Monday, May 18, 2020
Justifikasi Ibnu Taimiyah bagi mewajarkan pembunuh Ali bin Abī Tālib (a.s).
Salah satu ajaran Ibnu Taimiyah yang bertentangan dengan Islam dan pandangan para ulama Sunni ialah membenci Ali bin Abī Tālib (a.s) dengan memuji pembunuhnya, iaitu Abdul Rahman ibnu Muljam. Inilah kriteria yang kebudak-budakan dalam kefanatikan terhadap para musuh Ahlul Bait.
Sebelum Ibnu Taimiyah, terlebih dahulu Ibnu Hazm menulis pembelaan terhadap Abdul Rahman:
وَلَا خِلَافَ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ الْأُمَّةِ فِي أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مُلْجَمٍ لَمْ يَقْتُلْ عَلِيًّا - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - إلَّا مُتَأَوِّلًا مُجْتَهِدًا مُقَدِّرًا أَنَّهُ عَلَى صَوَابٍ [1]
"Tiada perselisihan seorang pun daripada umat berkenaan Abdul Rahman bin Muljam tidak pernah membunuh Ali melainkan secara takwil dan ijtihad."
Ibnu Taimiyah juga menulis demikian:
والذي قتل عليّاً كان يصلّي ويصوم ويقرأ القرآن ، وقتله معتقداً أنّ اللّه ورسوله يحبّ قتل عليّ، وفعل ذلك محبّة للّه ورسوله في زعمه، وإن كان في ذلك ضالاًّ مبتدعاً
"Yang membunuh Ali itu orang yang solat, berpuasa dan mengaji al-Qur'ān. Ia membunuh Ali kerana percaya bahawa Allah dan RasulNya mengasihi pembunuhan Ali. Ia melakukan demikian kerana cinta kepada Allah dan RasulNya dalam kepercayaannya, walaupun demikian itu sesat dan bid'ah." [2]
Ibnu Taimiyah amat bersimpati dan kasihan dengan pembunuh Ali dengan menyatakan:
قتله واحد منهم وهو عبدالرحمن بن ملجم المرادي مع كونه كان من أعبد الناس وأهل العلم .
"Ali membunuh (Qisas) salah seorang daripada mereka, iaitu Abdul Rahman bin Muljam al-Muradi padahal ia merupakan salah seorang yang paling kuat beribadat dan ilmuan. [3]
Semua ungkapan itu adalah pembelaan terhadap Abdul Rahman sedangkan ia bertentangan dengan Sunnah. Nabi (s.a.w) mengisyaratkan Abdul Rahman sebagai sejahat-jahat manusia:
قال علي(عليه السلام) : « أخبرني الصادق المصدّق أنّي لا أموت حتى أضرب على هذه ، وأشار إلى مقدّم رأسه الأيسر فتخضب هذه منها بدم، وأخذ بلحيته وقال لي: يقتلك أشقى هذه الأمّة كما عقر ناقة اللّه أشقى بني فلان من ثمود» .
Ali bin Abī Tālib (a.s) berkata: Aku telah dikabar oleh yang amat benar lagi dibenarkan (Nabi s.a.w), bahawa aku tiada mati sehingga aku ditetak di atas sini. Beliau menunjukkan ke atas kepalanya bahagian kiri, maka ia akan berlumuran darah. Sambil memegang janggutnya baginda berkata kepadaku: Sejahat-jahat manusia di kalangan umat ini membunuhmu sebagaimana sejahat-jahat bani fulān kaum Tsamūd membunuh unta Allah" [4]
Ibnu Hajar al-Haythamī menukilkan riwayat tersebut dan menulis:
رواه الطبراني وأبو يعلى وفيه رشدين بن سعد وقد وثّق ، وبقيّة رجاله ثقات.
"Diriwayatkan oleh al-Tabrāni dan Abū Ya'lā. Di dalamnya terdapat Rusdīn bin Sa'ad dan ia perawi dipercaya. Yang lain pula adalah rijal yang tsiqah."
Beliau menulis riwayat yang hampir sama dan menulis:
رواه أحمد والطبراني والبزّار باختصار، ورجال الجميع موثّقون .
"Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrānī dan al-Bazzār secara ringkas, seluruh rijāl dapat dipercaya". [5]
Jelas dari Sunnah Nabi bahawa kedua-dua tokoh Salafi Wahhabi mahupun Salafi Jihadi iaitu Ibnu Hazm dan Ibnu Taimiyah berniat jahat terhadap Ali bin Abī Tālib (a.s).
Ada tokoh Sunni sejati tidak berdiam diri dengan pendirian Ibnu Hazm ini lalu memberi jawapan yang jelas lagi tepat:
«وَأَمَّا مَا ذَكَرَهُ مِنْ أَمْرِ ابْن مُلْجَمٍ فِي تَأْوِيلِهِ فَهُوَ كَمَا قَالَ، وَبَالَغَ ابْنُ حَزْمٍ فَقَالَ: لَا خِلَافَ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ الْأَئِمَّةِ فِي أَنَّ ابْنَ مُلْجَمٍ قَتَلَ عَلِيًّا مُتَأَوِّلًا مُجْتَهِدًا مُقَدِّرًا أَنَّهُ عَلَى الصَّوَابِ ، كَذَا قَالَ، وَهَذَا الْكَلَامُ لَا خِلَافَ فِي بُطْلَانِهِ، إلَّا إنْ حُمِلَ عَلَى أَنَّهُ كَذَلِكَ كَانَ عِنْدَ نَفْسِهِ، فَنَعَمْ، وَإِلَّا فَلَمْ يَكُنْ ابْنُ مُلْجَمٍ قَطُّ مِنْ أَهْلِ الِاجْتِهَادِ وَلَا كَادَ ، وَإِنَّمَا كَانَ مِنْ جُمْلَةِ الْخَوَارِجِ».
"Adapun apa yang disebutnya tentang Ibnu Muljam dalam bertakwil, sehingga Ibnu Hazm berkata: Tiada perselisihan seorang pun daripada kalangan umat berkenaan Abdul Rahman bin Muljam yang membunuh Ali secara takwil dan berijtihad yang patut sedaya upaya. Demikianlah katanya. Kata-kata ini adalah batal tanpa diperselisih, melainkan ia hanyalah pandangan peribadi sendiri. Memang benar, Abdul Rahman bin Muljam bukanlah seorang ahli ijtihad. Ia hanya daripada golongan Khawārij".[6]
Justeru itu..
Ibnu Taimiyah dan agamawan sepertinya mempunyai method dalam membela kejahatan dengan kebencian terhadap Ahlul Bait secara terselubung. Cara berfikir penyokong Bani Umayyah ini disebut oleh tokoh Sunni, Ibnu Rajab al-Hanbali sebagai (التعيير) dalam kitabnya berjudul (الفرق بين النصيحة والتعيير لابن رجب). Inilah dia golongan Nawasib/Nasibi di zaman ini. Boleh jadi secara zahir mengaku cinta Ahlul Bait namun batin mereka diam-diam menghina.
[1] . ابن حزم اندلسی،علی بن احمد، ناشر: دارالفکر، بیروت، بی تا، ج 11، ص 130.
[2] منهاج السنة ، ج 1 ، ص153.
[3] منهاج السنّة ، ج 5 ، ص47
[4] مسند أبي يعلى ، ج 1 ، ص431 و المعجم الكبير ، الطبراني ، ج 8 ، ص38 و كنز العمّال ، المتقي الهندي ، ج 13 ، ص192 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 42 ، ص543 .
[5] مجمع الزوائد ، ج 9 ، ص136
[6]ابن حجر عسقلانی، التلخیص الحبیر، تحقیق: حسن بن عباس بن قطب، ناشر: موسسة فرطبة، مصر، چاپ اول، 1416ه.ق. ج 4، ص87
Labels:
Nasibi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment