Friday, September 1, 2017

Imam Ja'far al-Sadiq pengasas Mazhab Syiah yang sebenar

Adik Hasan al-Banna;
Imam Ja'far al-Sadiq, pengasas Mazhab Syiah yang sebenar

Mazhab Syiah yang dikenali sebagai Ja'fari dari segi Fiqh dan Imamiyyah dari segi akidah sering dituduh dan dikecam lawannya dengan tuduhan unsur-unsur Yahudi seperti peranan Abdullah bin Saba dan sebagainya.

Namun mujur ada beberapa tokoh cendiakawan Muslim daripada kalangan Ahlusunnah Wal Jamaah sendiri yang jujur dan menjelaskan perkara sebenar. Beliau adalah Jamal al-Banna, iaitu adik kepada Hasan al-Banna. 

Dalam kitab karangannya berjudul al-Sunnah Wa Dawruha Fil Fiqh al-Jadid beliau menjelaskan pengasas sebenar aliran Syiah ialah anak cucu Nabi, Imam Ja'far al-Sadiq (a.s).
💠 وآخرون - من الشيعة يعني - اهتدوا إلى إمام توافرت فيه خصائص رجل الدولة من دهاء وذكاء واتباع لسياسة النفس الطويل وهو الإمام جعفر الصادق بن محمد الباقر بن علي زين العابدين الذي يعد المؤسس الحقيقي للفقه والسياسة الشيعية
✍️جمال البنا -نحو فقه جديد - الجزء الثاني / السنة ودورها في الفقه الجديد ، ص 26

✔️ Golongan yang lain, daripada kalangan Syiah iaitu mereka mendapat bimbingan Imam yang penuh dengan kriteria lelaki negarawan, pintar dan cerdik, memiliki sifat toleransi politik, iaitu al-Imam Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zaynul Abidin, yang dirujuk sebagai pengasas sebenar fikah dan politilk Syiah.
- Jamal al-Banna,  al-Sunnah Wa Dawruha Fil Fiqh al-Jadid, jilid kedua, muka surat 26.

Thursday, August 24, 2017

Rahsia Takbiratul Ihram



Takbiratul Ihram, merupakan salah satu kewajipan solat yang dilakukan oleh insan sebagai perasmian memasuki ibadah solat. Segala urusannya rutinnya telah menjadi haram dalam gagasan makna tidak boleh berpaling dari arah kiblat. Insan itu juga tidak diizinkan mengungkap perkataan di luar solat, tidak boleh makan, minum dan lain-lain lagi. Oleh kerana itu sebahagian pendapat berkata pengungkapan Takbiratul Ihram menyebabkan banyak perkara yang harus kepada manusia telah menjadi haram. Ada yang menamakannya sebagai Takbir al-Iftitah kerana dengan Takbiratul Ihram, secara rasmi kita memasuki solat.(1) Sebahagian fuqaha menyatakan Takbiratul Ihram dalam solat sama seperti sahutan dalam ibadah Haji. Dengan melakukannya, jemaah haji secara rasmi diharamkan melakukan hal-hal yang termaktub dalam larangan Ihram. (2)

Apa yang telah dijelaskan itu adalah bentuk solat. Namun ada di kalangan cendiakawan Muslim menjelaskan sebutan dan perbuatan dalam solat juga mempunyaui tafsir batin. Antaranya ialah:

Marhum Naraqi berkata: Takbiratul Ihram hendaklah mengakui sifat Maha Besar bagi Allah dan menyedari keagunganNya. Setelah itu fikirkanlah keagunganNya (3)

Diriwayatkan daripada Imam Sadiq (a.s) yang berkata: 

Oleh kerana anda menyatakan Takbir dalam solat, apa yang terkandung di antara langit dan bumi adalah kecil dan tidak tidak ada apa-apa pun dalam menghadapi Allah. Tatkala Allah melihat dalam hati manusia yang sedang bertakbir sedangkan hatinya mempunyai sesuatu yang tidak selari dengan makna Takbir. Lantas Allah bertanya apakah engkau berdusta kepadaku? Demi keagunganKu, aku haramkan kamu kemanisan yang dikecapi dalam mengingatiku dan aku tutup buatmu hijab dari kedekatan dan kegembiraan bermunajat kepadaku.  Justeru itu hatimu sedang diuji tatkala solat. Sekiranya kegembiraan terhasil dalam jiwa, hati bergembira kepadaNya kerana rahsia dan keperluan, merasa lazat berinteraksi dan bermunajat kepadaNya. Nescaya Allah mengesahkan kebenaran lafaz Takbir itu. Jika tidak, anda sendiri tahu luputnya kelazatan bermunajat dan kehilangan manis beribadat akibat Allah mendustakan Takbirmu dan terpesong darinya. (4)

Marhum Majlisi berkata: Di ambang Takbir ada Iftitah. Oleh kerana kamu telah murnikan niat, hatimu sudah dibersihkan, engkau sudah memasuki daerah golongan yang taat setia, maka bersiap sedialah untuk memasuki solat, mohonlah izin membuka pintu, berangkatlah dari rumah dunia, singkaplah hijab tebal kesombongan, di sebalik Takbir anda masuk dan menyingkap hijab lain... (5)

Kesimpulannya, para wali Allah akan mengosongkan apa sahaja yang tidak benar dari fikirannya tatkala memasuki solat. Ia mengharamkan apa sahaja ke atas dirinya kecuali kesukaannya. Segala fokus yang lain dianggap berpaling dari kiblat sebenar dan membatalkan sembahyang, serta ego keakuan diri dihitung sebagai perkara yang memutuskan solat. Oleh kerana mereka telah sampai ke tahap kedudukan ini, mereka pun terus langsung menuju kepada urusannya "فقدتمَّ میقاتُ الرّب", (6) iaitu sesungguhnya kamu telah menepati masa bertemu dengan TuhanMu.(7)

Dalam hadis mi'raj, tiga kali cahaya agung telah menjelma kepada Nabi (s.a.w). Dalam takbir Iftitah juga muncul cahaya sebanyak tiga kali. Setelah itu barulah baginda memasukinya (8). Hadis ini menyatakan: 

فلما فرغ من التکبیر و الافتتاح قال عزوجلّ: الآنَ وصلتَ الیّ فَسَمَّ بإسمی… (9)

Apabila selesai bertakbir dan Iftitah, Allah (s.w.t) berfirman: Sekarang anda telah sampai kepadaku... (10).

Selain itu terdapat riwayat bahawa Takbir bermaksud menyingkirkan kelalian penunai solat dan mematahkan kehinaan di hadirat Allah. Walaupun secara zahirnya Takbir adalah pengagungan, namun asal usulnya ialah menyifatkan keindahan Allah. Namun ia termasuk perkara bertasbih dan penyifatan Allah. (11)

Bibliografi
(1) Shaykh Anshar, Murtadha, Kitab al-Salah, Kongres sedunia mengenang Shaykh Ansar, Qom Jilid 1 muka surat 283
(2) Hamdani, Agha Reza, Misbah al-Fiqhiyyah, Mausu'ah al-Ja'fariyyah Li Ihya al-Turath Wa Mu'asasah al-Nashr Li al-Islami, 1416, Jilid 11, QOM, muka surat 427
(3) Naraqi, Mulla Ahmad, Mi'raj al-Sa'adah, Intisharat Ilmiya Islami, muka surat 677
(4) Majlisi, Muhammad Baqir, Bihar al-Anwar, Kitab Shalat, Bab 37 Hadis 3, Jilid 81, muka surat 230
(5) Majlisi, Muhammad Baqir, Bihar al-Anwar, Kitab Shalat, Bab 37 Hadis 3, Jilid 81, muka surat 206
(6) An'am, 162
(7) Surah al-A'raf,
(8) Merujuk pada pemahaman ayat 76 sehingga 79, surah al-An'am
(9) Shaykh Saduq, Ali, Ilal al-Sharai', bab 1, hadis 1, muka surat 312
(10) Khomeini, Ruhullah, Sirr al-Salah, muka surat 76, 77, 78
(11) Khomeini, Ruhullah, Sirr al-Salah, Mukadimah yang menukil Kashif al-Ghita',  Shaykh Ja'far. Kashf al-Ghita', muka surat 124 

Monday, August 21, 2017

Hukum hakam pakaian solat

Fatwa Ayatullah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei



س 428: آیا نماز خواندن در لباسی که شک در نجس بودن آن دارم، صحیح است؟

ج: لباسى که نجس بودن آن مشکوک است، محکوم به طهارت بوده و نماز خواندن با آن صحيح است.



Pertanyaan 428: Apakah sah mendirikan solat dengan pakaian yang kita syak telah terkena najis?
Jawapan: Pakaian yang disyaki terkena najis dihukum suci dan solat dengannya adalah sah.

Benteng penangkis sihir dan tangkal dengan ayat al-Qur'an menurut ajaran ulama pencinta Ahlul Bait (a.s)


(Bahagian pertama)

Kuasa ghaib

Tidak hanya di zaman ini sahaja manusia menyangka diri mereka terkena ilmu hitam, mengalami gangguan jin atau merasakan kehadiran makhluk ghaib dalam kehidupan sehingga timbul keresahan, kesan psikologi dan ancaman keselamatan.

Hakikat kuasa ghaib.
Telebih dahulu ketahuilah kekuatan ghaib juga bernaung di bawah kuasa Allah (s.w.t) yang wujud dalam empat kategori:

(1) kekuatan pendamping
(2) kekuatan ritual
(3) kekuatan telekinesis
(4) kekuatan keramat

Dalam artikel ini, kami akan huraikan kekuatan pertama dan kedua sahaja. Kekuatan pertama ialah kekuatan pendamping yang meliputi golongan syaitan dan jin. Dari sini pendamping merupakan entiti yang berasingan dari manusia dan sejenis kehidupan yang bebas. Sekiranya insan ingin meminta bantuan golongan ini, ia perlu mengambilnya sebagai pendamping. 

Golongan kedua ialah kekuatan ritual yang menggunakan lafaz-lafaz mentera, nombor-nombor, jadual dan simbol-simbol. Kekuatan ini diaktifkan dalam bentuk upacara tertentu seperti sihir, kedukunan dan tangkal.

Golongan ketiga ialah kekuatan telekineses yang berkaitan dengan roh manusia. Dengan menjalani asuhan jiwa secara serius seperti kekuatan fokus atau mata, manusia mampu mengalihkan objek tanpa menyentuhnya.

Sementara itu kategori terakhir ialah kekuatan keramat yang dianugerah oleh Allah kepada hamba-hambanya yang taat. Kudrat ini diperolehi tanpa perantara roh atau kekuatan fokus. Kekeramatan tidak mengalami proses pembelajaran dan latihan jitu seperti 3 kategori sebelum ini. Ia merupakan tanda-tanda kebesaran Allah dan makrifat yang tinggi.

Penjelasan tentang kekuatan pendamping dan ritual.
Kekuatan kategori pertama meliputi syaitan dan jin walaupun asal usulnya kelihatan mirip, namun perbezaannya juga adalah ketara. Kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi tingkat kedudukan yang lebih lemah berbanding manusia dan tidak mempunyai kuasa untuk masuk ke dalam pentas zahir kehidupan manusia.

Syaitan yang dikepalai iblis pada asalnya tidak mampu bertindak, memaksa dan memberi kesan terhadap manusia. Menurut al-Qur'an, kerja-kerja syaitan hanyalah menghasut manusia untuk cenderung pada perbuatan buruk. Ia bertugas membisikkan was-was sedangkan manusia sendiri yang memilih untuk terjebak ke dalam dosa. 

Golongan jin pula adalah kehidupan seperti manusia yang memikul taklif dan mempunyai pilihan untuk bertindak. Mereka juga bertanggung jawab melaksanakan perintah Allah. Seperti komuniti manusia, jin juga ada yang beriman dan ada yang kafir. 



Bersambung...

(Bahagian ke-dua)
Terdapat pertanyaan apakah insan dapat berinteraksi dengan kekuatan pendamping (Jin dan syaitan) dan memanfaatkan kekuatan mereka di samping tidak memberi kesan terhadap kehidupan?

Jawapan: Dalam situasi biasa, kekuatan ini tidak mungkin dapat masuk dalam kehidupan manusia. Namun boleh jadi dengan perbuatan kotor insan dapat berinteraksi dengan kekuatan-kekuatan ini. Bertitik tolak dari sini,  jin-jin mukmin yang terikat dalam format kehidupan dunia tidak bersedia untuk diperalat oleh manusia. Sungguhpun terdapat dalil yang menyabitkan penglibatan jin-jin mukmin dengan para ulama dan urafa, namun ia hanyalah dalam rangka urusan keagamaan dan secara sementara semata-mata. Namun jin yang bukan mukmin boleh jadi terpedaya dan mengikuti petunjuk kelompok manusia tidak beragama dengan menjalankan tugas seperti mendapatkan  laporan berita. Golongan jin ini kemungkinan memberikan kesan dalam juzuk-juzuk kehidupan lain. Kehidupan individu-individu beriman dan bertakwa terpelihara dari kesan-kesan jusuk-juzuk ini. Keimanan dari dimensi ini merupakan benteng pertahanan yang sangat kuat dari gejala buruk jin dan syaitan. Golongan yang percaya kepada Allah dan berpegang pada ajaran agama tidak merasakan kesan terhadap kekuatan-kekuatan ini. 

Perlu diingatkan di sini, ramai individu-individu yang menduga bahawa kekuatan ini telah masuk ke dalam kehidupan mereka padahal realitinya adalah tidak seperti yang disangka. Namun unsur-unsur ini memang berpotensi untuk masuk campur dalam kehidupan salah seorang insan yang dinisbah dari ribuan manusia. Demikian juga amalan ritual (sihir, ilmu hitam dan tangkal) yang memang wujud namun ramai manusia yang tersalah sangka bahawa ilmu tersebut telah mempengaruhi kehidupan mereka. Ada yang menggunakan pendamping untuk menyingkirkan ilmu-ilmu sihir itu.

Yang menjadi masalah di sini ialah golongan yang tidak berpegang teguh dengan amalan agama terlalu mudah terkena perbuatan syaitan. 

إِنَّما سُلْطانُهُ عَلَی الَّذینَ یتَوَلَّوْنَهُ وَ الَّذینَ هُمْ بِهِ مُشْرِکونَ‌

Sesungguhnya ia menakluki orang yang menerima pengaruh kuasanya dan orang yang menjadi musyrik dengannya. (al-Nahl ayat 100)

Dari sisi lain, al-Qur'an menyatakan kekuatan syaitan tidak dapat menakluki orang beriman:

إِنَّهُ لَیسَ لَهُ سُلْطانٌ عَلَی الَّذینَ آمَنُوا وَ عَلی‏ رَبِّهِمْ یتَوَکلُونَ‌

Sesungguhnya ia tidak mempunyai autoriti menakluki golongan yang beriman dan bertawakkal dengan Tuhan mereka. (Al-Nahl ayat 99)

Jangan lupa gejala pengaruh kesyaitanan ini di peringkat awal bukanlah secara statik atau mendadak. Iaitu ia tidak masuk ke dalam kehidupan manusia secara langsung, bahkan dengan perantara individu-individu yang meminta untuk menjalankan misi-misinya sehingga mendatangkan kecederaan rohani dan psikologi individu lain. Namun disebabkan keimanan mangsa itu terlalu lemah, kemungkinan besar ia terdedah kepada penaklukan syaitan. Dalam kata yang lain, dua faktor yang menjadi penghalang kekuatan ini: (1) Kepercayaan dan tawakkal kepada Allah (2) Mengamalkan amalan-amalan dan zikir-zikir tertentu.

Perlu diingatkan di sini, terdapat mukjizat dalam lafaz-lafaz dan kalimah-kalimah tertentu untuk mencegah kejahatan jin. Antaranya ialah membaca beberapa lafaz ayat al-Qur'an sebagaimana yang telah ditegaskan dalam beberapa riwayat. Instrumen lafaz-lafaz terdiri dari 3 perkara:

(1) Ayat al-Kursi, (2) Surah al-Falaq, dan (3) Surah al-Nas.

Mengenai surah al-Nas dan al-Falaq, Ayatullah Bahjat berkata: 
ما که ناس و فلق را داریم نیاز به هیچ حرزی نداریم.
Kita sudah mempunyai surah al-Nas dan al-Falaq, tidak perlu lagi sebarang hiriz.

Terdapat banyak riwayat mengenai ayat al-Kursi yang tidak mungkin disebut di sini. Begitu juga ayat-ayat lain yang dianjurkan pengamalannya seperti yang diriwayatkan daripada Imam Ja'far al-Sadiq: Aku hairan melihat individu yang terkena buatan dan tipu daya orang tetapi tidak berlindung dengan ungkapan ini:
(افوض امری الی الله، ان الله بصیر بالعباد.(غافر، 44)
Aku serahkan urusanku kepada Allah, Sesungguhnya Allah maha melihat terhadap hamba-hambanya.

Ayatullah Kashmiri (yang pernah menjadi pembantu khas Imam Khomeini) pernah ditanya, bagaimanakah cara untuk berlindung dari syaitan? Beliau berkata, sekiranya ia membaca ayat al-Kursi, al-Nas dan al-Falaq, nescaya ia dilindungi. (Ruh al-Bayan, muka surat 137)

Namun terdapat satu pesanan daripada Ayatullah Bahjat bagi menyingkirkan bahaya kekuatan-kekuatan pendamping, iaitu kekuatan ritual al-Qur'an yang menjadi rawatan ampuh. Enam garis panduan mengenai amalan yang perlu diamal semuanya:

(1) Membawa al-Qur'an kecil
(2) Membaca Mu'awwizatayn (surah al-Falaq dan al-Nas)
(3) Membaca ayat Kursi dan melekatkannya di rumah
(4) Membaca empat Qul (al-Ikhlas, al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas) dan mengulanginya terutama ketika tidur.
(5) Mengulangi lafaz azan dengan suara yang sepatutnya tatkala mendengar azan berkumandang.
(6) Membaca 50 ayat al-Qur'an setiap hari dengan suara yang sepatutnya. 
(Kitab Porsisha-ye- Shoma wa posokha-ye Ayatollah Behjat, jilid 1)

Amalan di atas telah diberikan kepada mereka yang telah terkena sihir dan kecederaan mata.
Selain itu, Ayatullah Bahjat menasihati agar memberi sedekah, membaca mu'awwizatayn dan mengulangi "لاحول و لا قوه الا بالله" bagi mencegah kecederaan mata dan ilmu sihir. 
Selain itu, terdapat riwayat yang menganjurkan penulisan surah Yasin dan membawanya demi mencegah sihir dan kecederaan mata. 
Ada juga riwayat menganjurkan bacaan ayat:
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا (1) لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا (2)
Manfaatnya ialah bagi merungkai ikatan atau membuka sesuatu yang tertutup. (Mafatih al-Jinan, bab 3)

حمزه شریفی‏دوست
بخش قرآن تبیان  
Hamzah Sharifdust,
Bahagian al-Qur'an, tebyan.net

Sunday, August 20, 2017

Makna ungkapan akhir salam dalam solat

Makna ungkapan akhir salam dalam solat

Pertamanya, adalah lebih baik kita jelaskan secara ringkas mengenai salam di akhir solat, kemudian kita meninjau tafsir salam di akhir solat itu.

Di akhir solat, terdapat tiga salam yang diberikan. Salam pertama jelas dituju kepada Rasulullah (s.a.w) walaupun terdapat beberapa riwayat yang menyatakan salam itu juga hendaklah termasuk Ahlul Bait (a.s).

Imam al-Baqir (a.s) menjelaskan perkara ini:
«السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَ رَحْمَةُ اللَّهِ وَ بَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَى مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ خَاتَمِ النَّبِيِّينَ السَّلَامُ عَلَى الْأَئِمَّةِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ.». 
(1)

Salam ke atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah, dan keberkatanNya: Salam ke atas ke atas Muhammad bin Abdullah penutup para nabi, salam ke atas para imam petunjuk dan pembimbing.

Namun ungkapan salam kedua iaitu: 
السلام علینا و علی عباد الله الصالحین
Penunai solat memberikan salam kepada para penunai solat yang lain dengan menggunakan kalimah (علینا) memperkenalkan golongan ini sebagai hamba-hamba yang soleh. Tetapi siapakah gerangan orang soleh itu? Al-Qur'an telah menjelaskan berbagai golongan yang termasuk sebagai orang soleh iaitu para nabi dan orang beriman.

Selain itu, hamba-hamba yang soleh (الصالحین) meliputi seluruh hamba-hamba Allah yang baik kerana kalimah ini bermula dengan huruf alif dan lam serta jamak. Iaitu sesiapapun yang soleh samada para nabi, orang beriman atau jin beriman mendapat  salam daripada penunai solat.

Salam terakhir pula mempunyai beberapa tafsiran:

Secara zahirnya rangkaikata "Salam ke atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatanNya adalah kabur". Namun beberapa riwayat menjelaskan salam ini dituju kepada para malaikat yang menjadi wakil kepada manusia.

Diriwayatkan daripada Imam Ja'far al-Sadiq (a.s), beliau berkata tentang salam terakhir sebagai berikut:

«وَ تَكُونُ الثَّالِثَةُ عَلَى مَنْ عَلَى يَسَارِهِ وَ مَلَكَيْهِ الْمُوَكَّلَيْنِ؛ 
(2)

Salam ketiga dalam solat ialah untuk mereka yang berada di sebelah kiri dan dua malaikat yang menjadi wakil.

Namun terdapat riwayat yang menyatakan salam ini dituju kepada seluruh malaikat. Ada juga riwayat bahawa salam itu kepada para nabi. Boleh dikatakan salam pertama adalah khusus kepada Rasulullah (termasuk Ahlul Bait), salam kedua untuk seluruh penunai solat dan hamba-hamba soleh umumnya para nabi, mukmin manusia, jin dan malaikat, sementara salam ketiga merangkumi semua orang.

Pensyariatan salam dalam peristiwa Isra Mi'raj

Nabi (s.a.w) bersabda tentang solatnya di Mi'raj: 
Oleh kerana aku menyampaikan selawat kepadaku dan Ahlul Baitku secara konsisten. Aku lihat para malaikat, nabi dan rasul berbaris di belakangku. Berkatalah suara kepadaku: Wahai Muhammad! Berilah salam kepada mereka. Aku pun berkata "السلام علیکم و رحمة الله و برکاته" Kemudian turunlah wahyu: Salam dan alu-aluan aku, kamu dan zuriatmu, beserta keberkatan. (3)

Diriwayatkan daripada Imam Ja'far ak-Sadiq (a.s) mengenai makna salam di akhir solat:
 
«معنى السّلام في دبر كلّ صلاة، معنى الامان، اى من ادّى امر اللَّه و سنّة نبيّه صلّى اللَّه عليه و آله خاضعا له خاشعا منه، فله الامان من بلاء الدّنيا و براءة من عذاب الآخرة؛ 
(4)

Makna salam di akhir solat ialah keamanan. Iaitu barangsiapa mengerjakan perintah Allah dan beramal dengan sunnah Nabi dalam keadaan rendah hati dan khusuk, nescaya amanlah ia dari azab dunia dan akhirat.

Boleh juga dijelaskan sebagai berikut: 

Peringkat akhir solat dan penyampaian salam ke atas junjungan Nabi (s.a.w), hamba-hamba yang soleh dan seluruh penunai solat. Demikian juga ucapan takbir al-ihram (تکبیرة ‌الاحرام‌) yang membuatkan kita seolah-olah menjulang tinggi ke langit malakut. Kemudian dengan ungkapan salam pula kita turun serta memberikan salam kepada orang soleh sebagai tanda keluar dari solat.  

Sebagai kesimpulan, dapatlah dijelaskan di sini bahawa salam adalah salah satu Asma' Al-husna yang tidak mungkin kami jelaskan perinciannya di sini. Antara yang dapat diamati dari "salam" ialah kehendak kepatuhan makhluk yang berakal dan berperasaan terhadap kewujudan yang maha tinggi.

Adapun salam akhir di setiap solat dapat dijelas bahawa insan menyatakan penyerahan jiwa dan raganya kepada Rasulullah (s.a.w), hamba-hamba Allah yang soleh dan salam terakhir sebagai penghormatan yang terhujung.

Bibliografi:

(1) Sheikh Saduq, Man La Yahdurul Faqih, Qom, Intisharat Jami'a Mudarrisin, cetakan kedua, jilid 1, muka surat 320
(2) Majlisi, Muhammad Baqir, Bihar al-Anwar, Beirut, Dar al-Ihya al-Turath al-'Arabi, cetakan ketiga, 1403, jilid 82 muka surat 305.
(3) Musawi al-Khomeini, Ruhullah, Sirr al-Salah, Tehran, Muasasah Nashr wa Tandzim Atsar Imam Khomeini, cetakan kedua, 1372 Hijrah Shamsiyyah muka surat 108
(4) Gilani 'Abd al-Razzaq, Misbah al-Shari'ah (Arab - Parsi), Tehran, Intisharat Payam Haq, 1377 Hijrah Shamsiyyah, cetakan pertama, muka surat 137.

Friday, August 18, 2017

Tatacara solat malam



Waktu solat malam: Di antara pertengahan malam hingga subuh, dan lebih utama dikerjakan ketika hampir subuh, iaitu satu pertiga malam.


Solat malam ada 11 rakaat: Empat solat (dua rakaat setiap satu solat) diniatkan solat malam, satu solat (dua rakaat) diniatkan solat shaf' (شَفْعْ), dan satu solat (satu rakaat) diniatkan solat watr (وَتْر).

Niat: dua rakaat solat malam qurbatan ilallah (قُربة اِلي الله
)

Dalam rakaat pertama: Satu kali surah al-Fatihah + satu kali surah al-Ikhlas (قل هو الله احد) + rukuk + sujud.

Dalam rakaat kedua: Satu kali surah al-Fatihah + satu kali surah al-Ikhlas (قل هو الله احد) + Qunut + Rukuk + Sujud + Tashahhud + Salam
(Solat tersebut didirikan sebanyak empat kali dan semuanya berjumlah 8 rakaat).

Solat Shaf'
Niat: Dua rakaat solat Shaf' (شَفْعْ) Qurbatan ilallah (قُربة اِلي الله).

Dalam rakaat pertama: Satu kali surah al-Fatihah + Surah al-Ikhlas (قل هو‌ الله احد) + satu surah al-Nas (قل اعوذ برب الناس) + Rukuk + Sujud.

Rakaat kedua: Satu kali surah al-Fatihah + satu kali surah al-Ikhlas (قل‌ هو الله) + satu kali surah al-Falaq (قل اعوذ برب الفلق) + Tashahhud + Salam.

Solat watr (وَتْر)

Niat: Satu rakaat watr (وَتْر) Qurbatan ilallah (قُربة اِلي الله)

Rakaat pertama: Satu kali surah al-Fatihah + tiga kali surah al-Ikhlas (قل هو الله) + surah al-Falaq (قل اعوذ برب الفلق) +Surah al-Nas (قل اعوذ برب الناس).

Dalam Qunut: Membaca Qunut hingga selesai + tangan ditadah + membaca sambil menghitung dengan jari kanan atau tasbih doa : (اَللّهُمَّ اِغْفِر لِلْمومِنينَ وَ اَلْمومِناتْ وَ اَلْمُسلِمينَ وَ اَلْمُسلِماتْ ) iaitu terjemahannya: Ya Allah, ampunilah orang mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Kemudian 70 kali istighfar ( اَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبي وَ اَتُوبُ اِلَيه) iaitu terjemahannya: Aku pohon keampunan Allah Tuhanku dan aku bertaubat kepadanya.

Kemudian 7 kali membaca: (هذا مَقامُ الْعائِذِ بِكَ مِنَ اَلْنار) iaitu terjemahannya: Inilah kedudukan orang berlindung denganMu dari api nuraka.

Kemudian berkata sebanyak 300 kali: al-'afw (اَلْعَفو) iaitu terjemahannya: Keampunan!

Kemudian satu kali membaca doa: (رَبّ اغْفِرْلى وَ ارْحَمْنى وَ تُبْ عَلىََّ اِنَّكَ اَنْتَ التّوابُ اَلْغَفُورُ الرّحيم ) iaitu terjemahannya: Ya Tuhan, ampunilah aku dan rahmatilah aku, dan ampunilah aku sesungguhnya engkau maha memberi taubat, penerima taubat lagi maha penyayang 

+ rukuk + sujud + tashahhud + salam.

Di penghujung solat bacalah tasbihat Fatimah Az-Zahra (a.s) yang lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat di sisi Allah.