Friday, November 29, 2019
Campuran cinta Ahlul Bait dan musuhnya, 2 dalam 1
۱۴- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى اَلْمُتَوَكِّلُ عَنِ اَلْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ اَلْخَزَّازِ قَالَ سَمِعْتُ اَلرِّضَا ع يَقُولُ إِنَّ مِمَّنْ يَتَّخِذُ مَوَدَّتَنَا أَهْلَ اَلْبَيْتِ لَمَنْ هُوَ أَشَدُّ لَعْنَةً عَلَى شِيعَتِنَا مِنَ اَلدَّجَّالِ فَقُلْتُ لَهُ يَا اِبْنَ رَسُولِ اَللَّهِ بِمَا ذَا قَالَ بِمُوَالاَةِ أَعْدَائِنَا وَ مُعَادَاةِ أَوْلِيَائِنَا إِنَّهُ إِذَا كَانَ كَذَلِكَ اِخْتَلَطَ اَلْحَقُّ بِالْبَاطِلِ وَ اِشْتَبَهَ اَلْأَمْرُ فَلَمْ يُعْرَفْ مُؤْمِنٌ مِنْ مُنَافِقٍ.
مصنفات الشیخ الصدوق، صفات الشیعة، حديث ۱۴
Telah diriwayatkan hadis daripada Hasan bin Ali al-Khazzāz, bahawa aku telah mendengar Imām Alī bin Mūsā al-Ridā berkata: Sesungguhnya fitnah golongan yang mengaku cintakan kami Ahlul Bait (a.s) lebih dahsyat fitnahnya ke atas Syiah kami berbanding fitnah Dajjāl. Perawi bertanya: Wahai anak cucu Nabi, bagaimanakah itu? Ini disebabkan mereka mencintai musuh kami dan memusuhi pencinta kami. Perbuatan ini mencampir aduk haq dan batil, di samping menimbulkan keraguan di kalangan manusia. Maka tiada dikenal lagi yang manakah mukmin dan yang manakah munafik.
Wednesday, November 27, 2019
Tuduhan Dr. Rozaimi [1]: Syiah tidak mengiktiraf kitab hadis Ahlusunnah.
Siri menjawab tuduhan Dr. Rozaimi terhadap Syiah [1].
Tuduhan Dr. Rozaimi:
Tetapi perbezaan ini akhirnya berkembang menjadi mazhab akidah. Perbezaan antara Sunni dan Syiah terutama Syiah Imamiah (Syiah di Iran) di zaman ini adalah isu akidah. Paling mudah untuk dilihat ialah apabila syiah tidak mengiktiraf kitab hadis induk Sunni. Menurut mereka hadis yang diterima hanya boleh diterima apabila ia datang daripada Ahli Bayt.
Jawapan:
1) Tidak mengiktiraf kitab induk hadis Sunni bukan bermakna terlalu berbeza akidah. Secara umumnya, topik akidah yang besar ialah 1. keesaan Allah 2. kenabian Nabi Muhammad dan 3. hari kiamat.
Tidakkah akidah dr Rozaimi sendiri berbeza dengan Sunni sehingga digelar Wahhabi? (akan dibahas lagi).
Untuk apa Dr. Rozaimi memaksa Syiah menerima kitab induk Sunni? Apakah Sunni pernah mengiktiraf kitab induk Syiah sehingga menyebabkan Syiah wajib mengiktiraf kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim?
2) Memang benar Ahlul Bayt adalah rujukan utama Syiah dan perkara ini menepati perintah Rasulullah (s.a.w) menurut hadis masyhur yang menjadi pegangan Ahlisunnah sendiri. Salah satu hadis tersebut adalah seperti berikut:
“ إني تارك فيكم خليفتين: كتاب الله حبل ممدود ما بين السماء والأرض، وعترتي أهل بيتي وأنهما لن يتفرقا حتى يردا عليَّ الحوض “
Nabi (s.a.w) bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua khalifah iaitu kitab Allah, tali yang bersambung antara langit dan bumi, serta Ahlul Baitku, sesungguhnya kedua-duanya tidak terpisah sehingga bertemu denganku di telaga Hawdh. - Jami' al-Saghir, Nasiruddin aal-Albani, muka surat 482.
Sebaliknya Ahlusunnah berpegang dengan Sunnah yang secara zahirnya berpandu kepada hadis mawdhu' (rekaan): Aku tinggalkan dua perkara, al-Qur'an dan Sunnah.
Dr. Hasan al-Saqqaf, ulama Sunni Jordan yang masyhur menulis:
وأما حديث " تركت فيكم ما إن تمسكتم بهما لن تضلوا بعدي أبدا كتاب الله وسنتي " الذي يردده الناس فيما بينهم ويقوله الخطباء على المنابر فحديث موضوع مكذوب وضعه الأمويون وأتباعهم ليصرفوا الناس عن هذا الحديث الصحيح
Adapun hadis: "Aku tinggalkan pada kamu selama berpegang kepada keduanya tidak akan sesat buat selama-lamanya setelah aku, iaitu kitab Allah dan Sunnahku", iaitu hadis yang beredar di kalangan manusia dan diucap oleh tok khatib di atas minbar-minbar adalah hadis palsu, dusta, dicipta oleh golongan Bani Umayyah dan para pengikutnya demi menyimpangkan masyarakat dari hadis yang sahih ini (Kitab Allah dan Ahlul Bayt).
Menurut Ibnu Taimiyah, tidak ada seorang imam mazhab empat merujuk pada Ali bin Abi Talib:
قال الرافضي و في الفقه الفقهاء يرجعون إليه الجواب أن هذا كذب بين فليس في الأئمة الأربعة و لا غيرهم من أئمة الفقهاء من يرجع إليه في فقهه
Justeru itu, Ahlusunnah kurang merujuk kepada Ahlul Bait (a.s).Menurut Syiah, rujukan yang sahih dalam Islam ialah Al-Qur'an dan Ahlul Bayt. Justeru itu, pilihan Syiah untuk berpegang dengan Ahlul Bait adalah menepati perintah Rasulullah (s.a.w).
Telah berkata al-Rāfidah: Dalam bidang fiqah, fuqahā merujuk kepada Ali. Jawabnya: Ini adalah pembohongan yang nyata. Tiada seorang pun imam fiqah yang merujuk kepada Ali dalam fiqahnya.
3) Adapun kitab induk Ahlusunnah seperti Sahih al-Bukhari memiliki masalah walaupun Sunni menganggapnya sahih dari segi matan dan sanad. Misalannya Sahih al-Bukhari meriwayatkan hadis yang amat sedikit daripada Ahlul Bayt. Hasil pencarian dalam maktabah al-Shamilah:
⚫Daripada Alib Abi Talib: (عَنْ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ) = lima hadis sahaja
⚫Daripada Fatimah(a.s) (عَنْ فَاطِمَةَ - عَلَيْهَا السَّلاَمُ -) = satu hadis
⚫Daripada Husain (a.s) (عَنْ حُسَيْنِ) = tiada Hadis
Sedangkan hadis yang diriwayat daripada Abu Hurairah (عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه -) sebanyak 831 hadis. Ini bererti Sunni lebih mementingkan sahabat berbanding Ahlul Bait dalam pegangan.
Cendiakawan Sunni turut membahaskan kenapa Imam Bukhari tidak meriwayatkan hadis daripada Imam Jaafar al-Sadiq (a.s):
Oleh krena itu mereka merasa ketjewa terhadap Buchari sebagai imam Hadis terbesar tidak memasukkan hadis ini kedalam kitab sahihnja, dan banjak menghilangkan hadis-hadis Ahlil Bait jang tidak disebut dalam karangannja. Banjak orang Sji'ah mengetjam Imam Buchari ini dalam kitab-kitabnja untuk menundjukkan sikapnja jang berat sebelah, dan mengemukakan "sunnati" lebih banjak daripada "itrati", tetapi saja menjangka, bahwa Imam Buchari karena itu tidak untuk memperketjilkan arti Ahlil Bait, tetapi sebab alasan-alasan jang lain. Kita ketahui ulama-ulama jang banjak memudji-mudji keturunan Ali dalam masa Abbasijah segera ditjap pro Alawijjin, ditahan dan dihukum. Oleh karena itu banjak ulama-ulama dan pengarang-pengarang dalam masa itu untuk keselamatan dirinja dan karangannja, menghindaikan hal-hal jang dapat membawa kepada tuduhan sematjam itu. (S J I ' A H RASIONALISME DALAM ISLAM, Professor Dr. Haji ABOE BAKAR ATJEH, Jajasan Penjelidikan Islam Djakarta, 1965, halaman 123).
Antara masalah lain Sahih al-Bukhari ialah:
- Imam Bukhari mencuri kitab al-'Ilal daripada gurunya bernama 'Ali al-Madani dan menukar judul sebagai al-Sahih.
- Terdapat nama anak murid Imam al-Bukhari sebagai perawi hadis, iaitu Muhammad bin Yusuf al-Firbiri yang meriwayatkan hadis daripada Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Justeru itu, kitab ini adalah kitab anak murid Bukhari, bukan imam Bukhari sendiri.
- Pengakuan para ulama Sunni menokok tambah hadis dalam Sahih al-Bukhari.
- Terdapat fakta penyelewengan (tahrif) dalam kitab Sahih al-Bukhari.
- Terdapat kitab Sunni yang mempertikai kitab Sahih al-Bukhari samada dari segi matan mahupun sanad.
4) Selain itu, Syiah mempunyai kaedah tersendiri seperti tidak menerima hadis daripada golongan musuh Ahlul Bait dan golongan munafik sebagaimana Ahlusunnah. Firman Allah:
وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Dan Allah bersaksi sesungguhnya golongan munafik adalah pendusta. (Surah al-Munafiqun ayat 1)
Namun kitab Sahih al-Bukhari menerima hadis daripada perawi Hariz bin Usman yang melaknat Ali siang dan malam:
وقال ابن حبان: كان يلعن عليّاً بالغداة سبعين مرة، وبالعشي سبعين مرة، فقيل له في ذلك، فقال: هو القاطع رؤوس آبائي وأجدادي.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل (متوفاي852هـ) تهذيب التهذيب، ج 2، ص 209، ناشر: دار الفكر - بيروت، الطبعة: الأولي، 1404هـ - 1984م.
Ibnu Hibban berkata: Hariz bin Usman melaknat Ali setiap pagi dan malam 70 kali. Ditanya mengapa? Dia menjawab: Ali telah memotong kepala ayah dan datukku.
Oleh kerana pembenci Ali adalah munafik (rujuk Sahih Muslim) maka Syiah tidak akan mengambil hadis daripada pendusta.
5) Meskipun demikian ada perbahasan bahawa para ulama kami membuat justifikasi sekiranya hadis di dalam kitab Syiah berasal daripada kitab Sunni. Penelitiannya masih boleh diusahakan. Dalam satu persidangan perpaduan Islam, 62 kitab persamaan hadis Sunni dan Syiah karya Ayatullah Akhtari, Ayatullah Araki dan lain-lain dipamerkan. (rujukan - portal)
Kesimpulan
Dapatlah disimpulkan Syiah menggunakan kaedahnya sendiri untuk menentukan referensi agama sedangkan Sunni menggunakan kaedah berlainan. Ke-dua mazhab ini harus saling menghormati antara satu sama lain. Sunni tidak boleh memaksa Syiah mengikuti kaedah mereka begitulah juga sebaliknya.
Tuesday, November 5, 2019
Karamah Imam Hasan Askari menurut Ahlusunnah wal Jamaah
Nabhānī menulis tentang peribadi Imam Hasan al-Askarī sebagai berikut:
الحسن العسكري أحد أئمة ساداتنا آل البيت العظام و ساداتهم الكرام - رضي الله عنهم أجمعين - و قد رأيت له كرامة بنفسي و هي اني سنة 1296 هجرية سافرت الي بغداد من بلدة كوي سنجق، احدي قواعد بلاد الأكراد وكنت قاضياً فيها ففارقتها قبل أن أكمل المدة المعينة لشدة ما وقع فيها من الغلاء والقحط، اللذين عما بلاد العراق في تلك السنة فسافرت على الكلك، وهو ظروف يشدون بعضها إلى بعض، ويربطون فوقها الأخشاب، ويجلسون عليها، فلما وصل الكلك قبالة مدينة سامراء، وكانت مقر الخلفاء العباسيين فأحببنا أن نزور الإمام الحسن العسكري، وخرجنا لزيارته، فحينما دخلت على قبره الشريف حصلت لي روحانية لم يحصل لي مثلها قط وهذه كرامة له، ثم قرأت ما تيسر من القرآن، ودعوت بما تيسر من الدعوات وخرجت.
النبهاني، يوسف بن اسماعيل، (متوفاي 1350 ه-)، جامع کرامات الأولياء، ج 2 ص، 21-22 ، مرکز أهل السنة برکات رضا فور بندر غجرات، هند، الطبعة الأولي، 2001 م.
_Al-Hasan al-Askarī merupakan salah seorang imam, penghulu kita Ahlul Bait yang agung dan penghulu bagi mereka juga. Aku sendiri telah melihat karamahnya iaitu pada tahun 1296 Hijrah tatkala aku pergi ke Baghdad dari Koyisinjaq, salah satu kota Kurdistan yang aku pernah menjadi Qadi di situ. Aku tinggalkan tempat itu sebelum tamat perkhidmatan dikeranakan kos sara hidup dan kemarau yang melanda tahun itu. Maka aku bermusafir dengan perahu...._ _Tatkala tiba di kota Samarra yang pernah menjadi tempat kekhalifahan Bani Abbāsiyyah, maka kami ingin menziarahi al-Imām al-Hasan al-Askarī. Kami keluar menziarahinya. Apabila aku masuk ke dalam permakamannya yang mulia itu, maka aku mengalami pengalaman rohani yang tiada pernah aku rasai sebelum ini sedikitpun. Maka aku pun membaca al-Qur'ān dan doa. Setelah itu aku pun keluar._Monday, November 4, 2019
Kisah menyayat hati, Umar menanam anaknya hidup-hidup
*(Merujuk kepada video ustaz Shamsul, Fathul Bari dan Asri Zainul Abidin yang cuba memalsukan kisah Umar bin al-Khattāb pernah mengambus anak perempuannya hidup-hidup)*
Jawapan
Pembunuhan anak perempuan merupakan rekod hitam yang kekal abadi dalam sejarah Arab jahiliyah. Bagi mereka, suatu aib yang amat besar jikalau anak perempuan jatuh ke tangan pihak musuh tatkala kalah perang. Justeru itu, mereka menguburkan hidup-hidup anak perempuan tatkala lahir mahupun sesudah besar.
Salah seorang yang melakukan perbuatan itu ialah khalifah kedua, Umar al-Khattab.
Tabrani di dalam kitab Mu'jam al-Kabīr meriwayatkan hadis dengan sanad yang sahih tentang pengakuan Umar menguburkan anaknya hidup-hidup di hadapan Rasūlullāh (s.a.w).
863 حدثنا عَبْدَانُ بن أَحْمَدَ ثنا الْحُسَيْنُ بن مَهْدِيٍّ الأُبُلِّيُّ ثنا عبد الرَّزَّاقِ أنا إِسْرَائِيلُ ثنا سِمَاكُ بن حَرْبٍ قال سَمِعْتَ النُّعْمَانَ بن بَشِيرٍ يقول سمعت عُمَرَ بن الْخَطَّابِ يقول وَسُئِلَ عن قَوْلِهِ وإذا الموؤودة سئلت قال جاء قَيْسُ بن عَاصِمٍ إلي رسول اللَّهِ صلي اللَّهُ عليه وسلم قال إني وَأَدَتُ ثَمَانِيَ بناتٍ لي في الْجَاهِلِيَّةِ قال اعتق عن كل وَاحِدَةٍ منها رَقَبَةً قلت إني صَاحِبُ إِبِلٍ قال اهْدِ إن شِئْتَ عن كل وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ بَدَنَةً .
الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاي360هـ)، المعجم الكبير، ج 18 ص 337، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء - الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ - 1983م
_Nukman bin Bashir berkata: Aku mendengar Umar bin al-Khattab berkata. Telah bertanya tentang ayat: (وإذا الموؤودة سئلت), dia berkata: Telah datang Qays bin 'Āsim kepada Rasulullah dan dan berkata: Di zaman jahiliyah, aku telah menguburkan delapan anak perempuan hidup-hidup. Maka apakah yang harus aku lakukan? Baginda bersabda: Setiap seorang, bebaskan seorang hamba sahaya. Aku (Umar) bertanya: Aku adalah pengembala unta. Baginda menjawab: Jikalau engkau berkehendak, maka hadiahkan seekor unta setiap seorang anak perempuan._
Al-Haythami berkata tentang sanadnya:
رواه البزار والطبراني ورجال البزار رجال الصحيح غير حسين بن مهدي الأيلي وهو ثقة .
الهيثمي، ابوالحسن نور الدين علي بن أبي بكر (متوفاي 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج 7 ص 134 ، ناشر: دار الريان للتراث/ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت - 1407هـ.
Al-Nawawī al-Shāfi'ī di dalam kitab al-Majmū' menulis:
وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّهُ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي وَأَدْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ
فَقَالَ : أَعْتِقْ عَنْ كُلِّ مَوْؤُودٍ رَقَبَةً .
والموؤودةُ البنتُ المقتولةِ عندما تَوَلَّدَ ، كان أهلُ الجاهليةِ يفعلونَ ذلك مخافةَ العارِ والفقرِ.
النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيي بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام (متوفاي676 هـ)، المجموع، ج 19 ، ص 187 ، ناشر: دار الفكر للطباعة والنشر والتوزيع، التكملة الثانية.
_Telah diriwayatkan daripada Umar al-Khattab, bahawa dia berkata: Wahai Rasūlullāh, aku telah menguburkan hidup-hidup anak perempuan di zaman jahiliyah. Baginda bersabda: Bebaskan hamba bagi setiap anak perempuan._
_Anak perempuan dibunuh dengan cara dikebumikan hidup-hidup tatkala lahir. Puak jahiliyah melakukan demikian kerana takut akan malu dan kefakiran._
Mawardī di dalam kitab al-Hāwī al-Kabīr menulis:
وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّهُ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي وَأَدْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ. فَقَالَ : أَعْتِقْ عَنْ كُلِّ مَوْؤُودٍ رَقَبَةً .
وَذَلِكَ أَنَّ الْعَرَبَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ كَانَتْ تَحْفِرُ تَحْتَ الْحَامِلِ إِذَا ضَرَبَهَا الطَّلْقُ حُفَيْرَةً يَسْقُطُ فِيهَا وَلَدُهَا إِذَا وَضَعَتْهُ ، فَإِنْ كَانَ ذَكَرًا أَخْرَجُوهُ مِنْهَا ، وَإِنْ كَانَ أُنْثَي تُرِكَتْ فِي حُفْرَتِهَا ، وَطُمَّ التُّرَابُ عَلَيْهَا حَتَّي تَمُوتَ ، وَهَذَا قَتْلُ عَمْدٍ ، وَقَدْ أُوجِبَتْ فِيهِ الْكَفَّارَةُ.
الماوردي البصري الشافعي، أبو الحسن علي بن محمد بن حبيب (متوفاي450هـ)، الحاوي الكبير في فقه مذهب الإمام الشافعي وهو شرح مختصر المزني، ج 13 ص 67 ، تحقيق الشيخ علي محمد معوض - الشيخ عادل أحمد عبد الموجود، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت - لبنان، الطبعة: الأولي، 1419 هـ -1999م.
_Diriwayatkan oleh Umar al-Khattab telah berkata: Wahai Rasūlullāh, sesungguhnya aku menanam hidup-hidup anak perempuan di zaman jahiliyah. Maka baginda bersabda: Bebaskan hamba bagi setiap seorang anak._
_Demikianlah bangsa Arab di zaman jahiliyah, menggali lubang di bawah kaki perempuan ingin melahir. Anaknya akan jatuh ke lubang. Jikalau lelaki, nescaya dikeluarkan. Sekiranya perempuan, maka ia akan ditinggalkan di dalamnya dan dikambus dengan tanah sehingga mati. Inilah pembunuhan secara sengaja, maka diwajibkan kaffārah._
Muhammad Amin Shanqitī, meninggal dunia tahun 1391 Hijrah menulis di dalam kitab Adwā' al-Bayān, begitu juga Tamīmī al-Hanbalī yang meninggal dunia tahun 1225 Hijrah menulis dalam kitab al-Fawākih al-'Azāb:
وقد جاءَ عن عمرَ رضي الله عنه قولُه : أمرانِ في الجاهليةِ . أحدُهما : يُبْكِيْنِي والآخرُ يُضْحِكُنِي .
أما الذي يبكيني : فقد ذَهبتُ بابنةٍ لي لِوَأْدِها ، فكنتُ أحفَرُ لها الحفرةَ وتَنْفُضُ الترابَ عن لِحْيَتِي وهي لا تدري ماذا أريدُ لها ، فإذا تَذَكّرتُ ذلك بَكَيْتُ .
والأخري : كنت أصْنَعُ إلهًا من التمرِ أضَعُهُ عند رأسي يَحْرُسُنِي لَيلاً ، فإذا أصْبَحْتُ مُعَافًي أكلتُه ، فإذا تَذَكرت ذلك ضَحِكْتُ من نَفْسِي .
الجكني الشنقيطي، محمد الأمين بن محمد بن المختار (متوفاي 1393هـ.)، أضواء البيان في إيضاح القرآن بالقرآن، ج 8 ص 439، تحقيق: مكتب البحوث والدراسات، ناشر: دار الفكر للطباعة والنشر. - بيروت. - 1415هـ - 1995م.
التميمي الحنبلي، حمد بن ناصر بن عثمان آل معمر (متوفاي 1225هـ)، الفواكه العذاب في الرد علي من لم يحكم السنة والكتاب، ج 9 ص 80 ، طبق برنامه الجامع الكبير.
_Perkataan ini dinukil daripada Umar radiyallahu anhu yang berkata: 2 perkara di di zaman jahiliyah yang satunya membuatkan aku menangis dan satu lagi membuatkan aku tertawa._
_Adapun yang membuatkan aku menangis ialah aku aku pergi bersama anak perempuanku untuk menanamnya hidup-hidup. Aku telah menggali tanah untuknya. Namun ia menyapu tanah di janggutku tanpa mengetahui kehendakku. Tatkala aku aku terkenang, maka aku menangis._
_Yang satu lagi, aku telah membuat tuhan sembahan dari buah kurma dan meletakkannya di atas kepalaku agar ia menjagaku. Menjelang pagi aku aku kelaparan, lalu aku memakannya. Apabila aku aaku teringat, maka aku tertawa sendirian._
Subscribe to:
Posts (Atom)







