Monday, July 30, 2018

❗❗Bantahan Ibnu Qayyim al-Jawzī terhadap kisah pengharaman mut'ah dalam perang Khaybar.

❀بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ❀

❗❗Bantahan Ibnu Qayyim al-Jawzī terhadap pengharaman mut'ah dalam perang Khaybar.


💠  Salah satu dalil pengharaman Mut'ah yang sering dikemukakan ialah pengharamannya dalam perang Khaybar. Namun pengharaman ini diragui atas beberapa faktor.
 

✍🏿 Ibnu Qayyim menulis:



🔸 وَلَمْ تُحَرَّمِ الْمُتْعَةُ يَوْمَ خَيْبَرَ

🔹 Tidak pernah diharamkan dalam perang Khaybar.

✍🏻 :

🔶 وَقِصَّةُ خَيْبَرَ لَمْ يَكُنْ فِيهَا الصَّحَابَةُ يَتَمَتَّعُونَ بِالْيَهُودِيَّاتِ، وَلَا اسْتَأْذَنُوا فِي ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَا نَقَلَهُ أَحَدٌ قَطُّ فِي هَذِهِ الْغَزْوَةِ، وَلَا كَانَ لِلْمُتْعَةِ فِيهَا ذِكْرٌ الْبَتَّةَ، لَا فِعْلًا وَلَا تَحْرِيمًا

🔷 Dalam kisah perang Khaybar, tiada sahabat Nabi yang bermut'ah dengan perempuan Yahudi, mereka tidak meminta izin daripada Rasul untuk bermut'ah, tiada juga seorang sahabat pun dilaporkan bermut'ah dalam peperangan ini. Sudah tentu tiada satu pun yang menyebut tentang Mut'ah, tiada perlaksanaan, tiada pengharaman.


📚 کتاب زاد المعاد جلد 3 صفحه 304 و 305


💥 Sebenarnya, tidak hanya ibnu Qayyim sahaja yang menolak kisah pengharaman ini.

🌺 و السلام علیکم و رحمه الله و برکاته 🌺

No comments:

Post a Comment