أبو سعيد رافضي مشهور إلا أنه كان صدوقا وثقة أبو حاتم وقال الحاكم كان بن خزيمة إذا حدث عنه يقول حدثنا الثقة في روايته المتهم في رأيه عباد بن يعقوب وقال بن حبان كان رافضيا داعية وقال صالح بن محمد كان يشتم عثمان رضي الله عنه قلت روى عنه البخاري في كتاب التوحيد حديثا واحد


Abbad bin Ya'qub al-Rawajidi al-Kufi, Abu Sa'id, seorang rafidah yang masyhur, ditsiqahkan oleh Abu Hatim, berkata al-Hakim, berkata ibnu Khuzaimah tatkala meriwayatkan hadis daripadanya denbgan berkata "telah bercerita kepada kami al-tsiqah".... berkata Soleh bin Muhammad, beliau mencela Usman r.a. Aku berkata, telah diriwayatkan daripadanya oleh al-Bukhari di dalam kitab al-Tawhid sebuah hadis (Hadyu Sari, muka surat 1093).


الشيخ العالم الصدوق ، محدث الشيعة ، أبو سعيد عباد بن يعقوب الأسدي الرواجني الكوفي المبتدع.....
 .روى عنه : البخاري حديثا...
 وقال ابن عدي : فيه غلو في التشيع .

Al-Shaykh yang alim, amat benar berkata, perawi hadis Syiah, Abu Sa'id Abbad bin Ya'qub al-Asadi al-Rawajini al-Kufi, seorang ahli bid'ah, al-Bukhari meriwayatkan satu hadis daripadanya, berkata ibnu 'Adi: Padanya Syiah yang hangit.
(Siyar A'lam al-Nubala, jilid 11 muka surat 536)

Demikianlah juga tercatat di dalam kitab Tahdzib al-Tahdzib seperti dalam scan kitab berikut:



... berkata Abu Hatim: Sheikh tsiqah... Ibnu Adi berkata:... dia mencerca golongan salaf... berkata Ibnu Adi: Abbad amat pekat Syiah.. berkata Soleh bin Muhammad: dia mencerca Uthman... (Tahdzib al-Tahdzib, jilid 2, muka surat 285)


2. Amru bin Hammad bin Talhah (perawi hadis Sahih Muslim)

عمرو بن حماد [م، د، س] بن طلحة. روى عنه مسلم حديثا واحدا عن أسباط بن نصر. وهو صدوق إن شاء الله، فقد قال ابن معين، وأبو حاتم: صدوق. وقال مطين: ثقة، لكن قال أبو داود: كان عمرو بن حماد القناد من الرافضة.


 ِAmru bin Hammad bin Talhah, Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripadanya, beliau seorang yang berkata benar, inshaAllah, Ibnu Ma'in dan Abu Hatim berkata: Mutayyan berkata:  beliau seorang yang dapat dipercaya, akan tetapi Abu Daud berkata: Amru bin Hammad al-Qannad daripada golongan Rafidah (Mizan al-I'tidal, jilid 3 muka surat 255).

3. Ya'qub bin Sufyan


وقال يعقوب بن سفيان شيعي وإن قال قائل رافضي لم أنكر عليه
Telah berkata bahawa Ya'qūb bin Sufyān seorang Syiah. Sekiranya seseorang Rafidhah berkata, maka aku tidak akan memungkirinya.

4. Adī bin Tsābit

Dzahabi dalam kitab Mizān al-I'tidāl, jilid 3, muka surat 62, 

عدى بن ثابت قال ابو حاتم صدوق وقال ابن معين شيعى مفرط وقال الدارقطنى رافضى غال وهو ثيقة

Adī bin Tsābit, telah berkata Abū Hātim beliau amat dipercaya, berkata Ibnu Ma'īn beliau seorang Syiah yang ekstrem. Berkata Dārqatnī, brliau seorang Rafidhah yang kental dan dan seorang yang tsiqah.

Justeru itu, golongan Syiah tidak dapat dipisahkan daripada golongan Muslim kerana Sunni amat memerlukan hadis daripada Syiah.

Soal klasifilasi antara Rafidah dan Syiah adalah mengarut kerana tiada jaminan golongan Syiah itu bukan Rafidah. Ini disebabkan imam-imam Sunni terlalu mudah dicap sebagai Syiah kerana menyintai Ahlul Bait atau menyimpang dari Muawiyah. 

Imam Nasa'i pernah dituduh sebagai Syiah dan mati dibelasah kerana tidak meriwayatkan hadis tentang keutamaan Muawiyah. Hakim Nishaburi juga seorang ulama Sunni digelar Rafidah yang jahat. Padahal kedua-dua mereka adalah pengarang kitab hadis Ahlusunnah dan tiada kaitan dengan Syiah.

Saturday, October 19, 2019

Istighasah Zainab binti Ali tatkala melintasi jasad Husian di Karbala

Tersebutlah dalam kitab Sunni, bahawasanya Zainab beristighasah ( ```menyeru dalam situasi kritikal``` ) tatkala melintasi jasad Husain (a.s) di Karbala.

Maka Umar bin Saad pun menetapkam harinya dan esok. Kemudian mengarahkan Hamid bin Bukair al-Ahmari, maka ia berserulah kepada manusia agar berangkat menuju ke Kufah, mereka membawa sudara perempuan Husain, termasuk anak-anak perempuan yang bersama bayi-bayi, dan Ali bin Husain yang kecil lagi sakit, maka para wanita menampar-nampar, dan menjerit tatkala melintasi jasad Husian. Maka Zainab binti Ali pun berkata:

یا محمداه، یا محمداه! صلی علیک ملائکة السماء، هذا الحسین بالعراء، مزمل بالدماء، مقطع الأعضاء، یا محمداه! و بناتک سبایا، و ذریتک مقتله، تسفی علیها الصبا

_Wahai Muhammad! Husain ini di tanah tandus! Berselimut darah! Dipotong anggota! Wahai Muhammad! perempuan anak cucumu ditawan! Keturunanmu dibunuh! Dihembus deruan debu!_

- Ansāb al-Ashraf al-Balādzarī, jilid 3, muka surat 1137


Friday, October 18, 2019

Tiada hadis sahih tentang fadilat Muawiyah


Imam al-Bukhari ada menyebut fadilat para sahabat dalam kitab sahihnya. Namun tatkala tiba pada Muawiyah, ia hanya menyebut "ذکر" (mengenang) sebagai ganti "فضیلة" fadilat.




Menyedari perkara ini, Ibnu Hajar al-Asqalānī berkata:

فأشار بهذا إلى ما إختلقوه لمعاویة من الفضائل مما لا أصل له و قد ورد فی فضائل معاویة أحادیث کثیرة لکن لیس فیها ما یصح من طریق الإسناد

فتح الباری بشرح صحیح البخاری.ج8 ص473.ط دار الطیبة

Ini menunjukkan apa sahaja riwayat tentang fadilat Muawiyah adalah rekaan, tiada asas. Sesungguhnya banyak hadis berkenaan fadilat Muawiyah tetapi tidak ada yang sahih persanadannya.



Sunday, October 6, 2019

Daftar nama-nama Syiah di kalangan sahabat Nabi



Pertanyaan: Siapakah Syiah? Mungkinkah pegangan golongan minoriti ini berada dalam kebenaran? 

Jawapan:

Saudara yang bertanya, selama menurut logika al-Quran golongan majoriti belum tentu berada dalam kebenaran sebagaimana lima belas kali firman Allah (s.w.t.) di dalam al-Quran:

أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ .

Kebanyakan mereka tidak mengerti”… 
- Surah al-An’am ayat 37, surah al-‘Araf ayat 131, Surah al-Anfal ayat 34, Surah Yunus ayat 55….. …….

Dua kali disebut:

أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ .

Kebanyakan mereka tidak berfikir”.
Surah al-Ankabut ayat 63, Surah al-Hujurat ayat 4.

Kita juga dapat melihat masyarakat yang menjadi majoriti di dunia sekarang ini ialah golongan Masihi. Menurut statistik penduduk dunia dari data-data dari setiap negara yang dilapor oleh Wikipedia, hari ini pengikut agama Masihi di seluruh dunia membentuk 30% daripada penduduk dunia.

Jikalau majoriti secara otomatik dianggap sebagai pemilik kebenaran, maka golongan ini sebenarnya lebih berhak untuk anda katakan sebagai pemilik kebenaran. Sekiranya anda mencermati  fakta ini sudah tentu anda tidak bertanyakan soalan remeh tersebut.

Walau bagaimanapun sebab golongan Ahlusunnah menjadi majoriti di dalam masyarakat Islam di seluruh dunia akan mendesak kita membuka lebih banyak lembaran sejarah. Semoga beberapa perkara berikut dapat menyingkirkan keraguan anda:

قال تعالى ( إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات أولئك هم خير البرية ) . لما نزلت هذه الآية قال الرسول لعلي يا علي ( ع ) هم أنت و شيعتك .

سورة البينة ، آية 7 .

والصواعق المحرقة لابن حجر ص 96 ؛ شواهد التنزيل للحاكم الحسكاني ج 2 ، ص 356 - 66 ح 1125 - 1148؛كفاية الطالب للكنجي الشافعي ص 244 و 245 و 246 ؛ المناقب للخوارزمي ص 62 و 187؛ الفصول المهمة لابن الصباغ المالكي ص 107 ؛ ينابيع المودة ـ قندوزي الحنفي ـ ص 62؛ نور الأبصار ص 71 و 102 ؛ الدرالمنثورـ سيوطي ـ ج 6 ، ص 379؛ تفسير الطبري ج 3 ، ص 146؛ تذكرة الخواص لابن الجوزي ص 18؛ فتح القدير للشوكاني ج 5 ، ص 477؛ فرائد السمطين ج 1 ، ص 156 .

Firman Allah (s.w.t.): “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk” Tatkala ayat ini turun, Rasulullah (s.a.w.) bersabda kepada Ali, “Wahai Ali, mereka itu adalah engkau dan Syiahmu”.

Shawaiq Muhriqah Ibnu Hajar halaman 96, Syawahid Tanzil halaman 356-66, Kifayah al-Thalib halaman 244, 245 dan 246, al-Manaqib al-Khawarijmi halaman 62 dan 187, Fushulul Muhimmah halaman 107, Yanabi’ul Mawaddah halaman 62, Nurul Absar halaman 71 dan 102, Tafsir Durrul Manthurjilid 6 halaman 379, Tafsir al-Tabari jilid 3 halaman 146; Tazkiratul Khawas ibnu Jauzi halaman 18, Fathul Qadir jilid 5 halaman 477, Faraid al-Samthin, jilid 1 halaman 156

... أمير المؤمنين علي بن أبي طالب قال قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) يا علي إذا كان يوم القيامة يخرج  قوم من قبورهم لباسهم النور على نجائب من نور أزمتها يواقيت حمر تزفهم الملائكة إلى المحشر فقال علي تبارك الله ما أكرم هؤلاء على الله قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) يا علي هم أهل ولايتك وشيعتك ومحبوك يحبونك بحبي ويحبوني بحب الله هم الفائزون يوم القيامة .

تاريخ مدينة دمشق ج42، ص 332،‌ ذيل ترجمه آقا اميرالمؤمنين علي عليه السلام .


Ali bin Abi Talib berkata, Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Wahai Ali, apabila tiba hari kiamat, akan keluar satu kaum dari kubur, di mana pakaian mereka daripada cahaya, dan menunggang di atas unta cahaya, tambatan unta itu daripada batu delima merah. Malaikat akan mengiringi mereka sampai ke padang Mahsyar”. Maka berkata Ali, “Tabaraka wa Ta’ala, sungguh mereka ini dimuliakan”. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Mereka ini ialah orang yang menerima kepimpinan-mu, Syiah-mu dan pencinta-mu, demi-ku mereka mencintai-mu, dan mereka juga mencintai-ku kerana Allah. Mereka itu golongan yang berjaya di hari kiamat”.
Tarikh al-Madinah, jilid 42 halaman 332


روى ابن عساكر بإسناده عن جابر بن عبد اللّه،  قال: كنّا عند النبي صلى اللّه عليه وسلّم، فأقبل علي بن أبي  طالب، فقال رسول اللّه: «قد أتاكم أخي، ثمّ التفت الي‏الكعبة فضربها بيده. ثمّ قال: والذي نفسي بيده، إنّ هذا وشيعته لهم الفائزون يوم القيامة.

 ثمّ قال: إنّه أوّلكم إيماناً معي، وأوفاكم بعهد اللّه، وأقومكم بأمر اللّه، وأعدلكم في الرعيّة، وأقسمكم بالسويّة، وأعظمكم عند اللّه مزية». قال: وفي ذلك الوقت نزلت فيه: (إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّلِحَتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ). البيّنة:7/98.

  كان أصحاب محمد صلى اللّه عليه وسلّم إذا أقبل علي قالوا: قد جاء خير البرية.

تاريخ مدينة دمشق ج42، ص 371،‌ ذيل ترجمه  اميرالمؤمنين علي عليه السلام .


Ibnu Asakir dengan sanad-sanadnya sendiri, daripada Jabir bin Abdullah berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah (s.a.w.) maka datanglah Ali bin Abi Talib, Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Sesungguhnya telah datang saudaramu, setelah itu baginda mengadap ke Ka’bah dan smenepuknya dengan tangan baginda. Kemudian baginda bersabda: Demi jiwaku ditanganNya, Sesungguhnya dia ini dan Syiahnya akan berjaya di hari kiamat”. 

Kemudian baginda bersabda lagi: “Ali adalah orang yang pertama beriman, yang paling amanah melaksanakan janji Allah, yang paling adil dalam soal kepimpinan rakyat, yang paling saksama dalam pengagihan bantuan masyarakat, dan yang paling tinggi dan istimewa kedudukannya di sisi Allah, Jabir berkata: Lalu turunlah ayat….[surah al-Bayyinah: 7-8]. Jabir juga berkata: Setiap kali Ali hadir, para sahabat akan berkata: “Telah datang sebaik-baik makhluk”.

وعن ابن عباس ( رض ) قال : لما نزلت هذه الآية : ان الذين امنوا وعملوا الصالحات أولئك هم خير البرية قال : لعلي هو أنت وشيعتك تأتي يوم القيامة أنت وشيعتك راضين مرضيين ويأتي عدوك غضبانا مقحمين ...

نظم درر السمطين ـ زرندي حنفي ـ ص 92 .

Daripada Ibnu Abbas, ia berkata: “Tatkala telah turun ayat ini: [surah al-Bayyinah: 7-8], Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Ayat ini berkenaan dengan Ali, iaitu engkau dan Syiah-mu akan datang di hari kiamat kelak, kamu dan Syiah-mu akan diberikan kedudukan yang mana Allah redha dengan kalian dan kalian redha dengan-Nya. Sementara musuh-musuhmu akan marah dan tangan-tangan mereka akan terikat dileher-leher mereka”
Nizham Durar as-Samthim, al-Zarnadi al-Hanafi halaman 92.

... عن الشعبي عن علي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " أنت وشيعتك في الجنة " .

تاريخ بغداد ج12، ص 284، ذيل ترجمه عصام بن الحكم بن عيسى بن زياد بن عبد الرحمن رقم 6731 .

“Daripada al-Sya’bi, Ali bin Abi Talib berkata, Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Engkau (Ali) dan Syiah-mu berada di dalam Syurga”

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي أنت وشيعتك تردون على الحوض رواة مرويين بيضة وجوهكم وان عدوك يردون على الحوض ظمأ مقمحين .

المعجم الکبير ـ الطبراني ج1، ص 319، حديث 948 ، باب عبيدالله بن أبي رافع عن ابيه .

Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w.) telah berkata: “Wahai Ali, engkau dan Syiah-mu (di hari kiamat kelak) akan datang kepada-ku di telaga al-Haudh dalam keadaan tidak dahaga. Wajah kalian putih. Sesungguhnya musuh-mu akan datang kepada-ku dalam keadaan dahaga dan binasa.

al-Mu’jam al-Kabir al-Tabrani, jilid 1 halaman 319, Hadis ke-948, Bab ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’, daripada ayahnya.


Daftar nama-nama Syiah daripada kalangan sahabat Nabi

Zahabi ketika membahaskan tentang Hujur bin ‘Udai bin Hablah bin ‘Udai bin Rabi’ah mengatakan:

 وهو حجر الخير ... أبو عبد الرحمن الشهيد . له صحبة ووفادة ... وكان شريفا ، أميرا مطاعا ، أمارا بالمعروف ، مقدما على الانكار ، من شيعة علي رضي الله عنهما .

سير أعلام النبلاء ج 3، ص 463، ذيل ترجمه حجر بن عدي .

Beliau Hujur al-Khair…. Abu Abdul Rahman al-Syahid (nama julukannya). Beliau adalah sahabat Nabi dan seorang yang setia… seorang yang mulia, maju ke depan mengerjakan Amar Ma’ruf dan mencegah kemungkaran, dan dia daripada Syiah Ali Raiyallahuanhuma

Zahabi mengatakan tentang Sa’id bin Wahb al-Hamdani al-Khayawani al-Kufi sebagai:

من كبراء شيعة علي ... أسلم في حياة النبي صلى الله عليه وسلم .

سير أعلام النبلاء ج 3، ص180، رقم 70 ، ذيل ترجمه سعيد بن وهب .

Beliau daripada Syiah Ali…. telah memeluk Islam di zaman hayat Nabi (s.a.w.)
Siyar A’lam al-Nubala, jilid 3 halaman 180, no. 70, dibawah nama Sa’id bin Wahb.

Ibnu ‘Abdul Rahman menceritakan perihal Abul Tufail al-Sahabi sebagai berikut:

أبو الطفيل عامر بن واثلة الكناني .. وقد ذكره ابن أبي خيثمة في شعراء الصحابة... وكان متشيّعاً في علي.

الإستيعاب ابن عبد البر ج 4 ص 1696

Abul Tufail ‘Amir bin Wathilah al-Kunani… Ibnu Abi Khaithamah menyebut nama beliau daripada kalangan sahabat nabi… dan beliau adalah Syiah Ali.
Al-Isti‘ab Ibn Abdul Bir, jilid 4 halaman 1696 

Ibnu Abil Hadid berkata:

 وكان سلمان من شيعة على ( عليه السلام ) وخاصته.

شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد، ج 18،ص 39.

Salman daripada Syiah Ali dan sahabatnya yang khusus
Ibnu Abil Hadid, Syarah Nahjul Balaghah jilid 18 halman 39.

Mas‘udi Syafie menceritakan peristiwa kewafatan Nabi (s.a.w.):
أن الإمام عليا أقام ومن معه من شيعته في منزله بعد أن تمت البيعة لأبي بكر .

اثبات  الوصية للمسعودي : 121 ط النجف .

“Sesunggunya Imam Ali berada di dalam rumahnya bersama Syiah-nya ketika selesai peristiwa pembaiatan kepada Abu Bakar”

Ithbat Al-Wasiyah al-Masu‘udi halaman 121

Dr. Subhi al-Shaleh mengatakan:

كان بين الصحابة حتى في عهد النبي ( صلى الله عليه وآله وسلم ) شيعة لربيبه علي ، منهم : أبو ذر الغفاري ، والمقداد بن الأسود ، وجابر بن عبد الله ، وأبي بن كعب ، وأبو الطفيل عمر بن وائلة ، والعباس بن عبد المطلب وجميع بنيه ، وعمار بن ياسر ، وأبو أيوب الأنصاري.

النظم الإسلامية : ص 96 .

Di kalangan sahabat, sehingga di zaman Nabi (s.a.w.) ada beberapa orang Syiah Ali yang ditarbiyah oleh Nabi. Antaranya ialah: Abu Zar al-Ghafari, Miqdad bin Aswad, Jabir bin Abdullah, Ubai bin Ka’b, Abu Tufail ‘Amir bin Wailah, Abbas bin Abdul Mutalib serta seluruh anak-anaknya, ‘Ammar bin Yasir dan Abu Ayub al-Ansari.

al-Nizam al-Islamiyah halaman 96

Muhammad Kurd Ali dalam kitab Khitat al-Syam mengatakan:

 عرف جماعة من كبار الصحابة بموالاة علي في عصر رسول الله صلى الله عليه وسلم ، مثل سلمان الفارسي ، القائل : بايعنا رسول الله على النصح للمسلمين ، والائتمام بعلي بن أبي طالب ، والموالاة له ، ومثل أبي سعيد الخدري ... ومثل أبي ذر الغفاري وعمار بن ياسر ، وحذيفة بن اليمان وذي الشهادتين ، وأبي أيوب الأنصاري ، وخالد بن سعيد ، وقيس بن سعد .

خطط الشام 5 / 251 - 256  .

Pada zaman Rasulullah telah dikenal komuniti besar dari kalangan sahabat nabi yang mengangkat Ali menjadi pemimpin seperti Salman al-Farisi yang berkata: Kami ketika bersama Rasulullah telah menerima kepimpinan Ali bin Abi Talib, seperti Abu Zar al-Ghifari, Ammar bin Yasir, Huzaifah bin al-Yamani, Zil Syahadatain, Abi Ayub al-Ansari, Khalid bin Sa‘id dan Qais bin Sa’d.

Khitat al-Sham jil 5 halaman 251-256

Ibnu Hazm berkata:


وروينا عن نحو عشرين من الصحابة أن أكرم الناس على رسول الله ( صلى الله عليه وآله وسلم ) علي بن أبي طالب.

الفصل في الملل والأهواء والنحل : 3 / 32 (111/4)، وركبت السفينة  لمروان خليفات،  ص 598.

Kami meriwayatkan sekitar dua puluh orang sahabat nabi tentang yang paling mulia dari kalangan manusia di sisi Rasulullah ialah Ali bin Abi Talib.

al-Fashl fil milal wal Ahwa wal Nihal, jilid 3 halaman 32, Wa Rakibtul Safinah Marwan Khalifat, halaman 598

Kemunculan Syiah menurut riwayat ulama Ahlusunnah

Ibnu Khaldun mengatakan:

مبدأ دولة الشيعة: اعلم أنّ مبدء هذه الدولة، أنّ أهل البيت لمّا توفي رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلّم كانوا يرون أنّهم أحق بالأمر وأنّ الخلافة لرجالهم دون سواهم من قريش.

وفي قصّة الشورى أنّ جماعة من الصحابة كانوا يتشيعون لعلي ويرون استحقاقه على غيره ولمّا عدل به إلى سواه تأففوا منه وأسفوا له مثل الزبير ومعه عمار بن ياسر والمقداد بن الأسود وغيرهم.

تاريخ ابن خلدون، ج 3، ص 171.

Ketahuilah mula-mula terbentuknya Daulah ini ialah tatkala wafatnya Rasulullah Ahlul Bait merasakan mereka lebih berhak dalam pemerintahan, Bani Hashim lebih layak menjawatnya dan Quraysh yang lain tidak berkelayakan.

Dalam peristiwa Syura ada beberapa orang sahabat daripada Syiah Ali percaya tidak ada seorang pun yang layak menjadi Khalifah melainkan Ali, mereka menunjukkan rasa tidak puas hati apabila bukan Ali menjawat jawatan khalifah. Mereka itu seperti Zubair, Ammar, Miqdad bin Aswad dan lain-lain lagi.

Tarikh Ibnu Khaldun, jilis 4 halaman 171

Ustaz Abdullah ‘Inan berkata:

من الخطأ أن يقال : إن الشيعة ظهرت ولأول مرة عند انشقاق الخوارج . بل كان بدء الشيعة وظهورهم في عصر الرسول ( صلى الله عليه وآله وسلم ) حين أمره الله بإنذار عشيرته في الآية 214 من الشعراء : (وأنذر عشيرتك الأقربين) ولبى النبي فجمع عشيرته في بيته وقال لهم مشيرا إلى علي : هذا أخي ووصيي وخليفتي فيكم فاسمعوا له وأطيعوا.

 روح التشيع لعبد الله نعمة : ص 20 عن الجمعيات السرية .

Antara kesilapan ialah orang yang mengatakan Syiah mula wujud ketika munculnya fitnah Khawarij. Bahkan kemunculan Syiah sebenarnya ialah di zaman kehidupan Rasulullah (s.a.w.) ketika turunnya arahan Allah kepada Rasulnya dalam surah Syu’ara ayat 214, ketika Nabi menyeru seruan Labbaik, maka baginda menghimpunkan kaum kerabatnya di dalam rumahnya dan sambil menunjukkan kepada Ali baginda bersabda: “Ini adalah saudara-ku, Washi-ku, dan Khalifah setelah-ku, maka dengarlah kata-katanya dan patuhlah kepadanya”.

Abu Hatim al-Razi (Wafat 205 Hijrah) salah seorang ulama dalam bidang Lughah dan Ulum Quran dalam kitab al-Zinah fi al-Kalimat al-Islamiyah al-Arabiyah berkata:

الشيعة لقب لقوم كانوا قد ألفوا أمير المؤمنين علي بن أبي طالب - صلوات الله عليه - في حياة رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وعرفوا به ، مثل سلمان الفارسي ، وأبي ذر الغفاري ، والمقداد بن الأسود ، وعمار بن ياسر ، وكان يقال لهم شيعة علي ، وأصحاب علي.

كتاب الزينة : 259 تحقيق عبد اللّه سلوم السامرائي، نشأة الشيعة لعبد المنعم داود، ص 65، ط. بغداد 1968، الشيعة في مصر، لصالح الورداني المستبصر، ص 10.

Nama Syiah merujuk kepada golongan yang terkenal dengan mencintai Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib di zaman Rasulullah (s.a.w.). Contohnya Salaman al-Farisi, Abi Zar al-Ghifari, Miqdad bin Aswad, ‘Ammar bin Yasir, mereka ini disebut sebagai Syiah Ali dan para sahabat Ali.

Kitab al-Zinah halaman 256

Zubair bin Bakar berkata:

 وكان عامّة المهاجرين وجلّ الأنصار لا يشكّون أنّ عليّاً هو صاحب الأمر بعد رسول‏اللّه‏.

الأخبار الموفّقيات لابن بكار (ت 272): 580، ومثله في تاريخ اليعقوبي: 103/2.

Secara umumnya, Muhajirin dan Ansar tidak mengesyaki bahawa Ali adalah pemilik pemerintahan setelah Rasulullah (s.a.w.).

al-Akhbar al-Muwaffaqiyat, Ibnu Bakar halaman 580