Monday, March 13, 2017

Saham Mu’allafatul Qulub; Mufti Perlis kembalikan sunnah Rasulullah yang telah dibatalkan Abu Bakar dan Umar



Isu pemberian zakat kepada orang kafir telah membongkar ijtihad tokoh besar Ahlusunnah wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an hasil didikan khalifah pertama, iaitu Abu Bakar. 
Dalam al-Qur'an, Allah (s.w.t) telah mewajibkan saham zakat untuk orang kafir yang hati mereka lunak terhadap Islam:

اِنَّمَا الصَّدَقاتُ لِلْفُقراءِ وَالْمَساكينِ وَالْعامِلينَ عَلَيْها وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى الرِّقابِ وَالْغارِمينَ وَفى سَبى ل اللّهَ وَابْنِ السَّبيلِ فَريضَةً مِنَ اللّهِ وَاللّهُ عَليمٌ حَكيمٌ

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk jalan Allah, dan orang-orang musafir dalam perjalanan. Sebagai satu ketetapan wajib daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. – Al-Tawbah, ayat 60

Nabi (s.a.w) juga telah mengagihkan bahagian zakat ini untuk golongan kafir yang didapati cenderung kepada agama Islam dalam beberapa ṣinf iaitu: Segolongan bangsawan Arab yang telah diberi oleh Nabi (s.a.w) secara khusus sehingga masuk islam. Sebahagian lain ialah golongan yang masuk Islam tetapi iman mereka sangat rapuh maka zakat diberi bagi memenangi hati mereka seperti Abū Sufyān, anaknya Mu‛āwiyyah, ‛Ayyīnah bin Ḥiṣn, al-Aqra‛ bin Ḥābis dan ‛Abbās bin Mirdās. Terdapat juga golongan yang lain seperti kedua-dua golongan ini telah mendapat saham zakat tersebut.

Telah dikatakan bahawa Nabi (s.a.w) telah memberikan satu per enam Khumus dari harta bersih baginda kepada golongan pertama. Sebahagian lain ialah Mu’allafatul Qulūb, iaitu golongan yang tertarik untuk berperang dengan golongan kuffār setelah diberikan kadar zakat.

Nabi (s.a.w) melaksanakan pemberian zakat kepada Mu’allafatul Qulūb sejak penurunan ayat al-Qur’an tersebut sehingga akhir riwayat hidup baginda dan berasaskan ijmā‛ seluruh kelompok Muslim, Nabi (s.a.w) tidak mengizinkan sesiapa pun menghapuskan pemberian saham zakat ini.

Namun, tatkala Abū Bakar memegang tampuk pemerintahan, golongan Mu’allafatul Qulub tampil untuk mengambil saham mereka sebagaimana di zaman Rasulullah (s.a.w). Pada awalnya Abū Bakar telah menulis surat perintah agar saham zakat itu diberikan kepada mereka. Golongan ini kemudian menunjukkan surat perintah itu kepada 'Umar sebagai dokumen sokongan namun ‛Umar mengoyaknya dan berkata:

لَا حَاجَةَ لَنَا بِكُمْ فَقَدْ أَعَزَّ اللَّهُ الْإِسْلَامَ وَأَغْنَى عَنْكُمْ إمَّا أَسْلَمْتُمْ وَإِلَّا فَالسَّيْفُ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

 Kami tidak perlukan kamu. Allah (s.w.t) telah mengagungkan Islam dan tidak memerlukan kamu. Sekiranya kamu masuk Islam sekalipun, kami tidak ada urusan dengan kamu, sekiranya tidak, kami menjawab kamu dengan pedang.”
Lantas mereka kembali kepada Abū Bakar dan bertanya: “Siapakah khalifah? Kamu atau ‛Umar?”
Abū Bakar menjawab: “Bahkan dialah khalifah, sekiranya Allah berkehendak.” Abū Bakar pun menandatangani perintah ‛Umar. [Al-Jawharh al-Niyyarah, Abū Bakr bin Muḥammad al-Ḥaddādī, muka surat Bab Zakāt, muka surat 488]

Salah seorang ulama Uṣūl Fiqh, Muḥammad Ma‛rūf al-Dawālibī di dalam kitab Uṣūl Fiqh, muka surat 239 mengakui terjadinya kes ini dan mengulas ianya sebagai perubahan hukum hakam menurut zaman dan menulis seperti berikut: 

ولعل اجتهاد عمر رضي الله عنه في قطع العطاء الذي جعله القرآن الكريم للمؤلفة قلوبهم كان في مقدمة الأحكام التي قال بها عمر تبعا لتغير المصلحة بتغير الأزمان رغم أن النص القرآني في ذلك الذي لا يزال ثابتا غير منسوخ 

Boleh jadi ijtihad ‛Umar dalam menghentikan pemberian yang telah tersurat dalam al-Qur’an untuk Mu’allafah al-Qulūb di dalam mukadimah hukum hakam yang dikatakan oleh Umar merupakan sebuah perubahan demi maslahat dengan berubahnya zaman, meskipun nas al-Qur’an mengenainya tetap kekal tanpa pemansuhan.

Beliau mengakui kes ‛Umar yang menghapuskan pemberian zakat kepada golongan Mu’allafah al-Qulūb sambil mengesahkan bahawa hukum al-Qur’an sentiasa tetap tidak dimansuh. Justeru itu beliau mengisyaratkan percanggahan ijtihad Abū Bakar dan ‛Umar dengan hukum al-Qur’an. Anda dapat mengamati kata-katanya lagi: 

والخبر في هذا ان الله سبحانه وتعالى فرض في أول الإسلام ، وعندما كان المسلمون ضعافا ، عطاءا يعطي لبعض من يخشى شرهم ويرجى خيرهم تألفا لقلوبهم ، وذلك في جملة من عددهم القرآن لينفق عليهم من أموال بيت المال الخاص بالصدقات . فقال : ِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاء وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ) .

Di awal Islam, Allah (s.w.t) mewajibkan zakat tersebut tatkala komuniti Muslim berada dalam keadaan yang lemah, supaya memikat hati kelompok dikhuatiri akan melakukan kejahatan, dan mengharapkan kebaikan mereka sehingga hati mereka menjadi jinak. Demikianlah antara golongan yang dihitung oleh al-Qur’an secara khusus agar diberi harta Bayt al-Māl, dengan istilah sedekah (zakat). Firman Allah:Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk jalan Allah, dan orang-orang musafir dalam perjalanan.

Demikianlah al-Qur’an menetapkan Mu’allafatul Qulūb sebagai golongan yang perlu dibayar zakat seperti mana kerajaan-kerajaan yang wujud pada hari ini telah menetapkan bahagian perbendaharaan harta untuk golongan tertentu untuk tujuan politik. Tidak mustahil kerajaan-kerajaan seperti Amerika, England dan lain-lain mengadaptasi hukum syariat Islam dengan melancarkan program kemanusiaan kepada negara-negara miskin walaupun mereka tidak memerlukan negara-negara itu semata-mata untuk melunakkan hati manusia terhadap mereka.
Malangnya Dr. Duwālibī cuba sedaya upaya mempertahankan sikap Abū Bakar dan ‛Umar walaupun mengakui al-Qur’an mewajibkannya:

وليس معنى ذلك ان عمر قد أبطل أو عطل نصا قرآنيا ، ولكنه نظر إلى علة النص لا إلى ظاهره ، واعتبر إعطاء المؤلفة قلوبهم معللا بظروف زمنية أي موقتة وتلك هي تألفهم واتقاء شرهم عندما كان الإسلام ضعيفا ، فلما قويت شوكة الإسلام وتغيرت الظروف الداعية للعطاء ، كان من موجبات النص ومن العمل بعلته ان يمنعوا من هذا العطاء

Ia bukanlah bermakna ‛Umar membatalkan atau menangguhkan nas al-Qur’an. Namun ia melihat kepada faktor nas, bukan zahirnya semata-mata. Ia mengesahkan pemberian kepada Mu’allafatul Qulūb tertakluk pada kapasiti zaman yang bertempoh dna demikian itu ialah untuk melunakkan mereka dan mencegah kejahatan mereka ketika Islam masih lemah. Tatkala Islam sudah kuat, maka kapasiti zaman pemberian pun berubah. Ia merupakan sebuah kewajipan berasaskan nas dan amalan pada faktornya telah menyebabkan mereka menghalang pemberian ini.
Bagi menjawab keraguan ini, hendaklah dikatakan bahawa pemberian Mu’allafatul Qulūb ini adalah berbentuk mutlak. Kemutlakan dalam ayat itu adalah jelas tanpa sebarang syubhah. Tidak terdapat sebarang indikasi samada ayat al-Qur’an atau riwayat menunjukkan pemberian itu tertakluk kepada syarat atau faktor tertentu.
Selain itu, sekiranya kita percaya terdapat potensi terjadinya kejahatan Mu’allafatul Qulūb di zaman tertentu dan hati mereka boleh terpikat dengan Islam apabila diberi zakat, maka tidak sepatutnya pengagihan ini dipotong. Bahkan kadangkala dengan kudrat negara Islam, sewajarnya pemberian ini dipertingkatkan lagi. Jikalau harapan kita hanyalah menghilangkan kejahatan mereka, maka pemberian ini tidak boleh dipotong.
Nabi (s.a.w) telah melunakkan hati berbagai asnāf dengan pemberian ini. Seorang dari golongan asnāf masuk Islam boleh menyebabkan kaumnya juga turut memeluk Islam melaluinya. Asnāf lain ialah umat Islam mempunyai iman yang lemah, namun pemberian zakat telah menyebabkan akidah mereka menjadi kukuh. Terdapat juga asnāf yang diberi zakat kerana mencegah kejahatan mereka.

Jikalau kita percaya kepada kejahatan kumpulan ini, hendaklah kita menuruti Rasulullah (s.a.w) dengan memberikan hak zakat kepadanya atau kaumnya yang cenderung kepada Islam, atau juga demi menguatkan iman dan akidah mereka. Sebaik-baik hamba Allah ialah mereka yang menuruti NabiNya.
Lebih-lebih lagi, apabila kuasa Islam telah menakluki musuh-musuh Islam dan mengawal bahaya mereka, namun mereka berpotensi menjadi ancaman kepada komuniti Muslim. Apabila kuasa asing menakluki golongan ini, mereka tidak ada pilihan lain kecuali bergabung dan berkompromi dengan pihak musuh. Ancaman orang kafir terhadap Islam dapat dilihat dalam lembaran sejarah dan ia benar-benar menjadi realiti.

Oleh itu menghapuskan saham zakat kepada golongan ini ketika pemerintah Islam mencapai puncak kekuasaan adalah berpunca dari keangkuhan. Namun al-Qur’an telah mengeluarkan hukum seperti ini daripada Allah Ta‛ālā yang maha bijaksana yang meliputi seluruh tempat dan zaman (sila rujuk kembali surah al-Tawbah, ayat 60).
Perbahasan mengenai Naṣ muṭlaq  dan syaratnya adalah berkaitan dengan kemaslahatan yang berubah ketika zaman silih berganti, dan hukum syariat juga berubah dengan perbezaan zaman. Prinsip ini harus kita bahaskan pada syarat-syarat tertentu. 
Bagi mazhab Ja’fari, secara ijma mengatakan bahawa satu pendapat tidak muktabar dalam peruntukan umum dan  batasan muṭlaq, melainkan terdapat naṣ khusus dalam syariat yang mewajarkannya. Oleh itu, tatkala tidak ada prinsip dalam syariat yang memberikan saksi positif dan negatifnya, maka ia tidak memberi kesan sedikitpun dalam perubahan hukum menurut peredaran zaman atau tempat. Dalam keadaan begini, sama sahaja ketika ada maslahat atau tanpanya. Mazhab Syafie dan Hanafi turut berkongsi pandangan ini. [al-Duwālībī menukilkannya dalam kitab Uṣūl Fiqh].

Selain zakat kepada Muallafatul Qulub, masih banyak lagi kes hukum hakam fikah yang berlum menepati al-Qur'an telah menjadi amalan di negeri-negeri tanah Melayu. Apakah mufti-mufti Melayu sanggup berubah tanpa takut dituduh mengikuti mazhab Syiah Ja'fari?

No comments:

Post a Comment