Wednesday, November 27, 2019

Tuduhan Dr. Rozaimi [1]: Syiah tidak mengiktiraf kitab hadis Ahlusunnah.

Siri menjawab tuduhan Dr. Rozaimi terhadap Syiah [1].



Tuduhan Dr. Rozaimi:

Tetapi perbezaan ini akhirnya berkembang menjadi mazhab akidah. Perbezaan antara Sunni dan Syiah terutama Syiah Imamiah (Syiah di Iran) di zaman ini adalah isu akidah. Paling mudah untuk dilihat ialah apabila syiah tidak mengiktiraf kitab hadis induk Sunni. Menurut mereka hadis yang diterima hanya boleh diterima apabila ia datang daripada Ahli Bayt.

Jawapan:

1) Tidak mengiktiraf kitab induk hadis Sunni bukan bermakna terlalu berbeza akidah. Secara umumnya, topik akidah yang besar ialah 1. keesaan Allah 2. kenabian Nabi Muhammad dan 3. hari kiamat.

Tidakkah akidah dr Rozaimi sendiri berbeza dengan Sunni sehingga digelar Wahhabi? (akan dibahas lagi).

Untuk apa Dr. Rozaimi memaksa Syiah menerima kitab induk Sunni? Apakah Sunni pernah mengiktiraf kitab induk Syiah sehingga menyebabkan Syiah wajib mengiktiraf kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim?

2) Memang benar Ahlul Bayt adalah rujukan utama Syiah dan perkara ini menepati perintah Rasulullah (s.a.w) menurut hadis masyhur yang menjadi pegangan Ahlisunnah sendiri. Salah satu hadis tersebut adalah seperti berikut:

“ إني تارك فيكم خليفتين: كتاب الله حبل ممدود ما بين السماء والأرض، وعترتي أهل بيتي وأنهما لن يتفرقا حتى يردا عليَّ الحوض “

Nabi (s.a.w) bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua khalifah iaitu kitab Allah, tali yang bersambung antara langit dan bumi, serta Ahlul Baitku, sesungguhnya kedua-duanya tidak terpisah sehingga bertemu denganku di telaga Hawdh. - Jami' al-Saghir, Nasiruddin aal-Albani, muka surat 482.

Sebaliknya Ahlusunnah berpegang dengan Sunnah yang secara zahirnya berpandu kepada hadis mawdhu' (rekaan): Aku tinggalkan dua perkara, al-Qur'an dan Sunnah.

Dr. Hasan al-Saqqaf, ulama Sunni Jordan yang masyhur menulis:



وأما حديث " تركت فيكم ما إن تمسكتم بهما لن تضلوا بعدي أبدا كتاب الله وسنتي " الذي يردده الناس فيما بينهم ويقوله الخطباء على المنابر فحديث موضوع مكذوب وضعه الأمويون وأتباعهم ليصرفوا الناس عن هذا الحديث الصحيح

Adapun hadis: "Aku tinggalkan pada kamu selama berpegang kepada keduanya tidak akan sesat buat selama-lamanya setelah aku, iaitu kitab Allah dan Sunnahku", iaitu hadis yang beredar di kalangan manusia dan diucap oleh tok khatib di atas minbar-minbar adalah hadis palsu, dusta, dicipta oleh golongan Bani Umayyah dan para pengikutnya demi menyimpangkan masyarakat dari hadis yang sahih ini (Kitab Allah dan Ahlul Bayt).

Menurut Ibnu Taimiyah, tidak ada seorang imam mazhab empat merujuk pada Ali bin Abi Talib:

قال الرافضي و في الفقه الفقهاء يرجعون إليه ‫‏‬الجواب أن هذا كذب بين فليس في الأئمة الأربعة و لا غيرهم من أئمة الفقهاء من يرجع إليه في فقهه

Telah berkata al-Rāfidah: Dalam bidang fiqah, fuqahā merujuk kepada Ali. Jawabnya: Ini adalah pembohongan yang nyata. Tiada seorang pun imam fiqah yang merujuk kepada Ali dalam fiqahnya.
Justeru itu, Ahlusunnah kurang merujuk kepada Ahlul Bait (a.s).Menurut Syiah, rujukan yang sahih dalam Islam ialah Al-Qur'an dan Ahlul Bayt. Justeru itu, pilihan Syiah untuk berpegang dengan Ahlul Bait adalah menepati perintah Rasulullah (s.a.w).

3) Adapun kitab induk Ahlusunnah seperti Sahih al-Bukhari memiliki masalah walaupun Sunni menganggapnya sahih dari segi matan dan sanad. Misalannya Sahih al-Bukhari meriwayatkan hadis yang amat sedikit daripada Ahlul Bayt. Hasil pencarian dalam maktabah al-Shamilah:

⚫Daripada Alib Abi Talib: (عَنْ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ) = lima hadis sahaja
⚫Daripada Fatimah(a.s) (عَنْ فَاطِمَةَ - عَلَيْهَا السَّلاَمُ -) = satu hadis
⚫Daripada Husain (a.s) (عَنْ حُسَيْنِ) = tiada Hadis

Sedangkan hadis yang diriwayat daripada Abu Hurairah (عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه -) sebanyak 831 hadis. Ini bererti Sunni lebih mementingkan sahabat berbanding Ahlul Bait dalam pegangan.

Cendiakawan Sunni turut membahaskan kenapa Imam Bukhari tidak meriwayatkan hadis daripada Imam Jaafar al-Sadiq (a.s):

Oleh krena itu mereka merasa ketjewa terhadap Buchari sebagai imam Hadis terbesar tidak memasukkan hadis ini kedalam kitab sahihnja, dan banjak menghilangkan hadis-hadis Ahlil Bait jang tidak disebut dalam karangannja. Banjak orang Sji'ah mengetjam Imam Buchari ini dalam kitab-kitabnja untuk menundjukkan sikapnja jang berat sebelah, dan mengemukakan "sunnati" lebih banjak daripada "itrati", tetapi saja menjangka, bahwa Imam Buchari karena itu tidak untuk memperketjilkan arti Ahlil Bait, tetapi sebab alasan-alasan jang lain. Kita ketahui ulama-ulama jang banjak memudji-mudji keturunan Ali dalam masa Abbasijah segera ditjap pro Alawijjin, ditahan dan dihukum. Oleh karena itu banjak ulama-ulama dan pengarang-pengarang dalam masa itu untuk keselamatan dirinja dan karangannja, menghindaikan hal-hal jang dapat membawa kepada tuduhan sematjam itu. (S J I ' A H RASIONALISME DALAM ISLAM, Professor Dr. Haji ABOE BAKAR ATJEH, Jajasan Penjelidikan Islam Djakarta, 1965, halaman 123).

Antara masalah lain Sahih al-Bukhari ialah:

  1. Imam Bukhari mencuri kitab al-'Ilal daripada gurunya bernama 'Ali al-Madani dan menukar judul sebagai al-Sahih.
  2. Terdapat nama anak murid Imam al-Bukhari sebagai perawi hadis, iaitu Muhammad bin Yusuf al-Firbiri yang meriwayatkan hadis daripada Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Justeru itu, kitab ini adalah kitab anak murid Bukhari, bukan imam Bukhari sendiri.
  3. Pengakuan para ulama Sunni menokok tambah hadis dalam Sahih al-Bukhari.
  4. Terdapat fakta penyelewengan (tahrif) dalam kitab Sahih al-Bukhari.
  5. Terdapat kitab Sunni yang mempertikai kitab Sahih al-Bukhari samada dari segi matan mahupun sanad.


4) Selain itu, Syiah mempunyai kaedah tersendiri seperti tidak menerima hadis daripada golongan musuh Ahlul Bait dan golongan munafik sebagaimana Ahlusunnah. Firman Allah:

وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Dan Allah bersaksi sesungguhnya golongan munafik adalah pendusta. (Surah al-Munafiqun ayat 1)

Namun kitab Sahih al-Bukhari menerima hadis daripada perawi Hariz bin Usman yang melaknat Ali siang dan malam:

وقال ابن حبان: كان يلعن عليّاً بالغداة سبعين مرة، وبالعشي سبعين مرة، فقيل له في ذلك، فقال: هو القاطع رؤوس آبائي وأجدادي.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل (متوفاي852هـ) تهذيب التهذيب، ج 2، ص 209، ناشر: دار الفكر - بيروت، الطبعة: الأولي، 1404هـ - 1984م.

Ibnu Hibban berkata: Hariz bin Usman melaknat Ali setiap pagi dan malam 70 kali. Ditanya mengapa? Dia menjawab: Ali telah memotong kepala ayah dan datukku. 

Oleh kerana pembenci Ali adalah munafik (rujuk Sahih Muslim) maka Syiah tidak akan mengambil hadis daripada pendusta.

5) Meskipun demikian ada perbahasan bahawa para ulama kami membuat justifikasi sekiranya hadis di dalam kitab Syiah berasal daripada kitab Sunni. Penelitiannya masih boleh diusahakan. Dalam satu persidangan perpaduan Islam, 62 kitab persamaan hadis Sunni dan Syiah karya Ayatullah Akhtari, Ayatullah Araki dan lain-lain dipamerkan. (rujukan - portal)

Kesimpulan
Dapatlah disimpulkan Syiah menggunakan kaedahnya sendiri untuk menentukan referensi agama sedangkan Sunni menggunakan kaedah berlainan. Ke-dua mazhab ini harus saling menghormati antara satu sama lain. Sunni tidak boleh memaksa Syiah mengikuti kaedah mereka begitulah juga sebaliknya.

No comments:

Post a Comment