Jawapan tentang hukum murtad dalam Islam.
Golongan Atheis mendakwa Islam tidak mengendahkan kebebasan manusia dan barangsiapa yang berpaling dari agama tersebut handaklah dibunuh.
Jawapan bagi syubhat ini:
Sebagai mukadimah, kita jelaskan dulu bahawa dalam Islam murtad ada dua jenis:
1) Murtad fitri
2) Murtad milli
Murtad fitri ialah seseorang yang ibu dan bapanya adalah Muslim dan dia sendiri telah menerima agama Islam.
Taubat golongan ini selepas murtad tidak diterima lagi.
Adapun murtad milli ialah seseorang yang bukan Muslim telah masuk Islam setelah mengkaji, namun setelah itu ia berpaling dari agama Islam.
Dalam kes ini, taubat orang yang murtad milli diterima namun dihukum bunuh sekiranya tidak bertaubat.
Oleh itu, hukuman mati ke atas pesalah murtad bukanlah keputusan mutlak, malah tidak dihukum sekiranya ia bertaubat.
Adalah penting disebut di sini bahawa sebahagian ahli fikah yang masyhur seperti Abu Salah al-Halabi menganggap orang yang murtad samada milli dan fitri tidak dihukum mati.
Shaykh Abu Salah al-Halabi di dalam kitab: Al-Kafi fi al-Fiqh berkata:
🔴الردة اظهار شعار الكفر بعد الايمان
📚الکافی فی الفقه صفحه 311.
🔵 Kemurtadan ialah menzahirkan slogan kekafiran selepas beriman.
Oleh itu, apa yang dijelaskan dalam hukum fikah ialah "menzahirkan kekafiran", bukannyasemata-mata menjadi kafir. Barangsiapa yang murtad namun ia tidak menzahirkan kekafiran, maka ia tidak dihukum mati.
Noktah berikutnya, kaum wanita yang murtad dikecualikan hukuman mati dalam apa jua situasi. Shahid awwal di dalam kitab Dur al-Durus al-Shar'iyyah berkata:
🔴والمرأة لا تقتل مطلقا
📚الدروس الشرعية في فقه الإمامية نویسنده : الشهید الاول جلد : 2 صفحه : 52
🔵 dan secara mutlaknya wanita tidak dihukum
Noktah berikutnya ialah hukuman tersebut tidak meliputi orang gila, tidak baligh, lalai, diulit mimpi, terlupa dan terpaksa akibat taqiyyah.
Selain itu, kebanyakan ahli fikah menjelaskan perbezaan antara murtad dengan kedegilan, setelah mengkaji serta menimbulkan syubhat.
Dengan ini, barangsiapa yang murtad setelah mengkaji sehingga timbul keraguan padanya tanpa menyatakan perseteruan terhadap Islam, maka ia tidak akan dihukum mati.
Misalannya 'Allamah al-Hilli berkata dalam Tahrir al-Ahkam:
🔴کلّ من اعتقد حلّ شیء اجمع علی تحریمه من غیر شبهة فهو مرتدّ امّا الجاهل فلا یحکم بارتداده.
📚تحریر الاحکام جلد 2 صفحه 236.
🔵 Barangsiapa yang percaya halalnya sesuatu yang telah disepakati sebagai haram maka ia telah murtad meskipun tidak diselubungi keraguan. Namun sekiranya disebabkan kejahilan, maka ia tidak dihukum kerana murtad.
Oleh itu, barangsiapa yang ragu terhadap agama akibat jahil tanpa disertai permusuhan, maka ia tidak dijatuhkan hukuman murtad.
Setakat ini kami telah sabitkan hukuman mati terhadap orang murtad tertakluk kepada syarat-syarat khas dan terdapat banyak kes murtad tidak dijatuhi hukuman mati.
Namun apakah falsafah hukuman mati terhadap orang murtad?
Salah satu dalil yang dapat dijelaskan di sini ialah hukuman mati terhadap sebahagian kategori murtad ialah mencegah peranan jahat golongan memusuhi Islam.
Di awal kemunculan Islam, terdapat banyak golongan Musyrikin yang berpura-pura masuk Islam demi merosakkan agama tersebut. Namun mereka berpaling tadah dan mula berdusta tentang Islam dan mula mencanangkan ucapan: Wahai manusia! Kami telah masuk Islam, tetapi Islam adalah agama sekian-sekian..."
Demikianlah salah satu dalil hukuman mati terhadap orang murtad.
Noktah asasi dalam perbahasan ini ialah: "Praktikal agama Islam tanpa keyakinan tidak membawa kebaikan". Berasaskan perkara ini semua orang hendaklah mengkaji untuk mencapai keyakinan. Justeru itu sekiranya seseorang individu terjebak dalam keraguan mengenai Islam ketika membuat kajian tanpa ada sebarang permusuhan terhadap agama tersebut, maka ia tidak dihukum mati (meskipun Islam itu sempurna dan tentunya masalah berpunca daripada pengkaji).
Selain itu, menurut al-Qur'an, Nabi Musa (a.s) hanya mengusir Samiri yang menjadi punca kaum baginda menyembah anak lembu dan cuba menghancurkan seruan dakwah baginda. Mekipun demikian Nabi Musa (a.s) berkata:
قالَ فَاذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِي الْحَيَاةِ أَنْ تَقُولَ لَا مِسَاسَ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًا لَنْ تُخْلَفَهُ وَانْظُرْ إِلَى إِلَهِكَ الَّذِي ظَلْتَ عَلَيْهِ عَاكِفًا لَنُحَرِّقَنَّهُ ثُمَّ لَنَنْسِفَنَّهُ فِي الْيَمِّ نَسْفًا
🔴 Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap. -Surah Taha ayat 97.

No comments:
Post a Comment