Kini ketelusan pentadbiran Guan Eng boleh
dipertikai apabila membiarkan pegawai penerangannya Wanji bermain dengan
sentimen agama.
Secara zahirnya kita dapati Wanji menuduh
ulama Sunni tertipu dengan fakta sejarah bahawa Umar pernah menanam hidup-hidup
anak perempuannya sambil menjadikan Syiah sebagai kambing hitam dalam sejarah
hitam ini. Jikalau kita menyemak kes-kes seperti ini secara telus, nescaya kita
akan dapati ekstremis agama seperti Wanji telah melakukan percubaan menutup
kebenaran yang sahih atas alasan membela kemuliaan sahabat Nabi.
Namun perbuatan tersebut sebenarnya telah
dirakam kemas dalam kitab sejarah seperti al-Ṭabrānī dengan sanad yang sahih, bahawa ‛Umar mengaku di hadapan Rasulullah bahawa ia pernah menanam anak
perempuannya hidup-hidup. Al-Ṭabrānī menulis:
863 حدثنا عَبْدَانُ بن أَحْمَدَ ثنا الْحُسَيْنُ بن مَهْدِيٍّ
الأُبُلِّيُّ ثنا عبد الرَّزَّاقِ أنا إِسْرَائِيلُ ثنا سِمَاكُ بن حَرْبٍ قال
سَمِعْتَ النُّعْمَانَ بن بَشِيرٍ يقول سمعت عُمَرَ بن الْخَطَّابِ يقول وَسُئِلَ
عن قَوْلِهِ وإذا الموؤودة سئلت قال جاء قَيْسُ بن عَاصِمٍ إلي رسول اللَّهِ صلي
اللَّهُ عليه وسلم قال إني وَأَدَتُ ثَمَانِيَ بناتٍ لي في الْجَاهِلِيَّةِ قال
اعتق عن كل وَاحِدَةٍ منها رَقَبَةً قلت إني صَاحِبُ إِبِلٍ قال اهْدِ إن شِئْتَ
عن كل وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ بَدَنَةً .
الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاي360هـ)، المعجم
الكبير، ج 18 ص 337، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء - الموصل، الطبعة:
الثانية، 1404هـ - 1983م.
Nu‛mān bin Bashīr berkata: Aku mendengar Umar bin al-Khattab berkata tentang tafsir ayat “Dan
apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, [surah al-Takwir ayat
8]”: Qays bin ‛Āṣim datang kepada Rasulullah (s.a.w) sambil
bertanya: Aku pernah menanam 8 anak perempuan hidup-hidup di zaman jahiliyah,
apakah yang harus aku lakukan? Baginda bersabda: Bebaskan seorang hamba untuk
tebusan setiap seorangnya. Aku (Umar) berkata: Aku memiliki unta. Baginda
bersabda: Hadiahkan seekor unta untuk setiap seorang anak perempuan.
Riwayat yang
hampir serupa dengan ini juga terdapat dalam kitab Majma‛ al-Fawā’id dengan pensahihan al-Haythamī sebagai berikut:
رواه البزار والطبراني ورجال البزار رجال الصحيح غير حسين
بن مهدي الأيلي وهو ثقة .
الهيثمي، ابوالحسن نور الدين علي بن أبي بكر (متوفاي 807 هـ)، مجمع الزوائد
ومنبع الفوائد، ج 7 ص 134 ، ناشر: دار الريان
للتراث/ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت - 1407هـ.
Telah diriwayatkan oleh al-Bazzār dan al-Ṭabrānī,
rijālnya adalah sahih melainkan Ḥusayn bin Mahdī al-Aylī sedangkan dia adalah
tsīqah.
AL-Nawāwī menulis di dalam kitab al-Majmū‛ sebagai berikut:
وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّهُ قَالَ : يَا
رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي وَأَدْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ
فَقَالَ : أَعْتِقْ عَنْ كُلِّ مَوْؤُودٍ رَقَبَةً .
والموؤودةُ البنتُ المقتولةِ عندما تَوَلَّدَ ، كان أهلُ
الجاهليةِ يفعلونَ ذلك مخافةَ العارِ والفقرِ.
النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيي بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام
(متوفاي676 هـ)، المجموع، ج 19 ، ص 187 ، ناشر: دار الفكر للطباعة والنشر
والتوزيع، التكملة الثانية.
Diriwayatkan Umar bin al-Khattab pernah
berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah menanam anak perempuanku di
zaman jahiliyah. Baginda bersabda: Bebaskan seorang hamba untuk setiap anak.
Al-Ma’ūdah al-bint ialah pembunuhan bayi ketika
ia dilahirkan. Masyarakat di zaman jahiliyah melakukannya kerana menganggap
anak perempuan adalah aib dan kefakiran.
Al-Māwardī al-Baṣrī
al-Shāfiī menulis di dalam kitab al-Ḥāwī al-Kabīr:
وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّهُ قَالَ : يَا
رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي وَأَدْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ. فَقَالَ : أَعْتِقْ عَنْ
كُلِّ مَوْؤُودٍ رَقَبَةً .
وَذَلِكَ أَنَّ الْعَرَبَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ كَانَتْ
تَحْفِرُ تَحْتَ الْحَامِلِ إِذَا ضَرَبَهَا الطَّلْقُ حُفَيْرَةً يَسْقُطُ فِيهَا
وَلَدُهَا إِذَا وَضَعَتْهُ ، فَإِنْ كَانَ ذَكَرًا أَخْرَجُوهُ مِنْهَا ، وَإِنْ
كَانَ أُنْثَي تُرِكَتْ فِي حُفْرَتِهَا ، وَطُمَّ التُّرَابُ عَلَيْهَا حَتَّي
تَمُوتَ ، وَهَذَا قَتْلُ عَمْدٍ ، وَقَدْ أُوجِبَتْ فِيهِ الْكَفَّارَةُ.
.
الماوردي البصري الشافعي، أبو الحسن علي بن محمد بن
حبيب (متوفاي450هـ)، الحاوي الكبير في فقه مذهب الإمام الشافعي وهو شرح مختصر
المزني، ج 13 ص 67 ، تحقيق الشيخ علي محمد معوض - الشيخ عادل أحمد عبد الموجود،
ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت - لبنان، الطبعة: الأولي، 1419 هـ -1999م.
Diriwayatkan Umar bin al-Khattab berkata:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah menanam anak perempuan di zaman jahiliyah.
Baginda bersabda: Bebaskan setiap pembunuhan anak perempuan itu dengan seorang
hamba.
Demikianlah Arab jahiliyah, mereka menggali
lubang di bawah kaki perempuan hamil. Tatkala ia bersalin, bayi akan jatuh ke
dalam lubang. Sekiranya anak lelaki ia akan dikeluarkan. Sekiranya anak
perempuan ia akan dikambus dengan tanah sehingga mati. Ini adalah kes bunuh
secara sengaja dan mewajibkan kaffārah.
Muḥammad
Amīn al-Shanqīṭī (meninggal dunia tahun 1393 H) menulis di dalam kitab Aḍwā
al-Bayān, begitu juga al-Tamīmī al-Ḥanbalī (meninggal dunia tahun 1225 H)
menulis di dalam kitab al-Fawākih al-‛Azāb:
وقد جاءَ عن عمرَ رضي الله عنه قولُه : أمرانِ في الجاهليةِ
. أحدُهما : يُبْكِيْنِي والآخرُ يُضْحِكُنِي .
أما الذي يبكيني : فقد ذَهبتُ بابنةٍ لي لِوَأْدِها ، فكنتُ
أحفَرُ لها الحفرةَ وتَنْفُضُ الترابَ عن لِحْيَتِي وهي لا تدري ماذا أريدُ لها ،
فإذا تَذَكّرتُ ذلك بَكَيْتُ .
والأخري : كنت أصْنَعُ إلهًا من التمرِ أضَعُهُ عند رأسي
يَحْرُسُنِي لَيلاً ، فإذا أصْبَحْتُ مُعَافًي أكلتُه ، فإذا تَذَكرت ذلك ضَحِكْتُ
من نَفْسِي .
الجكني الشنقيطي، محمد الأمين بن محمد بن
المختار (متوفاي 1393هـ.)، أضواء البيان في إيضاح القرآن بالقرآن، ج 8 ص 439،
تحقيق: مكتب البحوث والدراسات، ناشر: دار الفكر للطباعة والنشر. - بيروت. - 1415هـ
- 1995م.
التميمي الحنبلي، حمد بن ناصر بن عثمان آل معمر (متوفاي 1225هـ)، الفواكه
العذاب في الرد علي من لم يحكم السنة والكتاب، ج 9 ص 80 ، طبق برنامه الجامع
الكبير.
Diriwayatkan daripada Umar yang berkata: Dua
perbuatan di zaman jahiliyah telah ku lakukan, satunya membuatkan aku menangis
dan satunya membuatkan aku ketawa. Yang membuatkan aku menangis ialah Aku pergi
menanam anak perempuanku hidup-hidup. Aku menggali lubang sehingga janggutku
berlumuran tanah sedangkan anak
perempuanku tidak tahu apa yang aku akan lakukan terhadapnya. Satu lagi ialah,
aku membuat tuhan untuk disembah dari tamar dan aku letakkannya di samping
kepala setiap malam supaya ia menjagaku. Menjelang pagi aku kelaparan lantas
aku memakannya. Tatkala aku terkenang perbuatan ini, aku ketawa sendiri.
Kesimpulannya,
fakta Umar membunuh anak perempuannya hidup-hidup adalah sahih menurut kitab sejarah
Ahlusunnah sendiri. Dalam kes ini Wanji telah melakukan pembohongan demi
menutup aib Umar dan cuba memainkan sentimen agama. Kemungkinan Lim Guan Eng tidak
akan memecat Wanji dari pentadbirannya memandangkan nilai undi yang akan
merosot sekiranya tunduk dengan tuntutan tulisan ini, namun hakikatnya sejarah
akan menetapkan Guan Eng pernah membela ekstremis agama Wahhabi.
