Komplot pembunuhan Rasulullah yang dilakar oleh para sahabat dalam
pandangan Islam adalah suatu kes yang benar-benar terjadi sebagaimana firman
Allah (s.w.t):
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ ما قالُوا وَ لَقَدْ قالُوا كَلِمَةَ
الْكُفْرِ وَ كَفَرُوا بَعْدَ إِسْلامِهِمْ وَ
هَمُّوا بِما لَمْ يَنالُوا وَ ما نَقَمُوا إِلاَّ أَنْ أَغْناهُمُ
اللَّهُ وَ رَسُولُهُ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنْ يَتُوبُوا يَكُ خَيْراً لَهُمْ وَ إِنْ
يَتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ عَذاباً أَليماً فِي الدُّنْيا وَ الْآخِرَةِ
وَ ما لَهُمْ فِي الْأَرْضِ مِنْ وَلِيٍّ وَ لا نَصيرٍ. التوبه / 74.
Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak berkata, padahal
sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi
kafir sesudah keIslaman, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat
mencapainya (iaitu membunuhmu). Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela
melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari
limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh
kebaikan; dan jika mereka berpaling, Allah akan menyeksa mereka dengan azab
seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak
akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga
yang menjadi penolong.
Kebanyakan para ulama
tafsir Ahlusunnah menghuraikan ayat “وَهَمُّوا
بِما لَمْ يَنالُوا” sebagai sekumpulan manusia yang berhasrat membunuh Rasulullah
dalam perang Tabūk sebagaimana yang ditulis oleh al-Bayhaqī dalam kitab Dalā’il
al-Nubuwwah dan al-Sayūṭī dalam kitab Durr al-Mantsūr:
عن عروة قال رجع رسول الله صلي الله عليه وسلم قافلا من
تبوك إلي المدينة حتي إذا كان ببعض الطريق مكر برسول الله صلي الله عليه وسلم ناس
من أصحابه فتآمروا أن يطرحوه من عقبة في الطريق فلما بلغوا العقبة أرادوا أن
يسلكوها معه فلما غشيهم رسول الله صلي الله عليه وسلم أخبر خبرهم فقال من شاء منكم
أن يأخذ بطن الوادي فإنه أوسع لكم وأخذ رسول الله صلي الله عليه وسلم العقبة وأخذ
الناس ببطن الوادي الا النفر الذين مكروا برسول الله صلي الله عليه وسلم لما
سمعوا ذلك استعدوا وتلثموا وقد هموا بأمر عظيم وأمر رسول الله صلي الله
عليه وسلم حذيفة بن اليمان رضي الله عنه وعمار بن ياسر رضي الله عنه فمشيا معه
مشيا فامر عمارا أن يأخذ بزمام الناقة وأمر حذيفة يسوقها فبينما هم يسيرون إذ
سمعوا وكزة القوم من ورائهم قد غشوه فغضب رسول الله صلي الله عليه وسلم وأمر حذيفة
أن يردهم وأبصر حذيفة رضي الله عنه غضب رسول الله صلي الله عليه وسلم فرجع
ومعه محجن فاستقبل وجوه رواحلهم فضربها ضربا بالمحجن وأبصر
القوم وهم متلثمون لا يشعروا انما ذلك فعل المسافر فرعبهم الله حين
أبصروا حذيفة رضي الله عنه وظنوا ان مكرهم قد ظهر عليه فأسرعوا حتي خالطوا الناس
وأقبل حذيفة رضي الله عنه حتي أدرك رسول الله صلي الله عليه وسلم فلما أدركه قال
اضرب الراحلة يا حذيفة وامش أنت يا عمار فأسرعوا حتي استووا بأعلاها فخرجوا من
العقبة ينتظرون الناس فقال النبي صلي الله عليه وسلم لحذيفة هل عرفت يا حذيفة من
هؤلاء الرهط أحدا قال حذيفة عرفت راحلة فلان وفلان وقال كانت ظلمة الليل وغشيتهم
وهم متلثمون فقال النبي صلي الله عليه وسلم هل علمتم ما كان شأنهم وما أرادوا
قالوا لا والله يا رسول الله قال فإنهم مكروا ليسيروا معي حتي إذا طلعت في
العقبة طرحوني منها قالوا أفلا تأمر بهم يا رسول الله فنضرب أعناقهم قال أكره أن
يتحدث الناس ويقولوا ان محمدا وضع يده في أصحابه فسماهم لهما وقال اكتماهم.
البيهقي، أبي بكر
أحمد بن الحسين بن علي (متوفاي458هـ)، دلائل النبوة، دلائل النبوة ج 5،
ص256، باب رجوع النبي من تبوك وأمره بهدم مسجد الضرار ومكر المنافقين به في
الطريق وعصمة الله تعالي إياه وإطلاعه عليه وما ظهر في ذلك من آثار النبوة، طبق
برنامه الجامع الكبير؛
السيوطي، جلال الدين
عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاي911هـ)، الدر المنثور، ج 4، ص 243، ناشر: دار
الفكر - بيروت - 1993.
Bayhaqī meriwayatkan hadis daripada ‛Urwah yang
berkata: Tatkala rombongan Rasulullah (s.a.w) pulang dari Tābuk menuju kea rah
Madinah, sekumpulan manusia daripada para sahabat bersetuju untuk membuang
Rasulullah (s.a.w) dari tebing di pertengahan jalan. Rasulullah menyedari
pengkhianatan ini dan bersabda: Barangsiapa yang ingin mengambil haluan padang
pasir, maka mereka boleh melakukan demikian kerana jalan itu lebih luas dan
ramai orang boleh melaluinya dengan mudah. Meskipun demikian Rasulullah (s.a.w)
mengambil jalan pendakian. Maka sekumpulan orang melalui jalan padang pasir
kecuali beberapa orang yang berkomlot membunuh Nabi. Apabila orang yang ingin
membunuh Rasulullah mendengarnya, mereka menutupi wajah dan bersedia melakukan
aksi yang besar. Rasulullah mengarahkan Hudzayfah bin Yamān dan ‛Ammar bin
Yāsir mengikuti baginda. Di pertengahan jalan, baginda meminta ‛Ammar untuk
memegang tali kekang unta dan memerintah Ḥudzayfah untuk memimpinnya. Mereka
kemudiannya mendengar jejak langkah kaki gerombolan manusia dari belakang dan
terkepung dengan para munafik. Rasulullah (s.a.w) murka dan memerintahkan
Ḥudzayfah mengusir mereka. Ḥudzayfah pun nampak akan kemarahan Rasulullah
(s.a.w) dan berpatah balik bersama tongkat. Beliau menyerang tunggangan mereka
dan memukul dengan tongkat sekuat-kuatnya sehinga terkena wajah-wajah mereka. Gerombolan
itu menyaksikannya dan kumpulan berwajah litup itu tidak mengira itu adalah
perbuatan musafir. Lantas Allah menaruh kegerunan di hati mereka tatkala
melihat Ḥudzayfah dan menyangka rancangan mereka sudah diketahuinya. Lantas
mereka berpatah balik dan menyusup dalam rombongan sehingga bergabung dengan
umat Islam yang lain. Selepas itu Ḥudzayfah kembali kepada Rasulullah (s.a.w),
baginda memerintahkan: Berangkatlah dan segera keluar dari pendakian. Menunggu
rombongan sampai. Rasulullah (s.a.w) kemudian bertanya: Wahai Ḥudzayfah! Apa
kenalkah engkau akan mereka? Beliau menjawab: Aku mengenal
tunggangan-tunggangan fulan dan fulan, tapi dikeranakan malam, kegelitaan
menyelubungi mereka, dan wajah mereka berlitup, maka aku tidak kenal akan
mereka. Rasulullah (s.a.w) bertanya lagi: Tahukah engkau apakah urusan mereka
dan apa yang mereka inginkan? Beliau menjawab: Tidak demi Allah, wahai
Rasulullah (s.a.w). Baginda bersabda: Mereka ingin menyusuli aku hingga sampai
ke tebing tinggi, lantas mereka akan membuang aku dari situ. Mereka menjawab:
Wahai Rasulullah! Andainya engkau perintahkan nescaya kami bunuh mereka!
Rasulullah (s.a.w) bersabda: Aku tidak suka orang berkata, Muhammad menuduh
para sahabatnya dan membunuh mereka. Lantas Rasulullah (s.a.w) pun menyebutkan
nama-nama mereka dan berkata: Rahsiakanlah.
[Al-bayhaqī, Abī Bakr Aḥmad bin al-Ḥusain bin ‛Alī (meninggal dunia tahun
458 Hijrah), Dalā’il al-Nubuwwah, jilid 5 muka surat 256. Bab Kembalinya Nabi
dari Tabūk dan memerintahkan penghancuran masjid al-Ḍirār, rancangan kaum
munafik di tengah jalan, perlindungan Allah (s.w.t) terhadap baginda, pemberitahuan
kepada baginda, apa yang muncul dari itu adalah kesan kenabian. Software al-Jāmi‛
al-Kabīr; Al-Suyūṭī, Jalāl al-din ‛abd al-Raḥman bin Abī Bakr (meninggal dunia
tahun 911 Hijrah); al-Durr al-Mantsūr, jilid 4 muka surat 243, Dār al-Fikr,
Beirut – 1993]
Namun tidak jelas siapakah individu-individu ini. Sebahagian ulama
Ahlusunnah seperti Ibn Ḥazm al-Andalusī yang merupakan tokoh ilmuan Ahlusunnah
telah membawa nama-nama mereka. Beliau menulis dalam kitab al-Maḥallā:
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَطَلْحَةَ
وَسَعْدَ بن أبي وَقَّاصٍ رضي الله عنهم أَرَادُوا قَتْلَ النبي صلي الله عليه
وسلم وَإِلْقَاءَهُ من الْعَقَبَةِ في تَبُوكَ.
إبن حزم الأندلسي
الظاهري، ابومحمد علي بن أحمد بن سعيد (متوفاي456هـ)، المحلي، ج 11، ص 224،
تحقيق: لجنة إحياء التراث العربي، ناشر: دار الآفاق الجديدة - بيروت؛
و دار الفكر،
توضيحات: طبعة مصححة ومقابلة علي عدة مخطوطات ونسخ معتمدة كما قوبلت علي النسخة
التي حققها الأستاذ الشيخ أحمد محمد شاكر.
Sesungguhnya Abū Bakr, ‛Umar, ‛Utmān dan Ṭalḥah, Sa‛d bin Abī Waqqāṣ ingin
membunuh Nabi (s.a.w) dan melempar baginda dari tebing di Tabūk.
Ibn Ḥazm al-Andalusī al-Ẓāhirī, Abū Muḥammad ‛Alī bin Aḥmad bin Sa‛īd
(wafat tahun 456 Hijrah), al-Maḥallā, jilid 11, muka surat 224, Taḥqīq Lajnah
Iḥyā al-Turāts al-‛Arabī, penerbit Dār al-Āfaq al-Jadīdah – Beirut.
Pertikaian sanad hadis.
Namun, ketika Ibn al-Ḥazm menukilkan hadis ini, beliau hanya mempertikaikan
kewujudan Walid bin ‛Abdullah bin Jamī‛ dalam persanadannya dan menyimpulkan
hadis ini adalah palsu.
Oleh itu, mari kita lihat hakikat Walīd bin ‛Abdullah di sisi ulama rijāl
Ahlusunnah sehingga dapat kita menilai tingkat keilmuan Ibn Ḥazm.
Jika kita meninjau kitab rijāl Ahlusunnah, nescaya kita dapati kebanyakan
ulama Ahlusunnah mentsiqahkan ‛Abdullah bin Jamī‛ dan memanggilnya sebagai
Ṣadūq dan tsiqah. Ibnu Ḥajar al-‛Asqalānī menyatakan:
7459 - الوليد بن عبد الله بن جميع الزهري المكي نزيل
الكوفة صدوق.
تقريب التهذيب، ابن
حجر، ج 2، ص 286، وفات: 852، دراسة وتحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، چاپ: الثانية،
سال چاپ: 1415 - 1995 م، ناشر: دار الكتب العلمية، بيروت، لبنان، توضيحات: طبعة
مقابلة علي نسخة بخط المؤلف وعلي تهذيب التهذيب وتهذيب الكمال.
Al-Walīd bin ‛Abdullah bin Jamī‛ al-Zuhrī al-Makkī, tinggal di Kufah,
seorang yang Ṣadūq (amat jujur).
Ibn Sa‛ad menulis di dalam Ṭabaqāt al-Kubrā:
الوليد بن عبد الله بن جميع الخزاعي من أنفسهم وكان ثقة وله أحاديث.
الطبقات الكبري، محمد
بن سعد، ج 6 - ص 354، وفات: 230، چاپخانه: دار صادر ، بيروت، ناشر: دار صادر،
بيروت.
Al-Walīd bin ‛Abdullah bin Jamī‛ al-Khuzā‛ī adalah tsiqah dan memiliki
hadis-hadis
Al-‛Ijlī menulis di dalam Ma‛rifah al-Tsiqah:
الوليد بن عبد الله بن جميع الزهري مكي ثقة.
معرفة الثقات،
العجلي، ج 2 - ص 342، وفات: 261، چاپ: الأولي، سال چاپ: 1405، ناشر: مكتبة الدار،
المدينة المنورة.
Al-Walid bin ‛Abdullah bin Jamī‛ al-Zuhrī Makkī seorang yang tsiqah.
Al-Rāzī menulis di dalam kitab al-Jarḥ Wa al-Ta‛dīl:
نا عبد الرحمن نا عبد الله بن أحمد بن محمد بن حنبل فيما
كتب إلي قال قال أبي: الوليد بن جميع ليس به
بأس. نا عبد الرحمن قال ذكره أبي عن إسحاق بن منصور عن يحيي بن معين أنه
قال: الوليد ابن جميع ثقة. نا عبد
الرحمن قال سئل أبي عن الوليد بن جميع فقال: صالح
الحديث. نا عبد الرحمن قال سألت أبا زرعة عن الوليد بن جميع فقال: لا بأس به.
الجرح والتعديل،
الرازي، ج 9، ص 8، وفات: 327، چاپ: الأولي، سال چاپ: 1371 - 1952 م، چاپخانه:
مطبعة مجلس دائرة المعارف العثمانية، بحيدر آباد الدكن، الهند، ناشر: دار إحياء
التراث العربي، بيروت، توضيحات: عن النسخة المحفوظة في كوپريلي ( تحت رقم 278) وعن
النسخة المحفوظة في مكتبة مراد ملا ( تحت رقم 1427) وعن النسخة المحفوظة في مكتبة
دار الكتب المصرية ( تحت رقم 892).
Diriwayatkan ‛Abd al-Raḥmān, daripada ‛Abdullah bin Aḥmad bin Muḥammad bin
Ḥanbal, menulis kepada saya: Ayahku berkata: Al-Walīd bin Jamī‛ tidak ada
masalah. Diriwayatkan ‛Abdul Rahman yang berkata, ayahku menyebutnya daripada
Isḥaq bin Manṣūr binpada Yaḥyā bin Ma‛īn yang berkata: al-Walīd bin Jamī‛
adalah tsiqah. ‛Abdulrahman berkata: Aku bertanya ayahku mengenai al-Walid bin
Jamī‛ maka beliau berkata: Ṣāliḥ al-Ḥadīts. Diriwayatkan ‛Abdul Raḥmān berkata:
Aku bertanya Abā Zur‛ah mengenal al-Walīd bin Jamī‛, beliau berkata: Tidak ada
masalah.
Al-Mizzī di dalam kitab Tahdzīb al-Kamāl menulis:
قال عبد الله بن أحمد بن حنبل عن أبيه، وأبو داود: ليس به بأس. وقال إسحاق بن منصور، عن يحيي بن
معين: ثقة. وكذلك قال العجلي وقال
أبو زرعة: لا بأس به وقال أبو حاتم: صالح
الحديث.
تهذيب الكمال، المزي،
ج 31، ص 36 - 37، وفات: 742، تحقيق: تحقيق وضبط وتعليق: الدكتور بشار عواد معروف،
چاپ: الرابعة، سال چاپ: 1406 - 1985 م، ناشر: مؤسسة الرسالة، بيروت، لبنان.
Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal
meriwayatkan daripada ayahnya dan Abū Dā’ūd yang berkata: beliau tidak ada
masalah. Isḥāq bin Manṣūr meriwayatkan daripada Yaḥyā bin Ma‛īn berkata:
Tsiqah. Demikian juga al-‛Ijlī berkata bahawa Abū Zur‛ah berkata: Tidak ada
masalah dengannya. Abū Ḥātim: Ṣāliḥ al-Ḥadīts.
Dzahabī yang merupakan ulama
besar ilmu rijāl Ahlusunnah menulis tentang Walīd bin Jamī‛ di dalam Mizān
al-I‛tidāl:
وثقه ابن معين، والعجلي.
وقال أحمد وأبو زرعة: ليس به بأس.
وقال أبو حاتم: صالح الحديث.
ميزان الاعتدال،
الذهبي، ج 4، ص 337، وفات: 748، تحقيق: علي محمد البجاوي، چاپ: الأولي، سال چاپ:
1382 - 1963 م، ناشر: دار المعرفة للطباعة والنشر - بيروت - لبنان.
Ibnu Ma‛īn dan al-‛Ijlī
mentsiqahkan beliau. Telah berkata Aḥmad dan Abū Zur‛ah: Beliau tidak ada
masalah. Abū Ḥātim berkata: Ṣāliḥ al-Hadīts
Yang lebih penting dari semua
ini ialah Muslim meriwayatkan hadis daripada ‛Abdullah bin Jamī‛ sebanyak dua
kali. Hadis pertama ialah di dalam jilid ke-5 muka surat 177 di bawah bab
al-Wafā bil al-‛ahd dan satu lagi di dalam jilid 8 muka surat 123 di dalam
Kitāb Ṣifāt al-Munāfiqīn wa Aḥkāmuhum. Semua ini menunjukkan Walīd bin
‛Abdullah adalah tsiqah di sisinya. Jika tidak sudah pasti beliau tidak
menukilkan hadis daripadanya. Kesimpulannya Walīd bin ‛Abdullah bin Jamī‛
adalah tsiqah dan sudah sedia maklum riwayat ini adalah sahih.
Namun kita tidak ingin
menyentuh kesahihan atau kejahatan kisah ini. Apa yang penting ialah kita dapat
menganalisa dan mengkritik tulisan Ibnu Ḥazm al-Andalusī.
Oleh itu, soalannya ialah
kenapa ulama Ahlusunnah meriwayatkan hadis ini dan menolaknya dengan cara tidak
ilmiah?

No comments:
Post a Comment