Berasaskan nukilan ulama besar bidang hadis, sejarahwan dan ulama tafsir
Ahlusunnah mengisahkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah bermimpi melihat beberapa
ekor monyet di atas minbarnya. Sebaik sahaja bangun dari tidur, baginda merasa dukacita
sehingga dikatakan tidak terdaya lagi tertawa sampai ke penghujung riwayat
hidupnya. Maka turunlah ayat ini:
وَ ما جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْناكَ إِلاَّ فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَ
الشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآن
dan tiadalah Kami jadikan
mimpi yang telah kami perlihatkan kepadamu itu melainkan sebagai satu ujian
bagi manusia; dan juga pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Surah al-Isrā’
ayat 60.
Allah (s.w.t) mengibaratkan gerombolan
pemimpin dan para pendukung Banī Umayyah setelah kewafatan baginda sebagai
pohon terlaknat. Sementara itu, mimpi baginda tentang monyet dinyatakan sebagai
bangkitnya pemerintahan anak cucu Abū Sufyān dan Abū al-‛Aṣ.
– Tafsir al-Ṭabarī, jilid 11
muka surat 356; Mustadrak al-Ḥakim, jilid 4 muka surat 480; Tārīkh al-Baghdādī
Khaṭīb, jilid 3 muka surat 343; Kanz al-‛Ummāl Muttaqī al-Hindī, jilid 6 muka
surat 40 dan 90; Durr al-Mantsūr al-Sayūḍī, jilid 4 muka surat 191; Tafsīr
al-Alūsī jilid 15 muka surat 107; Tafsir al-Shawkānī jilid 3 muka surat 302;
Sirah al-Ḥalabī jilid 1 muka surat 337 dan lain-lain lagi.
Ulama besar Ahlusunnah Fakhr
al-Rāzī di dalam tafsir al-Kabīr menulis: Maksud pohon terlaknat ialah Banī
Umayyah. Maksud ini disokong dengan kisah Ayshah melaknat Marwan dan golongan
terdahulunya dengan berkata: Engkau termasuk di dalam laknat itu.
-
Al-Rāzī, jilid 20 muka surat
237, Durr Mantsur, jilid 5 muka surat 309
Ibnu Jawzī juga turut menyatakan
pohon terlaknat itu adalah Banī Umayyah dengan bersandarkan kata-kata Ibnu
‛Abbās.
-
Tārikh al-Ṭabarī, jilid 8 muka
surat 138; Tārīkh al-Khulafā muka surat 203; Durr al-Mantsūr al-Sayūṭī jilid 4
muka surat 191; Tafsir al-Shawkānī jilid 1 muka surat 231; Tafsir al-Ḥalabī
jilid 1 muka surat 337; Tafsir al-Qurṭubī jilid 10 muka surat 286 dan lain-lain
lagi.
Justeru itu, berasaskan
sandaran tafsir, hadis dan kesaksian sejarah menunjukkan Banī
Umayyah merupakan maksud pohon terkutuk di dalam al-Qur’an. Tidak syak lagi Mu‛āwiyyah
bin Abī
Sufyān
juga termasuk dalam golongan yang dilaknat dalam al-Qur’an ini. Status sahabat
Nabi dan penulis surat Nabi tidaklah menyebabkannya kebal dari laknat Allah.



