Monday, October 21, 2019

Perawi hadis Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim

Betapa tragiknya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Syiah sehingga tidak akan bertoleransi terhadap mazhab ini, dalih kononnya mereka tidak ingin akidah dan keselamatan diancam, lalu majlis tertutup diganggu dan pengikutnya diangkut ke dalam lori, telefon bimbit dirampas secara paksa.




Aksi Sunni terhadap pengikut mazhab yang berjumlah sedikit ini harus dijadikan tatapan kita bahawa sedikit hari nanti, pengarah JAIS sepatutnya cerminkan wajahnya sendiri, kalau bukan kerana jasa para pengikut Syiah, dari mana kamu akan ambil sumber agama?

Abu Bakar, Umar dan Usman sudah memulakan tindakan terhadap ancaman akidah madrasah sahabah dengan melancarkan gerakan pembakaran hadis-hadis dengan berbagai alasan seperti "Cukuplah bagi kita Kitab Allah". Akibatnya banyak hadis telah lenyap dan ulama Sunni mengaku terpaksa mengambil hadis dari golongan Syiah.


التشيع، أو كالتشيع بلا غلو، ولا تحرق ، فهذا كثير في التابعين وتابعيهم مع الدين والورع والصدق ،
فلو رد حديث هؤلاء لذهب جملة من الآثار النبوية، وهذه مفسدة بينة.
 ميزان الاعتدال - الذهبي - ج ١ - الصفحة ٥


"Syiah, atau seperti Syiah tidak melampau, tidak ekstrem, maka golongan ini ramai di kalangan tabi'in dan pengikut tabi'in beserta agama, warak dan benar. Jika ditolak hadis mereka, nescaya hilang sejumlah kesan kenabian, dan ini adalah kerosakan yang nyata" (Mizan al-I'tidal, al-Dzahabi, jilid 1 muka surat 5)

Gerakan merekod hadis bermula sejak pemerintahan Umar bin Abdul Aziz iaitu tahun 99 Hijrah (Tadrib al-Rawi, jilid 1, muka surat 90), iaitu setelah beribu-ribu sahabat Nabi meninggal dunia atau terkorban dalam beberapa siri peperangan dalaman. 

Syiah yang sudah wujud sejak zaman Rasulullah (baca artikel saya: Daftar nama-nama Syiah di kalangan sahabat Nabi) sudah dikenal mengangkat Ali bin Abi Talib sebagai sahabat Nabi paling afdhal, bahkan mereka memiliki masjid sendiri:

 عدى بن ثابت [ ع ] عالم الشيعة وصادقهم وقاصهم وإمام مسجدهم، ولو كانت الشيعة مثله لقل شرهم.

Adi bin Tsabit, ulama Syiah, yang benar di kalangan mereka, perawi dan imam masjid mereka, jika Syiah sepertinya, nescaya kuranglah kejahatan mereka (Mizan al-I'tidal oleh Dzahabi)

*Beberapa perawi hadis Syiah dalam kitab Sahih al-Bukhari atau Muslim*


1. Abbad bin Ya'qub al-Rawajidi al-Kufi



عباد بن يعقوب الرواجني الكوفي أبو سعيد رافضي مشهور إلا أنه كان صدوقا وثقة أبو حاتم وقال الحاكم كان بن خزيمة إذا حدث عنه يقول حدثنا الثقة في روايته المتهم في رأيه عباد بن يعقوب وقال بن حبان كان رافضيا داعية وقال صالح بن محمد كان يشتم عثمان رضي الله عنه قلت روى عنه البخاري في كتاب التوحيد حديثا واحد


Abbad bin Ya'qub al-Rawajidi al-Kufi, Abu Sa'id, seorang rafidah yang masyhur, ditsiqahkan oleh Abu Hatim, berkata al-Hakim, berkata ibnu Khuzaimah tatkala meriwayatkan hadis daripadanya denbgan berkata "telah bercerita kepada kami al-tsiqah".... berkata Soleh bin Muhammad, beliau mencela Usman r.a. Aku berkata, telah diriwayatkan daripadanya oleh al-Bukhari di dalam kitab al-Tawhid sebuah hadis (Hadyu Sari, muka surat 1093).


الشيخ العالم الصدوق ، محدث الشيعة ، أبو سعيد عباد بن يعقوب الأسدي الرواجني الكوفي المبتدع.....
 .روى عنه : البخاري حديثا...
 وقال ابن عدي : فيه غلو في التشيع .

Al-Shaykh yang alim, amat benar berkata, perawi hadis Syiah, Abu Sa'id Abbad bin Ya'qub al-Asadi al-Rawajini al-Kufi, seorang ahli bid'ah, al-Bukhari meriwayatkan satu hadis daripadanya, berkata ibnu 'Adi: Padanya Syiah yang hangit.
(Siyar A'lam al-Nubala, jilid 11 muka surat 536)

Demikianlah juga tercatat di dalam kitab Tahdzib al-Tahdzib seperti dalam scan kitab berikut:



... berkata Abu Hatim: Sheikh tsiqah... Ibnu Adi berkata:... dia mencerca golongan salaf... berkata Ibnu Adi: Abbad amat pekat Syiah.. berkata Soleh bin Muhammad: dia mencerca Uthman... (Tahdzib al-Tahdzib, jilid 2, muka surat 285)


2. Amru bin Hammad bin Talhah (perawi hadis Sahih Muslim)

عمرو بن حماد [م، د، س] بن طلحة. روى عنه مسلم حديثا واحدا عن أسباط بن نصر. وهو صدوق إن شاء الله، فقد قال ابن معين، وأبو حاتم: صدوق. وقال مطين: ثقة، لكن قال أبو داود: كان عمرو بن حماد القناد من الرافضة.


 ِAmru bin Hammad bin Talhah, Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripadanya, beliau seorang yang berkata benar, inshaAllah, Ibnu Ma'in dan Abu Hatim berkata: Mutayyan berkata:  beliau seorang yang dapat dipercaya, akan tetapi Abu Daud berkata: Amru bin Hammad al-Qannad daripada golongan Rafidah (Mizan al-I'tidal, jilid 3 muka surat 255).

3. Ya'qub bin Sufyan


وقال يعقوب بن سفيان شيعي وإن قال قائل رافضي لم أنكر عليه
Telah berkata bahawa Ya'qūb bin Sufyān seorang Syiah. Sekiranya seseorang Rafidhah berkata, maka aku tidak akan memungkirinya.

4. Adī bin Tsābit

Dzahabi dalam kitab Mizān al-I'tidāl, jilid 3, muka surat 62, 

عدى بن ثابت قال ابو حاتم صدوق وقال ابن معين شيعى مفرط وقال الدارقطنى رافضى غال وهو ثيقة

Adī bin Tsābit, telah berkata Abū Hātim beliau amat dipercaya, berkata Ibnu Ma'īn beliau seorang Syiah yang ekstrem. Berkata Dārqatnī, brliau seorang Rafidhah yang kental dan dan seorang yang tsiqah.

Justeru itu, golongan Syiah tidak dapat dipisahkan daripada golongan Muslim kerana Sunni amat memerlukan hadis daripada Syiah.

Soal klasifilasi antara Rafidah dan Syiah adalah mengarut kerana tiada jaminan golongan Syiah itu bukan Rafidah. Ini disebabkan imam-imam Sunni terlalu mudah dicap sebagai Syiah kerana menyintai Ahlul Bait atau menyimpang dari Muawiyah. 

Imam Nasa'i pernah dituduh sebagai Syiah dan mati dibelasah kerana tidak meriwayatkan hadis tentang keutamaan Muawiyah. Hakim Nishaburi juga seorang ulama Sunni digelar Rafidah yang jahat. Padahal kedua-dua mereka adalah pengarang kitab hadis Ahlusunnah dan tiada kaitan dengan Syiah.

No comments:

Post a Comment