Wednesday, February 8, 2017

Pengakuan al-Ghazālī mengenai pengingkaran bai’at ‛Umar dan perampasan kekhalifahan Alī

Antara individu yang mengakui perampasan kekhalifahan Alī bin Abī Ṭālib (a.s) dan pengingkaran bai‛at ‛Umar bin al-Khaṭṭāb ialah ulama tersohor Ahlusunnah yang bernama al-Ghazālī. Beliau berkata:

وأجمع الجماهیر على متن الحدیث من خطبته فی یوم عید غدیر خم باتفاق الجمیع وهو یقول: «من کنت مولاه فعلی مولاه» فقال عمر بخ بخ یا أبا الحسن لقد أصبحت مولای ومولى کل مولى فهذا تسلیم ورضى وتحکیم ثم بعد هذا غلب الهوى تحب الریاسة وحمل عمود الخلافة وعقود النبوة وخفقان الهوى فی قعقعة الرایات واشتباک ازدحام الخیول وفتح الأمصار وسقاهم کأس الهوى فعادوا إلى الخلاف الأول: فنبذوه وراء ظهورهم واشتروا به ثمناً قلیلا.

مجموعة رسائل الامام الغزالی،ص483 ط المکتبة التوفیقیة
Seluruh gagasan umat Islam sepakat tentang teks hadis khutbah baginda (s.a.w) di hari Eid al-Ghadir Khum yang bersabda: “Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya, maka inilah Alī adalah pemimpinnya”, maka berkatalah Umar: Tahniah, tahniah wahai Abā al-asan, engkau telah menjadi pemimpinku dan pemimpin bagi setiap pemimpin. Ucapan Umar ini menunjukkan penerimaan, kerelaan dan pertimbangannya. Setelah itu, Umar diselubungi hawa nafsu cinta jawatan dan kepimpinan dirinya, meminda tiang kekhalifahan dari tempat asalnya. Dengan pasukan tentera dia menjulang bendera-bendera, membuka negeri-negeri lain, memberi minum hawa demi membawa mereka ke arah perselisihan dan menuju zaman perselisihan pertama (zaman jahiliyah): Ia melemparnya (baiat) ke arah belakang mereka sedangkan mereka membelinya dengan harga yang sedikit. - Majmū‛ al-Rasā’il al-Imām al-Ghazālī, muka surat 483


Alangkah terkejut dan kecewa Dzahabī sehingga berkata:

وَسَرَدَ کَثِیْراً مِنْ هَذَا الکَلاَم الفَسْلِ الَّذِی تَزعمُهُ الإِمَامِیَّة، وَمَا أَدْرِی مَا عُذْرُهُ فِی هَذَا؟ وَالظَّاهِر أَنَّهُ رَجَعَ عَنْهُ، وَتبع الحَقَّ، فَإِنَّ الرَّجُل مِنْ بُحُوْرِ العِلْمِ – والله أعلم - .

سیر اعلام النبلاء،ج19،ص328 ط موسسة الرسالة

“Kata-kata dungu yang menjadi kepercayaan al-Imāmiyyah ini mengecewakan ramai orang dan aku tidak tahu apakah alasannya mengenai perkara ini? Secara zahirnya kata-kata ini telah ditarik balik dan beliau (al-Ghazālī) mengikuti kebenaran, sesungguhnya lelaki itu adalah samudera ilmu.” – Siyār al-A‛lam al-Nubalā, jilid 19, muka surat 328

Di sini Dzahabi cuba menyenangkan hatinya dengan berdusta bahawa al-Ghazālī menarik balik kata-katanya tanpa membawa sebarang dalil. Secara amnya, Dzahabi akan bertindak balas dengan dakwaan individu itu telah menarik balik kata-katanya.

No comments:

Post a Comment