Sunday, May 17, 2020

Hukum bunuh dalam elemen terrorism Ibnu Taimiyah-Daesh.

Karya Ibnu Taimiyah sering menggunakan perkataan "hendaklah disuruh bertaubat atau dibunuh" (وإلا قُتِل). Sebagai contoh, misalannya:

1) Barangsiapa yang percaya bahawa kewajipan seperti solat tidak wajib ke atas wali Allah yang khusus (akidah sebahagian golongan sufi). 

لا بدَّ للعبد من أداء الواجبات والصلاة عمود الدين لا تسقط لا عن الأنبياء ولا عن الأولياء ولا غيرهم ومن اعتقد سقوطَها عن خواصِّ الأولياء فإنه يُستتاب فإن تابَ وإلا قُتِل.

Hamba Allah hendaklah melaksanakan kewajipan solat dan solat itu adalah tiang agama, tidak gugur samada di kalangan para nabi, mahupun wali, dan selain mereka. Barangsiapa yang percaya ia gugur daripada kalangan wali khas, maka hendaklah ia disuruh bertaubat, jika tidak ia hendaklah dibunuh.

2) Golongan yang menisbahkan kriteria seperti wali Allah, Ahlillah, ahli hikmah dan falsafah kepada wali Allah.

فمن غلا في الأولياء أو من يسميهم أولياء الله أو يسميهم أهل الله أو يسميهم الحكماء أو الفلاسفة أو غير ذلك من الأسماء التي يقرنها بأسماء الأنبياء وجعلهم مثل الأنبياء أو أفضل من الأنبياء فإنه يستتاب فإن تاب وإلا قتل.

Dan keterlaluan pada wali-wali, atau orang yang menamakan mereka wali Allah, atau menamakan mereka Ahlillah, atau ahli hikmah, atau falsafah, atau selain daripada nama-nama demikian yang diindikasikannya dengan nama-nama para nabi, menjadikan mereka seperti Nabi atau lebih baik dari nabi, maka hendaklah mereka disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh. 

3) Golongan yang percaya bahawa musafir hendaklah sempurnakan solat dan berpuasa.

وَقَالَ: إنَّهُ يَجِبُ عَلَى كُلِّ مُسَافِرٍ أَنْ يُصَلِّيَ أَرْبَعًا، فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ مَنْ قَالَ: إنَّهُ يَجِبُ عَلَى الْمُسَافِرِ أَنْ يَصُومَ شَهْرَ رَمَضَانَ، وَكِلَاهُمَا ضَلَالٌ مُخَالِفٌ لِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ؛ يُسْتَتَابُ قَائِلُهُ فَإِنْ تَابَ وَإِلَّا قُتِلَ.

Dan ia telah berkata: Sesungguhnya wajib ke atas setiap musafir agar solat empat rakaat sedangkan ia setara dengan orang yang berkata: Wajiblah ke atas musafir untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Kedua-duanya adalah sesat, bertentangan dengan ijma kaum Muslimin. Hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh.

Demikian juga ungkapannya: 

ومن قال: إن الفطر لا يجوز إلا لمن عجز عن الصيام فإنه يستتاب فإن تاب وإلا قتل

Barangsiapa yang berkata: Berbuka puasa tidak dibenarkan untuk orang yang uzur. Orang itu hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh.

4) Golongan yang istighatsah dengan wali Allah.

ولا يجوز أن يقول لملك ولا نبي ولا شيخ ميت أو حي: اغفر لي ذنبي وانصرني على عدوي. فمن سأل مخلوقا شيئا من ذلك فهو مشرك به قد اتخذ لله ندا، يجب أن يستتاب، فإن تاب وإلا قتل.

Dan tidak dibenarkan berkata kepada raja, nabi atau sheikh, samada mati atau hidup: Ampuni dosaku, bantulah aku ke atas musuhku. Barangsiapa yang memohon sesuatu kepada makhluk seperti demikian, maka ia menyekutukan Allah dan mengambil seruan untuk Allah. Ia hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh.


أن يسأله حاجته مثل أن يسأله أن يزيل مرضه، أو مرض دوابه، أو يقضي دينه، أو ينتقم له من عدوه، أو يعافي نفسه وأهله ودوابه، ونحو ذلك مما لا يقدر عليه إلا الله عز وجل: فهذا شرك صريح، يجب أن يستتاب صاحبه فإن تاب وإلا قتل.

Meminta hajatnya seperti memohon disingkirkan penyakitnya, atau penyakit haiwan peliharaannya, dan selain itu, atau demi melangsaikan hutangnya, atau membalas bela atas musuhnya, atau demi kesihatan dirinya, keluarga dan ternakannya, dan selain itu, iaitu memohon kepada yang tiada berkuasa ke atasnya melainkan Allah: Maka ini adalah syirik yang nyata, wajiblah orang itu disuruh bertaubat, jika tidak ia hendaklah dibunuh.

5) Golongan yang berkata bahawa ada wali Allah yang berkuasa dalam kejadian alam dengan berkata: Jadi, maka jadilah (کُن فیکون).

ومن قال: إن أحدا من أولياء الله يقول للشيء: كن فيكون، فإنه يستتاب فإن تاب وإلا قتل.

Barangsiapa yang berkata: Sesungguhnya seorang daripada wali Allah berkata untuk menjadikan sesuatu: Jadi maka jadilah ia. Maka ia hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh. 

6) Golongan yang percaya bahawa ia boleh keluar daripada ketaatan kepada Nabi dalam perkara batin atau zahir.

من اعتقد أنه يجوز له أن يخرج عن طاعة النبي - صلى الله عليه وسلم - وتصديقه في شيء من أموره الباطنة والظاهرة فإنه يجب استتابته فإن تاب وإلا قتل كائنا من كان.

Barangsiapa yang percaya bahawa dibolehkan baginya untuk keluar dari ketaatan terhadap Mabi (s.a.w) dalam perkara batin atau zahir, maka hendaklah ia bertaubat, jika tidak hendaklah dibunuh.

7) Barangsiapa yang menganggap hukum bertaqlid kepada salah seorang para Imam fiqh adalah wajib dan menghalang orang bertaqlid kepada yang lain. 

ومن أوجب تقليد إمام بعينه استتيب، فإن تاب وإلا قتل.

Barangsiapa yang mewajibkan bertaklid kepada imam semata-mata, hendaklah disuruh bertaubat jika tidak ia hendaklah dibunuh.

Demikian juga:

متى اعتقد أنه يجب على الناس اتباع واحد بعينه من هؤلاء الأئمة دون الإمام الآخر فإنه يجب أن يستتاب فإن تاب وإلا قتل.

Tatkala ia percaya bahawa wajib ke atas manusia untuk menuruti satu sahaja daripada kalangan para imam mazhab itu, tidak dengan imam yang lain, maka ia wajib bertaubat. Jika tidak maka ia hendaklah dibunuh.

8) Golongan yang berkata: Barangsiapa yang memberi salam dalam rakaat kedua solat yang empat rakaat kerana terlupa, maka ia mendapat murka Allah. 

ومن قال: إن من سلم في الرباعية من ركعتين ساهيا استوجب غضب الله وأقل ما يجب عليه أن ينزل عليه نار من السماء وتحرقه يستتاب من ذلك القول فإن تاب وإلا قتل.

Barangsiapa yang berkata: Barangsiapa yang tersalam pada rakaat kedua dalam solat empat rakaat kerana terlupa, maka ia mendapat murka Allah, paling kurang ia ia harus diturunkan api ke atasnya dari langit dan membakarnya. Hendaklah ia bertaubat daripada berkata demikian jika mahu bertaubat. Jika tidak, ia hendaklah dibunuh.

Justeru itu:

1) Demikianlah kekerasan fatwa masyhur Ibnu Taimiyah yang menegaskan hukuman bunuh sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya. 

2) Ajaran formalisme dan penentangan taqlid oleh Ibnu Taimiyah bertujuan memperalatkan manusia jahil dengan membuka pintu fanatik seluas-luasnya yang mengambil ilham daripada frasa rangkata yang ekstrem. Selain itu, ia meminggirkan pandangan-pandangan ulama terdahulu dan menonjolkan fatwanya sendiri. Sementara itu, gelombang fitnah dan pertumpahan darah dalam dunia Islam selama ini berpandukan fatwa-fatwanya.

3) Beragama Islam secara formalisme membawa kepada pembunuhan, takfiri dan fanatik. Ia mempunyai ajaran, guru dan dan rujukan yang sentiasa dahagakan darah. Hingga kini ia telah mengorbankan banyak jiwa dan akan memakan korban, serta mengancam keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment