Saturday, December 7, 2019

Kritik kesilapan Dr Rozaimi Ramlee tentang perawi hadis Rafidah dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

Sandaran Dr Rozaimi terhadap tulisan Ibnu Hajar Asqalani masih boleh dibahaskan lagi.

Ulama hadis Sunni cuba membezakan antara takrif Syiah dan Rafidah iaitu:

1. Perawi yang dilabel Syiah, semata-mata kerana mencintai Ali tanpa melebihkan Ali ke atas 3 orang pemegang tampuk kekhalifahan itu.

Tidak diketahui sejak bila label ini sudah pupus dari atas muka bumi. Golongan ini termasuklah daripada Sufi Sunni, habā'ib dan pengikut tarikat-tarikat.

2. Perawi hadis rafidah ialah mereka yang menolak kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman. Ada kalanya Syiah disebut sebagai "Syiah tanpa rafd" (شيعي لا رافضي) iaitu perawi hanyalah mencintai Ali semata-mata, tanpa ciri Rafidah sedikitpun. Ibnu Taimiyah beberapa kali menyebut al-Rāfidhah al-Imāmiyyah (الرافضة الامامية) di dalam kitabnya.

Percubaan itu bertujuan menafikan terdapat perawi hadis Syiah dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Namun hakikatnya perawi hadis Rafidah masih wujud dalam kedua-dua kitab tersebut.

Rujuk: https://sunnah-sejati.blogspot.com/2019/10/perawi-hadis-syiah-dalam-sahih-al.html?m=1

Justeru itu, label Syiah Rafidhah masih relevan sebagai perawi hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sekaligus menolak tohmahan Dr Rozaimi.

Namun sejauh mana kebenaran label ini masih diperselisihkan kerana iman di lidah boleh dirahsiakan, namun dalam hati siapa yang tahu?

Melabel seseorang individu sebagai Syiah adalah biasa dalam kecaman agama, Syiahfobia, Iranfobia dan konspy politik, walaupun tidak masuk akal. Misalannya:

1. Syair Imam Shafi'i membayangkan kecintaan terhadap Ahlul Bait boleh dilabel sebagai Rafidah. (Rujuk syair terkenal beliau tentang kecintaan terhadap Ahlul Bait)

2. Imam Nasa'i dituduh mempunyai sedikit Syiah. (فيه قليل تشيع وانحراف عن خصوم الإمام علي كمعاوية وعمرو، والله يسامحه)

3. Hakim Nishaburi dituduh Rafidah yang jahat (رافضي خبيث) kerana mengiktiraf hadis burung dan menyimpang dari Muawiyah (وكان منحرفا غاليا عن معاوية وعن أهل بيته).


4. Wahhabi Dr Asri Zainulabidin menuduh Dr. Hasan al-Saqqaf sebagai Syiah kerana mengkritik sahabat Nabi termasuk Muawiyah dan memerangi Wahhabi.

Lihat: Awasi Syiah Berbaju Sunni, Hasan Saqqaf dan para pengikutnya. Mereka berpura-pura Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menuduh orang lain wahabi... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153777457617990&id=279290772989
Lihat juga Hasan al-Saqqaf mengkritik Muawiyah:
https://youtu.be/8YpW3iSnhdU

5. Sewenang-wenangnya seseorang itu boleh dilabel Syiah. Artis Fyn Jamal juga dituduh Syiah kerana penampilannya sering berpakaian hitam.

Lihat: https://www.hmetro.com.my/node/111021

6. Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay dituduh Syiah sebagai isyarat darahnya halal ditumpahkan. Ini disebabkan Dato' Ayob telah berusaha menangkap para militan IS.

https://youtu.be/t4cExsAMYWA

Demikianlah juga pernyataan prof Farid:

Anti-Shiite authorities partly responsible for Malaysians joining IS? NUS
academic asks

https://themalaymailonline.wordpress.com/2015/12/06/anti-shiite-authorities-partly-responsible-for-
malaysians-joining-is-nus-academic-asks/

Justeru itu Syiahfobia telah diperalat untuk menyubur perkembangan militan Melayu.

7. Pada tahun 1543, Raja Turki Uthmaniyyah bernama Rustam Pasha melancarkan kempen anti Syiah sebagai alasan untuk menyerang Iran. Rujukan:

(شهبازی، عبدالله(1377)، زرسالاران یهودی و پارسی، استعمار بریتانیا و ایران، تهران: مؤسسه مطالعات و پژوهش های سیاسی- ج4، ص 304)

Justeru itu, tuduhan seseorang itu sebagai Syiah kadangkala tidak lebih dari retorik semata-mata.

Sumber rujukan dan perbendaharaan ilmu pengetahuan Sunni tidak dapat dipisahkan daripada Syiah Rafidah. Ini disebabkan masih ada perawi hadis Rafidah dalam Sahihayn.

Terdapat individu yang sengaja dituduh Syiah. Antaranya ialah Imam Nasa'i dan Hakim Nishaburi, padahal mereka adalah ulama Sunni. Perbuatan tuduh menuduh ini tidak beramanah dan menyalahi etika.

Perawi yang dituduh Syiah itu samada beraliran madrasah sahābah (Sunni)  atau benar-benar Syiah Ali/Rafidah. Selagi belum jelas pendirian tentang Shaykhayn, maka selalunya masih dianggap Sunni. Para pengkaji boleh menyemak kitab rijal Syiah bagi menyelidik perawi hadis Sunni yang sebenar-benar diakui oleh Syiah sebagai Syiah.

Bai'at kepada Abu Bakar dan Umar tidak lagi menjadi ukuran untuk diterima sebagai perawi tsiqah oleh Imam Bukhari dan imam Muslim.

Taksub kepada Bani Umayyah adalah punca memisahkan istilah Rafidah daripada Syiah. Golongan pengikut Bani Umayyah ini wujud dan disebut oleh ulama Sunni sebagai Syiah Uthman yang majoritinya adalah Nasibi.

No comments:

Post a Comment