Monday, July 23, 2018

Imām Mūsā al-Kāzim berbicara dalam bahasa Parsi


‍ 💠 Imam Mūsā bin Ja'far berbicara bahasa Parsi

Dalam catatan kitab al-Kāfī, Imam Mūsā al-Kāzim bercakap dalam bahasa Parsi dan keterangan jelas di sini ialah kemestian bagi para imam berbicara dalam semua bahasa. Jika tidak maka ia bukan imām maksum.
Shaykh Kulaynī menukilkan riwayat:
🔹أحمد بن مهران ، عن محمد بن علي ، عن أبي بصير قال : قلت لأبي الحسن عليه السلام : جعلت فداك بم يعرف الامام ؟ قال : فقال : بخصال : أما أولها فإنه بشئ قد تقدم من أبيه فيه بإشارة إليه لتكون عليهم حجة ويسأل فيجيب وإن سكت عنه ابتدأ ويخبر بما في غد ويكلم الناس بكل لسان ، ثم قال لي : يا أبا محمد أعطيك علامة قبل أن تقوم فلم ألبث أن دخل علينا رجل من أهل خراسان ، فكلمه الخراساني بالعربية فأجابه أبو الحسن عليه السلام بالفارسية فقال له الخراساني : والله جعلت فداك ما منعني أن أكلمك بالخراسانية غير أني ظننت أنك لا تحسنها ، فقال : سبحان الله إذا كنت لا أحسن أجيبك فما فضلي عليك ثم قال لي : يا أبا محمد إن الامام لا يخفى عليه كلام أحد من الناس ولا طير ولا بهيمة ولا شئ فيه الروح ، فمن لم يكن هذه الخصال فيه فليس هو بإمام .
📚الاصول من الكافی، ج ۱، ص ۲۸۵

Abū Nasīr meriwayatkan bahawa: Aku pernah bertanya kepada imām Mūsā al-Kāzim (a.s): Semoga jiwaku menjadi tebusanmu, apa yang dapat dikenal pada imām? Beliau menjawab: Dengan karakteristik. Adapun yang pertama ialah isyarat (imāmah) daripada ayahnya (imām sebelumnya) bahawa beliau menjadi hujjah. Beliau menjawab apa sahaja apabila ditanya, sekiranya di peringkat awal tidak ditanya, beliau akan memulakan bicara. Beliau bercakap tentang apa yang terjadi pada masa depan. Beliau berbicara dengan semua bahasa. Wahai Abā Muhammad, sebelum engkau bangun, akan aku tunjukkan sesuatu. Tiada berapa ketika setelah itu seorang lelaki dari Khurasan datang kepada imām dan bercakap dalam bahasa Arab. Namun Imām al-Kāzim (a.s) menjawab dalam bahasa Parsi. Berkatalah orang Khurasan: Demi Allah, jiwaku menjadi tebusanmu, tiadalah menyebabkan aku tidak bercakap bahasa Khurasan denganmu melainkan aku menyangka engkau tidak cekap. Imām menjawab: Subhānallāh, sekiranya aku tidak cekap (berbahasa Parsi), maka apakah lagi yang melebihkan aku daripadamu? Setelah itu beliau berkata kepadaku: Wahai Abā Muhammad! Sesungguhnya tiada kalam tersembunyi daripada imām sedikitpun seseorang yang mempunyai roh daripada kalangan manusia, burung, haiwan melata dan apa sahaja. Barangsiapa yang tiada ciri-ciri ini, maka ia bukan imām.

📝 Nota: Penguasaan semua bahasa termasuk dialek vernakularnya merupakan salah satu keutamaan Ahlul Bait a.s.

No comments:

Post a Comment