Monday, October 29, 2018

Setelah kesyahidan Imam Husain (as) di hari Asyura, apakah peristiwa yang melanda alam semesta?



Setelah kesyahidan Imam Husain (as) di hari Asyura, apakah peristiwa yang melanda alam semesta?
بسم الله الرحمن الرحيم
Syiah mempunyai kepercayaan bahawa Allah (swt) sahaja yang berhak melantik Imam sepertimana perlantikan nabi; manusia sama sekali tidak berhak mencampuri urusan perlantikan mereka. Di dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang membuktikan perkara ini. Allah (swt) berfirman tentang perlantikan nabi Ibrahim (as) sebagai Imam:
إِنِّي جاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِماما . البقره / 124 .
Sesungguhnya aku jadikan engkau sebagai Imam kepada manusia – Surah al-Baqarah ayat 124

Begitu juga tentang perlantikan Nabi Ishaq dan Yaaqub:

وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۖ وَكُلًّا جَعَلْنَا نَبِيًّامريم / 49 .

Kami kurniakan kepadanya: Ishak dan Yaakub; dan kedua-duanya Kami jadikan Nabi. Surah Maryam ayat 49.

Menurut kedua-dua ayat ini, perlantikan Imam hanyalah daripada Allah (swt) dan tidak ada satu ayat pun yang menyatakan manusia melantik Nabi dan Imam.
Syiah juga beri’tiqad bahawa para Nabi mempunyai mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah (swt) sebagai tanda-tanda kenabian mereka. Begitu juga para Wali dan Washi mereka juga mempunyai karamah yang membuktikan kebenaran ajaran mereka, jikalau tidak sudah tentu manusia tidak dapat menerima perkataan mereka.
Begitu juga para Imam dari kalangan Ahlul Bait, setiap seorang daripada mereka mempunyai karamah seperti Imam ke-3 Syiah yang bernama Sayyidul Syuhada Husain bin Ali (as). Setelah beliau syahid, berbagai tanda dan peristiwa yang dikaitkan dengan berliau telah berlangsung sekaligus membuktikan kebenaran kepimpinannya dan tidak mungkin pula Allah (swt) memberikan karamah seperti ini kepada individu yang berdusta.
Dalam artikel ini, kami cuba tampilkan fakta-fakta kekaramahan Imam Husain di mana beberapa peristiwa yang berlaku setelah kesyahidan beliau telah yang dirakam kemas dalam lembaran kitab-kitab muktabar Ahlusunnah dan sumber historigrafi. Seperti biasa peristiwa yang dikaitkan dengan karamah para wali dan mukjizat para Nabi adalah mengejutkan dan mengagumkan setiap minda orang yang berakal.
Semua mukjizat yang berlaku sudah tentu cukup untuk membuktikan sebuah hakikat khususnya buat mereka yang mencari hidayat; namun dengan syarat ia mengenepikan sikap fanatik buta dan melihatnya melalui ketulusan hati sanubari.
Di satu sudut yang lain, Syiahnya Ahlul Bait (as) meyakini kekaramahan Husain (as) ini benar-benar ada. Oleh itu dalam tulisan ini kami berusaha mengeluarkan fakta-fakta penting dari kitab-kitab muktabar Ahlusunnah yang ditulis oleh ulama besar mereka untuk membuktikan kekeramahan Husain (as) sehingga tidak ada keraguan lagi untuk mengingkarinya.

1. Bintang-bintang saling berlaga di langit

عن عيسى بن الحارث الكندي ، قال : لما قتل الحسين مكثنا سبعة أيام إذا صلينا فنظرنا إلى الشمس على أطراف الحيطان كأنها الملاحف المعصفرة ، ونظرنا إلى الكواكب يضرب بعضها بعضا .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 432 – 433 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 15 و سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 312 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 227 .

Isa bin Harith al-Kindi berkata: Tatkala pembunuhan al-Husain (as), selama seminggu kami nampak matahari memancar cahaya merah pekat ke dinding-dinding rumah ketika solat Asar sehingga ia seakan-akan birai merah yang dibentang, dan kami lihat bintang-bintang berlaga-laga sesama sendiri. –Tahzibul Kamal, jil 6 halaman 432-433, Tarikh al-Islam, al-Zahabi, Tarikhul Islam jil 5 halaman 15, Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi, jil 3 halaman 312, Tarikh Madinah Dimasyq, Ibnu ‘Asakir jil 14 halaman 227.

2. Langit menangis dengan darah merah

عَنْ نَضْرَةَ الْأَزْدِيَّةِ قَالَتْ : لَمَّا أَنْ قُتِلَ الْحُسَيْنُ بن علي (عليهما السلام) مَطَرَتِ السَّمَاءُ دَماً فَأَصْبَحْتُ وَ كُلُّ شَيْ‏ءٍ لَنَا مَلْآنُ دَما .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 433 و سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 312 ، 313 و الثقات ، ابن حبان ، ج 5 ، ص 487 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 227 – 228 .

Nadhratul Azdiyah telah berkata: Tatkala pembunuhan al-Husain bin Ali (as), langit menghujan darah maka saya merasakan setiap barang milik saya dipenuhi darah. – Tahzibul Kamal jil 6 halaman 433, Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi, jil 3 halaman 312 dan 313, Ibnu Hibban jil 5 halaman 487, Tarikh Madinah Dimasyq Ibnu Asakir, jil 14 halaman 227-228.

جعفر بن سليمان قال حدثني خالتي أم سالم قالت لما قتل الحسين بن علي مطرنا مطرا كالدم على البيوت والجدر قال وبلغني أنه كان بخراسان والشام والكوفة .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 433 – 434  و سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 312 – 313 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 16 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 228 – 229 .

Ja’far bin Sulaiman meriwayatkan, makcik saya Ummu Salim berkata: Tatkala pembunuhan al-Husain bin Ali, turunlah hujan seakan-akan darah ke atas rumah-rumah dan dinding-dinding. Dia berkata: Telah dikabarkan kepadaku bahawa hujan itu telah turun juga di Khurasan, Syam dan Kufah.

3. Titisan air mata langit:
عن ابن سيرين قال لم تبك السماء على أحد بعد يحيى بن زكريا إلا على الحسين بن علي .
سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 312 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 225 – 226 .

Ibnu Sirin berkata: Langit-langit tidak pernah menangis ke atas sesiapa pun setelah Yahya bin Zakaria kecuali ke atas al-Husain bin Ali. – Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi jil 3 halaman 312, Tarikh al-Madinah Ibnu Asakir, jil 14 halaman 225-226.

4. Dunia bergelap gelita:

حدثنا خلف بن خليفة ، عن أبيه ، قال : لما قتل الحسين اسودت السماء ، وظهرت الكواكب نهارا حتى رأيت الجوزاء عند العصر وسقط التراب الأحمر .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 431 – 432  و تهذيب التهذيب ، ابن حجر ، ج 2 ، ص 305 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 226 .

Khalaf bin Khalifah menceritakan daripada ayahnya yang berkata: Tatkala pembunuhan al-Husain langit menjadi gelap, lalu muncullah bintang-bintang di langit sehingga aku lihat bintang al-Jauza ketika Asar dan berhamburan tanah merah dari langit. – Tahzib al-Kamal jilid 6 halaman 431-432, Tahzibul Kamal Ibnu Hajar, jilid 2 halaman 305, Tarikh Madinah Ibnu Asakir, jilid 14 halaman 226.

وقال : وقال علي بن مسهر ، عن جدته : لما قتل الحسين كنت جارية شابة ، فمكثت السماء بضعة أيام بلياليهن كأنها علقة .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 432 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 226 .

Ali bin Mashar menukilkan daripada neneknya yang berkata: Tatkala pembunuhan al-Husain, aku masih seorang gadis remaja, langit di malam-malam harinya seperti gumpalan darah. – Tahzib al-Kamal jilid 6, halaman 432, Tarikh Madinah Ibnu Asakir, jil 14 halaman 226.

5. Langit menjadi merah
وقال علي بن محمد المدائني ، عن علي بن مدرك ، عن جده الأسود بن قيس : احمرت آفاق السماء بعد قتل الحسين بستة أشهر ، نرى ذلك في آفاق السماء كأنها الدم . قال : فحدثت بذلك شريكا ، فقال لي : ما أنت من الأسود ؟ ، قلت : هو جدي أبو أمي قال : أم والله إن كان لصدوق الحديث ، عظيم الأمانة ، مكرما للضيف .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 432 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 15 و سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 312 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 227 .

Ali bin Muhammad menukilkan daripada Ali bin Mudrik yang menukilkan daripada datuknya Aswad bin Qais yang berkata: Ufuk-ufuk langit menjadi merah setelah pembunuhan al-Husain selama enam bulan, kami melihat ke arah langit seperti darah. Ali bin Muhammad bertanya kepadanya: Apakah kaitan engkau dengan Aswad? Dia berkata: Dia datuk kepada emak saya yang berkata: Demi Allah, dia seorang yang jujur, sangat beramanah dan memuliakan tetamu. – Tahzibul Kamal, jil 6 halaman 432, Tarikh al-Islam al-Zahabi, jil 5 halaman 15. Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi, jil 3 halaman 312 dan Tarikh Madinah Ibnu Asakir, jil 14 halaman 227.

وقال عباس بن محمد الدوري ، عن يحيى بن معين : حدثنا جرير ، عن يزيد بن أبي زياد ، قال : قتل الحسين ولي أربع عشرة سنة ، وصار الورس الذي كان في عسكرهم رمادا واحمرت آفاق السماء ونحروا ناقة في عسكرهم فكانوا يرون في لحمها النيران .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 434 – 435 و تهذيب التهذيب ، ابن حجر ، ج 2 ، ص 305 و سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 313 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 15 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 230.

Telah berkata Abbas bin Muhammad al-Dauri, daripada Yahya bin Mu’in: Jarir telah berkata kepada kami, daripada Yazid bin Abi Ziyad berkata: Saya berusia empat belas tahun ketika Husain bin Ali dibunuh. Tumbuhan wasr di antara askar-askar mereka berubah menjadi abu, ufuk langit menjadi merah, mereka menyembelih seekor unta dan melihat api menyala di dagingnya. – Tahzib al-Kamal, jilid 6 halaman 434-435, Tahzibul Tahzib, Ibnu Hajar jilid 2 halaman 305, Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi, jilid 3 halaman 313, Tarikh al-Islam al-Zahabi, jilid 5 halaman 15, Tarikh Madinah Ibnu Asakir, jilid 14 halaman 230

عن هشام عن محمد قال تعلم هذه الحمرة في الأفق مم هو فقال من يوم قتل الحسين بن علي .
سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 312 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 15 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 228 .

Hisham meriwayatkan daripada Muhammad yang berkata: Tahukah kamu di zaman mana ufuk menjadi merah? Ia adalah di hari al-Husain bin Ali dibunuh. Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi, jil 3 halaman 312, Tarikhul Islam al-Zahabi jilid 5 halaman 15, Tarikh Madinah Ibnu Asakir jilid 14 halaman 228.

6. Dinding Darul Imarah mengalirkan darah
حدثني أبو يحيى مهدي بن ميمون قال : سمعت مروان مولى هند بنت المهلب ، قال : حدثني بواب عبيد الله بن زياد أنه لما جئ برأس الحسين فوضع بين يديه ، رأيت حيطان دار الامارة تسايل دما .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 433 – 434 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 229 .

Diriwayatkan kepadaku oleh Abu Yahya bin Maimun yang berkata: Aku telah mendengar Marwan Maula Hind berkata: Aku telah diberitakan tatkala kepala al-Husain  diserahkan kepada Ubaidillah bin Ziyad, aku telah melihat dinding-dinding Darul Imarah mengalirkan darah. – Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 433-434, Tarikh Madinah Ibnu Asakir jilid 14 halaman 229.

7. Matahari gerhana

عَن أَبُو قَبِيلٍ لَمَّا قُتِلَ الْحُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ (عليه السلام) كُسِفَتِ الشَّمْسُ كَسْفَةً بَدَتِ الْكَوَاكِبُ نِصْفَ النَّهَارِ حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهَا هِي‏ .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 433  و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 228 و تلخيص الحبير ، ابن حجر ، ج 5 ، ص 84 و السنن الكبرى ، البيهقي ، ج 3 ، ص 337 .
Daripada Abu Qabil: Tatkala al-Husain bin Ali dibunuh, matahari menjadi gerhana penuh sehingga kegelapannya di kala tengahhari menyebabkan kelihatan bintang-bintang sehingga aku menyangka sudah menjelang kiamat. – Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 433, Tarikh Madinah jilid 14 halaman 228, Talkhis al-Khabir Ibnu Hajar, jilid 5 halaman 84, Sunnan al-Kubra al-Baihaqi jilid 3 halaman 337.

8. Darah mengalir dari bawah batu
أَوَّلُ مَا عُرِفَ الزُّهْرِيُّ تَكَلَّمَ فِي مَجْلِسِ الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ فَقَالَ الْوَلِيدُ أَيُّكُمْ يَعْلَمُ مَا فَعَلَتْ أَحْجَارُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ يَوْمَ قُتِلَ الْحُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ فَقَالَ الزُّهْرِيُّ بَلَغَنِي أَنَّهُ لَمْ يُقْلَبْ حجرا إِلَّا وَ تَحْتَهُ دَمٌ عَبِيط .
تهذيب التهذيب ، ابن حجر ، ج 2 ، ص 305 و تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 434 و  سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 314 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 16 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 229 .
Walid bin Abdul Malik bertanya kepada Zuhri bagaimana keadaan batu-batu Baitul Maqdis tatkala Husain bin Ali dibunuh, maka Zuhri berkata telah dikabarkan kepadaku bahawa tidak dialihkan batu melainkan terlihat darah segar dibawahnya. – Tahzibul Tahzib Ibnu Hajar jilid 2 halaman 305, Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 434, Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi, jilid 3 halaman 314, Tarikh al-Islam al-Zahabi, jilid 5 halaman 16, Tarikh Madinah Ibnu Asakir jilid 14 halaman 229.

عَنْ أُمِّ حَيَّانَ قَالَتْ يَوْمَ قُتِلَ الْحُسَيْنُ أَظْلَمَتْ عَلَيْنَا ثَلَاثاً وَ لَمْ يَمَسَّ أَحَدٌ مِنْ زَعْفَرَانِهِمْ شَيْئاً فَجَعَلَهُ عَلَى وَجْهِهِ إِلَّا احْتَرَقَ وَ لَمْ يُقَلَّبْ حَجَرٌ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ إِلَّا أَصْيب تَحْتَهُ دَماً عَبِيطا
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 434 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 229 و ...

Ummu Hayyan berkata: Hari al-Husain dibunuh, tiga hari tiga malam menjadi gelap. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menyentuh Za’faran melainkan tangannya terbakar. Batu di Baitul Maqdis tidak dialihkan melainkan ada darah segar dibawahnya. – Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 434, Tarikh Madinah Ibnu Asakir jilid 14 halaman 229.

محمد بن عمر بن علي عن أبيه قال أرسل عبد الملك إلى ابن رأس الجالوت فقال هل كان في قتل الحسين علامة قال ابن رأس الجالوت ما كشف يومئذ حجر إلا وجد تحته دم عبيط .
تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 16 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 229 – 230 .

Muhammad bin Umar bin Ali meriwayatkan daripada ayahnya yang berkata: Abdul Malik mengirim seseorang kepada anak Ra’sul Jalut untuk bertanya, adakah apa-apa yang berlaku ketika Husain bin Ali dibunuh? Dia berkata: Batu di hari itu tidak dialihkan kecuali ada darah segar dibawahnya. – Tarikh al-Islam al-Zahabi, jilid 5 halaman 16, Tarikh Madinah Ibnu Asakir jilid 14 halaman 229-230.

9. Tumbuhan al-Wars menjadi abu
 ( وقال ) ابن معين حدثنا جرير ثنا يزيد بن أبي زياد قال قتل الحسين ولي أربع عشرة سنة وصار الورس الذي في عسكرهم رمادا .
تهذيب التهذيب ، ابن حجر ، ج 2 ، ص 305 و تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 434 – 435 و سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 313 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 15 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 230 .

Yazid bin Abi Ziyad berkata: Saya berusia 14 tahun ketika al-Husain dibunuh, tumbuhan al-Wars di sekitar askar-askar mereka menjadi abu.

– Tahzibul Tahzib Ibnu Hajar jilid 2 halaman 305, Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 434-435, Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi jilid 3 halaman 313, Tarikh al-Islam al-Zahabi jilid 5 halaman 15, Tarikh Madinah Ibnu Asakir jilid 14 halaman 230.

 ( وقال ) الحميدي عن أبن عيينة عن جدته أم أبيه قالت لقد رأيت الورس عاد رمادا ولقد رأيت اللحم كأن فيه النار حين قتل الحسين .
تهذيب التهذيب ، ابن حجر ، ج 2 ، ص 305 و تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 435 و سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 313 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 16 .

Ibnu ‘Ayyinah meriwayatkan daripada nenek bapanya, dia berkata: Aku telah melihat tumbuhan al-Wars menjadi abu. Aku telah melihat daging seperti ada api di dalamnya ketika al-Husain dibunuh.

 – Tahzibul Tahzib Ibnu Hajar jilid 2 halaman 305, Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 435, Siyar A’lam al-Nubala jilid 3 halaman 313, Tarikh al-Islam al-Zahabi jilid 5 halaman 16.

وقال محمد بن المنذر البغدادي ، عن سفيان بن عيينة : حدثتني جدتي أم عيينة : أن حمالا كان يحمل ورسا فهوى قتل الحسين ، فصار ورسه رمادا .

تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 435 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 231 .

Muhammad bin al-Munzir al-Baghdadi berkata, daripada Sufyan bin ‘Ayyinah: Telah diceritakan oleh nenekku Ummu ‘Ayyinah berkata: Ada seseorang yang sedang membawa tumbuhan al-Wars, dia terbayangkan pembunuhan Husain, maka tumbuhan al-Warsnya menjadi abu. – Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 435, Tarikh Madinah Ibnu Asakir, jilid 14 halaman 231.

11. Daging unta yang dirampas daripada Husain bin Ali menjadi pahit

عَنْ جَمِيلِ بْنِ مُرَّةَ قَالَ أَصَابُوا إِبِلًا فِي عَسْكَرِ الْحُسَيْنِ (عليه السلام) يَوْمَ قُتِلَ فَنَحَرُوهَا وَ طَبَخُوهَا قَالَ فَصَارَتْ مِثْلَ الْعَلْقَمِ فَمَا اسْتَطَاعُوا أَنْ يُسِيغُوا مِنْهَا شَيْئا .
تهذيب التهذيب ، ابن حجر ، ج 2 ، ص 306 و تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 435 – 436 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 16 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 231 .

Jamil bin Murrah berkata: Mereka merampas unta dari tentera Husain (as) di hari pembunuhannya, menyembelihnya dan memasaknya. Ia berkata: Dagingnya menjadi sangat pahit sehinggakan mereka tidak mampu memanfaatkan daging itu.

12. Api kelihatan pada daging unta yang dirampas
وقال محمد بن عبد الله الحضرمي : حدثنا أحمد بن يحيى الصوفي ، قال : حدثنا أبو غسان ، قال : حدثنا ، أبو نمير عم الحسن ابن شعيب ، عن أبي حميد الطحان ، قال : كنت في خزاعة فجاؤوا بشئ من تركة الحسين فقيل لهم : ننحر أو نبيع فنقسم ؟ قالوا : انحروا ، قال : فجعل على جفنة فلما وضعت فارت نارا .
تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 435 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 231 .

Daripada Hamid al-Thahan meriwayatkan bahawa saya pernah berada di dalam Kabilah Khuza’ah, Mereka membawa barang-barang yang dirampas dari peninggalan al-Husain, seseorang telah berkata kepada mereka: Kita akan sembelih unta ini atau kita jual? Orang yang membawa unta tersebut berkata: Aku ingin menyembelihnya.
Hamid berkata: Maka unta diletakkan di atas pelupuk, api menyala tatkala ia sudah diletak. – Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 435, Tarikh Madinah Ibnu Asakir, jilid 14 halaman 231.

 ( وقال ) ابن معين حدثنا جرير ثنا زَيْدِ بْنِ أَبِي زياد قَالَ قُتِلَ الْحُسَيْنُ وَ لِي أَرْبَعَ عَشْرَةَ سَنَةً وَ صَارَ الْوَرْسُ رَمَاداً الَّذِي كَانَ فِي عَسْكَرِهِمْ وَ احْمَرَّتْ آفَاقُ السَّمَاءِ وَ نَحَرُوا نَاقَةً فِي عَسْكَرِهِمْ فَكَانُوا يَرَوْنَ فِي لَحْمِهَا النِّيرَان‏ .
تهذيب التهذيب ، ابن حجر ، ج 2 ، ص 305 و تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 434 – 435 و سير أعلام النبلاء ، الذهبي ، ج 3 ، ص 313 و تاريخ الإسلام ، الذهبي ، ج 5 ، ص 15 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 230 .

Ibnu Mu’in menceritakan daripada Jarir, daripada Zaid bin Abi Ziyad yang berkata: Al-Husain terbunuh dan saya berusia empat belas tahun ketika itu, tumbuhan al-Wars di sekitar askar-askar mereka berubah menjadi abu. Ufuk langit menjadi merah, mereka telah menyembelih unta dan kelihatan api di dalam daging. –Tahzibul Tahzib Ibnu Hajar, Jilid 2 halaman 305, Tahzibul Kamal jilid 6 halaman 434-435. Siyar A’lam al-Nubala al-Zahabi jilid 3 halaman 313. Tarikh al-Islam al-Zahabi jilid 5 halaman 15, Tarikh Madinah Ibnu Asakir jilid 14 halaman 230.



No comments:

Post a Comment