Salah satu kontroversi yang mengundang implikasi penghinaan terhadap Rasullah ialah tuduhan Aishah menyusukan lelaki dewasa. Perkara ini diakui oleh para pentaksub hadis sahih dari segi persanadan tanpa memikirkannya dari perspektif akal yang sihat.
Tersebutlah di dalam kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir menyatakan bahawa Aishah menyusukan lelaki yang ingin menjadi tetamunya supaya menjadi muhrim.
Jelas perkara ini rekaan semata-mata, penghinaan terehadap Aishah dan Rasulullah, perbuatan yang tidak dilakukan oleh isteri-isteri baginda yang lain.
pihak Wahhabi yang ingin mempertahankan isu ini berkata, maksud menyusukan itu ialah memberi minum susu melalui gelas. Ini juga sebuah pembohongan kerana perkataan menyusukan itu dari segi bahasa Arab ialah secara langsung, bukan dengan gelas. Malah bila pula Aishah mengandung sehingga dapat menghasilkan air susu?

No comments:
Post a Comment