💥 Mempunyai khabar berita tentang langit dan bumi, serta hal ehwal para hamba Allah merupakan salah satu kemestian yang ada pada imām selaku pemimpin, sumber ilmu dan teladan baik, sekaligus menyebabkan kita wajib taat padanya.
Sebuah riwayat dalam kitab Basā'ir al-Darajāt menyatakan:
🍃بصائر الدرجات مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ عَنِ الْبَزَنْطِيِّ عَنْ عَبْدِ الْكَرِيمِ عَنْ سَمَاعَةَ بْنِ سَعْدٍ الْخَثْعَمِيِ أَنَّهُ كَانَ مَعَ الْمُفَضَّلِ عِنْدَ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ علیه السلام فَقَالَ لَهُ الْمُفَضَّلُ جُعِلْتُ فِدَاكَ يَفْرِضُ اللَّهُ طَاعَةَ عَبْدٍ عَلَى الْعِبَادِ ثُمَّ يَحْجُبُ عَنْهُ خَبَرَ السَّمَاءِ قَالَ اللَّهُ أَكْرَمُ وَ أَرْأَفُ بِعِبَادِهِ مِنْ أَنْ يَفْرِضَ عَلَيْهِمْ طَاعَةَ عَبْدٍ يَحْجُبُ عَنْهُ خَبَرَ السَّمَاءِ صَبَاحاً أَوْ مَسَاء.
📙 Samā'ah bin Sa'd al-Khath'āmī meriwayatkan beliau bersama Mufaddal di sisi Abī 'Abdillāh Ja'far al-Sādiq (a.s). Lalu Mufaddal bertanya: Jiwaku adalah tebusanmu, apakah Allah mewajibkan ketaatan hamba-hambaNya pada seseorang hamba lain yang terhalang pengetahuannya tentang khabar berita di langit? Beliau menjawab: Allah terlalu mulia berbanding hambanya untuk mewajibkan mereka menaati seseorang hamba yang terhalang khabar berita di langit, samada pagi mahupun petang.
Maksudnya, maha suci Allah daripada perbuatan memerintahkan hambaNya untuk taat kepada individu yang tidak berpengetahuan walaupun khabar berita di langit. Sebuah riwayat lain menyatakan:
🍃بصائر الدرجات عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنِ الْخَشَّابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُنْدَبٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ إِسْمَاعِيلَ الْأَزْرَقِ قَالَ قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ علیه السلام : إِنَّ اللَّهَ أَحْكَمُ وَ أَكْرَمُ وَ أَجَلُّ وَ أَعْظَمُ وَ أَعْدَلُ مِنْ أَنْ يَحْتَجَّ بِحُجَّةٍ ثُمَّ يُغَيِّبُ عَنْهُ شَيْئاً مِنْ أُمُورِهِم.
📚بحار الأنوار(ط - بيروت)، ج۲۶،ص: ۱۰۹و۱۳۷
Diriwayatkan daripada Alī bin Ismā'īl telah berkata: Abū Abdillāh (a.s) berkata: Sesungguhnya Allah lebih bijaksana, lebih mulia, lebih perkasa, lebih agung, lebih adil dari meletakkan hujjah, kemudian hujjah itu dibiarkan tidak tahu menahu tentang sesuatu dari urusannya.
No comments:
Post a Comment