Thursday, August 17, 2017

Sempurnakan wudhu anda dengan mengusap kaki, bukan membasuh



💢 فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إنها لا تتم صلاة أحد حتى يسبغ الوضوء كما أمره_الله_عزوجل، يغسل وجهه ويديه إلى المرفقين، ويمسح رأسه ورجله إلى الكعبين.

💢Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak seorangpun dapat menyempurnakan solat sehingga lengkap wudhu sebagaimana yang diperintah oleh Allah membasuh wajah dan tangannya, mengusapkan kepala dan kakinya.

Kesahihan riwayat ini menurut ulama Ahlusunnah Wal Jama'ah:

✔️ ابن حبان و ابن حزم : صحيح .
Ibnu Hibban dan Ibnu Hazm: Sahih

✔️ حاکم : هذا حديث صحيح على شرط الشيخين .
Hakim Nishaburi:  Hadis ini Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim

✔️ ذهبی : على شرطهما .
Zahabi: Menurut syarat kedua-dua mereka

✔️ البانی : صحيح .
Al-Albani: Sahih


🔶 Salah satu kewajipan dalam agama ialah wudhu yang perlu disempurnakan sebelum mendirikan solat, sedangkan solat tanpa wudhu adalah batal. Sila renung kembali apakah kita sudah menyempurnakan wudhu dengan mengusap kaki dan apakah sah wudhu kita menepati al-Qur'an dan sunnah sekiranya kaki dibasuh? Mampukah kita mencari alasan di hadapan kelak sekiranya kita membasuh kaki ketika berwudhu?


والسلام علي من اتبع الهدي .

No comments:

Post a Comment