Friday, August 18, 2017

Hukum menghisap rokok adalah wajib

🚬 Ibnu Uthaymin yang merupakan ulama Sunni dari  aliran Wahhabi telah mengeluarkan fatwa menghisap rokok sebagai sunat, dan kadangkala menjadi wajib.

Alasan yang mewajarkannya ialah oleh kerana seseorang individu sudah ketagihan rokok berhasrat mendirikan solat, maka hukum menghisap rokok sudah menjadi wajib kerana dia tidak mampu mendirikan solat selagi tidak menghisap rokok.

Syeikh Uthaymin berkata dalam sebuah fatwanya:




🔸وأما مسألة الدخان، فالدخان أهون من هذه المسألة؛ لأن الدخان قد اختلف فیه العلماء من قدیم الزمان وحدیثه، فمنهم من قال: إنه مباح، ومنهم من قال: إنه مکروه، ومنهم من قال: إنه حرام، ومنهم من قال: إنه مستحب، ومنهم من قال: إنه واجب، نعم أول ما خرج على الناس اختلفوا فیه کعادة الأشیاء الجدیدة، الذین قالوا إنه واجب کیف یصیر واجباً؟ قال: نعم. لو فرضنا بعد ما أذن المؤذن والإنسان یشرب الدخان وله ساعة، أو ساعتین ما شرب وهو دایخ الآن ما یمکن یروح یصلی إلا إذا شرب سیجارة، قالوا: فلابد أن یشرب من أجل أن یصلی بطمأنینة، فقالوا: هذا یجب «لا صلاة بحضرة طعام ولا وهو یدافع الأخبثان». لکنا نقول: هذا لنبین للناس أن مسألة الدخان تحریمه لیس إجماعیاً، بل هو مختلف فیه.

📚اللقاءات الشهریة (اللقاءات من 61 إلى 77)،ج4،ص355 ط مؤسسة الشیخ محمد بن صالح العثیمین الخیریة

🔸Mengenai masalah menghisap rokok, suatu masalah yang lebih mudah dari masalah ini (memberikian hak jatuhkan talak kepada wanita). Ini disebabkan ulama silam dan di zaman mutaakhir telah berselisih faham mengenai isu menghisap rokok. Sebahagian ulama berkata: Hukumnya adalah harus. Sebahagian ulama berkata ianya makruh. sebahagian ulama pula berkata ia adalah haram manakala sebahagian yang lain berkata ia adalah harus. Ada juga ulama yang menyatakannya sebagai wajib, maka bagaimanakah ia menjadi wajib? Memang benar, biasanya masyarakat akan berselisih pendapat apabila menghadapi fenomena baru. Bagaimana mungkin mereka berkata bahawa menghisap rokok adalah wajib? Dikatakan: Memang benar, ia dikatakan wajib kerana jikalau kita menduga selepas muazzin mengumandangkan azan sedangkan seseorang individu sedang menghisap rokok, dan sekiranya ia tidak menghisap rokok, maka dalam satu jam atau dua jam berikutnya ia akan berasa pening kepala. Akibatnya individu itu tidak dapat pergi menunaikan solat melainkan ia harus menghisap rokok terlebih dahulu. Dalam kes ini, mereka berpendapat, individu itu perlu menghisap rokok agar bertenang ketika solat dan hukum menghisap rokok untuknya adalah wajib. [seperti mana yang terdapat dalam hadis] Apabila makanan terhidang, atau seseorang insan terasa ingin membuang air besar mahupun kecil, maka solatnya ketika itu tidak sah. Namun biar kami jelaskan kepada masyarakat supaya ia lebih jelas, iaitu pengharaman rokok bukanlah sebuah ijma', malah  adalah sebuah perselisihan pandangan.

Pautan petikan fatwa rasmi Ibnu Uthaymin:
http://binothaimeen.net/content/1652

Oleh itu tidak mustahil golongan wahhabi menggunakan dadah dalam menjalankan aktiviti terrorismenya:


No comments:

Post a Comment