Friday, October 4, 2019

Wudhu sahabat Nabi: mengusap kedua kaki, bukan membasuh.

Oleh kerana wudhu adalah suatu perbuatan menyucikan rohani, maka ia tidak dibasuh sebagaimana yang disangka kebanyakan orang bahawa kaki harus dibasuh kerana terpijak kotoran.

Membasuh kaki dalam wudhu bukanlah perbuatan sahabat Nabi. Dalam kitab Tafsīr al-Tabari, penduduk Hijāz dan Iraq membacanya dengan khafdh dikeranakan Allah memerintahkan kita mengusap kaki, bukan membasuhnya:



Tatkala Hajjāj berucap di Ahwāz, dengan bacaan mengisyaratkan bahawa kaki hendaklah dibasuh ketika Wudhu, Anas bin Mālik berkata: Benarlah Allah dan telah berduatalah si Hajjāj. Allah berfirman usaplah kepala dan kedua kakimu. Anas juga melakukan usapan kaki tatkala wudhu:


Hadis ini diakui sahih:


Demikianlah juga Muhammad bin al-Hanafiyah, turut melakukan usapan pada kedua kakinya. Tabaqat al-Kubra menceritakan ayah Rabi' berkata: Kami pernah bersama ibnu al-Hanafiyah, tatkala beliau ingin berwudhu, beliau menanggalkan kasutnya dan mengusap kedua kakinya (Tabaqat al-Kubra, jilid 5, muka surat 115)



Ulama Ahlusunnah bernama al-Sha'bī, yang disebut Dzahabī sebagai imam, faqīh, (Tadzkīrah al-Huffāz, jilid 1 muka surat 63), 

dalam kitab Musannaf di bawah  tajuk Mengusap kedua apakahkaki (فى المسح على القدمين) menyatakan: 



"Sesungguhnya (wudhu)i mengusap atas kedua kaki. Tidakkah membasuh dijadikan tayammum? Apa yang diusap telah diabaikan dan tidak pernah dijadikan tayammum?"

"Jibra'il turun dengan (ayat al-Qur'ān, surah al-Mā'dah ayat 6) tentang sapu atas kedua kaki (dalam wudhu)".  (Musannaf Ibnu Abi Shaybah, jilid 1 muka surat 26), 

Justeru itu, mazhab Syiah yang dituduh sesat oleh JAIS ini mengamalkan wudhu menurut al-Qur'ān  dan sunnah Nabi yang sebenar, sedangkan JAIS masih berada dalam kejahilan yang nyata kerana menyesatkan mazhab lain dan terikut-ikut rentak Syiahfobia yang dipalu golongan Wahhābī/takfiri.

No comments:

Post a Comment