Wednesday, August 16, 2017

Masjid al-Khayf dibangun atas perkuburan 70 nabi, bukti ajaran Wahhabi sesat dan ekstrem

Berasaskan riwayat Ahlusunnah, golongan Yahudi dan Kristian dilaknat kerana membangunkan kubur di atas permakaman para nabi mereka.

Sebaliknya masjid al-Khayf yang terletak di kawasan Mina menjadi tempat bersemadi 70 para nabi.

Dalam masa yang sama, terdapat riwayat bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

لَعْنَهُ اللَّهِ على الْیَهُودِ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِیَائِهِمْ مَسَاجِدَ
صحیح البخاری، ج۱، ص۱۶۸

Allah melaknat Yahudi dan Kristian kerana menjadikan kubur-kubur para nabi mereka sebagai masjid-masjid. (Sahih al-Bukhari) 



Dengan bersandar pada hadis ini, golongan wahhabi mendakwa membangunkan binaan di atas kubur adalah haram dan semua binaan di atas kubur harus dimusnahkan.

Bin Baz telah memberikan fatwa:

وهکذا الصلاه عند القبور لا تجوز، قال النبی صلى الله علیه وسلم: … «لعن الله الیهود والنصارى اتخذوا قبور أنبیائهم مساجد»…
والصلاه عند القبور من البدع، ومن وسائل الشرک أیضا…

Tidak diizinkan solat di sisi kubur. Nabi (s.a.w) telah bersabda: .... Allah melaknat golongan Yahudi dan kristian yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid-masjid.... dan solat di sisi kubur adalah bid'ah, juga termasuk dalam perkara-perkara syirik.


Namun berasaskan beberapa riwayat yang disahihkan para ulama Ahlusunnah, masjid Khayf di Mekah telah menjadi perkuburan 70 nabi.

وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِیَّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَیْهِ وَسَلَّمَ – قَالَ: ” «فِی مَسْجِدِ الْخَیْفِ قُبِرَ سَبْعُونَ نَبِیًّا» “.

Diriwayatkan daripada ibnu 'Umar, Nabi (s.a.w) bersabda: Terdapat 70 kubur nabi di masjid al-Khayf. 



Riwayat ini telah disahihkan oleh Ibnu Hajar al-'Asqalani, Abu al-'Abbas Busayri, Nuruddin Haysami dan dr.  Sa'ad yang merupakan ulama Wahhabi di zaman ini.

Sekarang, pertanyaan di sini ialah apakah Masjid al-Khayfjuga telah dibangunkan oleh Yahudi di atas perkuburan para nabi? Sekiranya benar, kenapa Rasulullah (s.a.w) tidak memusnahkannya? Mengapa baginda (s.a.w) mendirikan solat dan menyampaikan khutbah?

Sekiranya ia dibangunkan oleh Yahudi, mengapa umat Islam terutama sekali Rasulullah (s.a.w.) sepakat dengan Yahudi, malah membangunkan masjid di atas perkuburan para nabi?

Apakah laknat dalam sabda Rasulullah (s.a.w) dalam hadis tadi meliputi para sahabat dan baginda sendiri?

Atau apakah riwayat yang disandar oleh Wahhabi itu palsu atau pun mereka yang pernah mendirikan solat dalam masjid itu dituduh beragama Yahudi termasuk Rasulullah (s.a.w)?

No comments:

Post a Comment