Thursday, February 23, 2017

Bani Umayyah adalah maksud pohon terlaknat dalam al-Qur’an

Berasaskan nukilan ulama besar bidang hadis, sejarahwan dan ulama tafsir Ahlusunnah mengisahkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah bermimpi melihat beberapa ekor monyet di atas minbarnya. Sebaik sahaja bangun dari tidur, baginda merasa dukacita sehingga dikatakan tidak terdaya lagi tertawa sampai ke penghujung riwayat hidupnya. Maka turunlah ayat ini:

وَ ما جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْناكَ إِلاَّ فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَ الشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآن‏

dan tiadalah Kami jadikan mimpi yang telah kami perlihatkan kepadamu itu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan juga pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Surah al-Isrā’ ayat 60.
Allah (s.w.t) mengibaratkan gerombolan pemimpin dan para pendukung Banī Umayyah setelah kewafatan baginda sebagai pohon terlaknat. Sementara itu, mimpi baginda tentang monyet dinyatakan sebagai bangkitnya pemerintahan anak cucu Abū Sufyān dan Abū al-‛Aṣ. 

Tafsir al-Ṭabarī, jilid 11 muka surat 356; Mustadrak al-Ḥakim, jilid 4 muka surat 480; Tārīkh al-Baghdādī Khaṭīb, jilid 3 muka surat 343; Kanz al-‛Ummāl Muttaqī al-Hindī, jilid 6 muka surat 40 dan 90; Durr al-Mantsūr al-Sayūḍī, jilid 4 muka surat 191; Tafsīr al-Alūsī jilid 15 muka surat 107; Tafsir al-Shawkānī jilid 3 muka surat 302; Sirah al-Ḥalabī jilid 1 muka surat 337 dan lain-lain lagi.


Ulama besar Ahlusunnah Fakhr al-Rāzī di dalam tafsir al-Kabīr menulis: Maksud pohon terlaknat ialah Banī Umayyah. Maksud ini disokong dengan kisah Ayshah melaknat Marwan dan golongan terdahulunya dengan berkata: Engkau termasuk di dalam laknat itu.


-        Al-Rāzī, jilid 20 muka surat 237, Durr Mantsur, jilid 5 muka surat 309

Ibnu Jawzī juga turut menyatakan pohon terlaknat itu adalah Banī Umayyah dengan bersandarkan kata-kata Ibnu ‛Abbās.

-        Tārikh al-Ṭabarī, jilid 8 muka surat 138; Tārīkh al-Khulafā muka surat 203; Durr al-Mantsūr al-Sayūṭī jilid 4 muka surat 191; Tafsir al-Shawkānī jilid 1 muka surat 231; Tafsir al-Ḥalabī jilid 1 muka surat 337; Tafsir al-Qurṭubī jilid 10 muka surat 286 dan lain-lain lagi.

Justeru itu, berasaskan sandaran tafsir, hadis dan kesaksian sejarah menunjukkan Banī Umayyah merupakan maksud pohon terkutuk di dalam al-Qur’an. Tidak syak lagi Mu‛āwiyyah bin Abī Sufyān juga termasuk dalam golongan yang dilaknat dalam al-Qur’an ini. Status sahabat Nabi dan penulis surat Nabi tidaklah menyebabkannya kebal dari laknat Allah.


No comments:

Post a Comment