Saturday, October 13, 2018

Perkara yang mewajibkan khumus.


Perkara yang mewajibkan khumus.

Menurut pandangan masyhur para fuqaha Syiah, perkara yang dikenakan khumus berdasarkan riwayat para imam ma’sum ialah:

1.      Faedah yang diperolehi dari kerja, pendapatan, dan kepentingan peribadi dari bantuan dan perbelanjaan yang berlangsung selama setahun.

2.      Rampasan perang diperolehi dari peperangan dengan kuffar yang menepati syariat.

3.      Bahan galian termasuklah emas, perak, besi, minyak, firuz, akik dan lain-lain yang dilombongkan.

4.      Harta karun, iaitu harta yang tersembunyi seperti di dalam bumi, dinding dan di bawah perdu pohon.

5.      Hasil berharga dasar laut, seperti mutiara dan karang.

6.      Harta yang bercampur dengan unsur haram sehinga menjadi mustahil untuk memisahkannya sedangkan takaran harta haram dan pemiliknya tidak diketahui.

7.      Tanah yang dibeli kafir Dzimmi dari Muslim.

Perhitungan dan pembayaran khumus.

Tidak diizinkan menangguh pembayaran khumus. Tidak ada sesiapapun yang berhak melewatkan pembayaran khumus mahupun berhutang pembayaran khumus.

Khumus harta isteri dan anak-anak adalah tanggung jawab masing-masing.

Khumus hendaklah diserahkan kepada marja’ taqlid. Tidak dibolehkan berbelanja dengannya tanpa izin marja’.

Khumus adalah ibadah. Hendaklah dibayar dengan niat qurbatan ilallah.

Tahun perhitungan khumus.

Setiap individu yang baligh hendaklah memperuntukkan suatu hari bagi menghitung khumus tahunannya. Sebahagian marja’ taqlid menganggap, tahun perhitungan khumus bermula sejak seseorang insan menerima harta (seperti hadiah mahupun gaji). Sebahagian yang lain menganggap pendapatan pertama dan yang lain hari pertama bekerja. Apabila setahun berlalu pergi, hari bermula tahun itu adalah waktu khumus dihitung. Umumnya kebanyakan marja’ taqlid menyatakan cara berikut bagi menghitung khumus:

Sesuatu yang digunakan sebagai makanan dan sepertinya, sedangkan fizikalnya akan luput, namun hasilnya kian bertambah hingga ke akhir tahun perhitungan khumus, maka hendaklah ia dibayar khumus seperlima menurut harga terkini.

Sesuatu penggunaan kehidupan yang menjadi keperluan insan sedangkan penggunaannya tidak luput (seperti permaidani, peti ais, perabot), jikalau ia menghasilkan pendapatan tahunan, maka ia tidak dikenakan khumus selagi masih digunakan. Kecuali ia tidak lagi dimanfaatkan.

Beberapa noktah dalam hukum hakam khumus.

-         Barangsiapa yang menganggur, tiba-tiba mempunyai urusniaga dan mendapat keuntungan, setelah satu tahun mendapat manfaat dari perniagaannya, maka hendaklah ia memberikan khumus menurut kadar lebihan pendapatan tahunannya.

-          Terdapat perselisihan para marja’ taqlid mengenai khumus sebahagian pendapatan lain (seperti hadiah, dividen bank).

-          Demikianlah juga perbelanjaan tahunan yang berlebih-lebihan, maka lebihan ini hendaklah dikeluarkan khumus.

-          Jikalau kita syak samada tuan rumah telah membayar khumus atau tidak, maka tidak diizinkan kita menyiasatnya dan tidak ada masalah memakan makanan tatkala bertamu di rumahnya.

No comments:

Post a Comment